omniture

Astoria Vacation and Leisure Club, Inc. Perbaharui Kerjasama dengan RCI Sediakan Perkhidmatan Pertukaran Percutian kepada Pemilik

RCI
2017-08-17 08:00 605

 

SINGAPURA, 17 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju dunia bagi pertukaran percutian (NYSE: WYN), dan Astoria Vacation and Leisure Club, Inc. ("Astoria") hari ini mengumumkan pembaharuan hubungan kerjasama mereka. Menurut kontrak ini, empat hartanah daripada Astoria akan kekal menjadi sebahagian daripada rangkaian pertukaran RCI®. Hartanah ini terletak di seluruh destinasi pelancongan yang terkenal di Filipina termasuk Palawan, Boracay dan Manila iaitu ibu negara Filipina.

 

Perjanjian ini membolehkan 3.8 juta ahli RCI untuk terus mengakses pertukaran percutian di Astoria.

"Pembaharuan kerjasama kami dengan RCI merupakan satu keputusan yang mudah buat kami oleh kerana RCI menyediakan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat dalam setiap peringkat kitaran perniagaan kami," kata Vivian S. Ng, Ketua Pegawai Operasi Astoria.

Hartanah-hartanah daripada Astoria yang menjadi sebahagian daripada rangkaian pertukaran RCI termasuk:

1.         Astoria Plaza Suites, Manila, Filipina
2.         Astoria Palawan, Palawan, Filipina 
3.         Astoria Boracay, Pulau Boracay, Filipina
4.         Astoria Current, Pulau Boracay, Filipina

"Kami telah menikmati hubungan kerjasama yang amat lama dan berjaya bersama Astoria dan kami berasa teruja dapat meneruskan jalinan kerjasama yang saling menguntungkan ini," kata Jonathan Mills, Pengarah Urusan RCI Asia Pacific. "Pembaharuan perjanjian kerjasama ini adalah bukti sokongan yang diberikan oleh RCI kepada rakan sekutunya."

Untuk maklumat lanjut, layari www.RCI.com atau www.RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI
RCI ialah peneraju dunia bagi pertukaran percutian yang melibatkan lebih 4,300 pusat peranginan bersekutu hampiran lebih dari 110 negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahlinya dengan kefleksibelan dan kepelbagaian yang lebih baik untuk pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks® iaitusistem pertukaran mengikut minggu dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran mengikut mata peringkat global yang pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada 3.8 juta ahli RCI yang melanggan setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau dalam proses pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destination Network dan Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk maklumat tambahan sila lawati pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI boleh ditemui melalui Facebook, Instagram, YouTube dan juga Twitter.

Latar Belakang Astoria

Astoria ialah kelab "Pemilikan Percutian" terbesar dan terkemuka di Filipina pada masa kini. Keahlian dalam kelab berprestij ini membolehkan ahli-ahlinya meneroka budaya eksotik dan destinasi serta tempat penginapan popular di beberapa pusat peranginan serta hotel terbaik di dunia. Sejak dilancarkan pada tahun 2006, Astoria mempunyai kumpulan jualan dan pemasaran terbesar di Filipina dan atas sebab inilah Astoria mempunyai ahli yang paling ramai. Astoria didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran sejak tahun 2006.

Maklumat Perhubungan Media:

Steve Alessandrini
Steven.Alessandrini@rci.com
(973) 753-8278

Catherine Reynolds
Catherine.Reynolds@rci.com
(973) 753-4662

Joanna Wang
Joanna.Wang@rci.com  
(65) 6412-2171

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

 

Source: RCI
Related Stocks:
NYSE:WYN
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Contracts Joint ventures