omniture

LEAGOO Umum Perkongsian Rasmi dengan Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur mulai tahun 2017 hingga 2022

LEAGOO
2017-08-21 09:59 762

LONDON, 21 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- LEAGOO menandatangani kontrak Perkongsian Rasmi selama lima tahun dengan Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur di London bermula pada tahun 2017 hingga 2022. Dengan itu, LEAGOO menjadi jenama telefon bimbit yang pertama dan eksklusif yang menaja Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur.

LEAGOO Umum Perkongsian Rasmi dengan Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur mulai tahun 2017 hingga 2022
LEAGOO Umum Perkongsian Rasmi dengan Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur mulai tahun 2017 hingga 2022

Sukan bola sepak ialah satu permainan yang amat mencabar dari segi kuasa, kemahiran dan kerja berpasukan, dan ia sentiasa memberikan keterujaan dan kejutan buat para penonton. Kelab Bola SepakTottenham Hotspur ialah kelab bintang yang semakin meningkat naik yang meraih tempat kedua dalam perlawanan EPL 2016/2017. Menurut footballdatabase.com pada 17 Ogos, Tottenham Hotspur Football Club menduduki tangga ke-6 mengikut mata dalam kalangan semua kelab bola sepak dunia yang mengambil kira kesemua skor, kedudukan dan statistik.

Sebagai Rakan Telefon Bimbit Global Tottenham Hotspur F.C. yang eksklusif, LEAGOO akan menaja kelab ini selama lima tahun berturut-turut. Hak-hak yang dinikmati oleh LEAGOO hasil daripada kontrak bernilai jutaan pound ini termasuk papan iklan padang bagi perlawanan tempatan yang melibatkan kelab ini. LEAGOO akan muncul hampir di mana-mana Tottenham Hotspur berada. LEAGOO telahpun berada dalam laman sesawang rasmi dan Facebook Spurs.

Menerusi jalinan kerjasama antara kedua-dua pasukan, LEAGOO akan mendapat pendedahan hebat untuk para peminat bola sepak dunia. Spurs pula akan mendapat perhatian seluruh industri mudah alih serta lebih berpuluh-puluh juta pengguna telefon bimbit di serata dunia.

Dalam acara pengumuman tersebut, LEAGOO memperkenalkan edisi eksklusif telefon bimbit baharu kebanggaannya T5 untuk Spurs. T5 menampilkan warna biru laut logo Spurs pada seluruh badan logam dan dua Kamera belakang bagi mengambil gambar saat tersebut, dan perisiannya juga dibuat khusus agar sepadan dengan Spurs. Selepas hampir sebulan, para peminat Spurs akan memperoleh versi peranti ini.

LEAGOO International mengambil masa selama 3 tahun untuk membangunkan jenama ini dalam pasaran telefon bimbit global, dari APAC hingga ke EMEA dan dari CIS hingga EU. Bermula dari saat ini, dalam tempoh 5 tahun akan datang, LEAGOO akan memberi impak terhadap minda pengguna menerusi semangat bola sepak, berserta teknologi canggih untuk membawakan lebih banyak keajaiban kepada para peminat.

Pengumuman ini jelas sekali menyatakan cita-cita dan dedikasi LEAGOO untuk menjadi jenama komunikasi yang berpengaruh dalam pasaran telefon bimbit dunia.

Latar Belakang LEAGOO

Jenama telefon bimbit baharu bertaraf global yang memberi tumpuan untuk menyediakan penggunanya dengan teknologi canggih yang sempurna, LEAGOO membangunkan produk-produk yang mampu milik dan bergaya untuk golongan muda yang bersemangat. Syarikat ini merupakan antara 10 jenama telefon pintar terbaik di Malaysia menurut laporan Talking Data Suku Kedua 2016. Sasarannya untuk 5 tahun akan datang adalah untuk menjadi jenama komunikasi bertaraf antarabangsa yang berpengaruh.

Latar Belakang Tottenham Hotspur F.C.

Diasaskan pada tahun 1882, Tottenham memenangi Piala FA buat pertama kali pada tahun 1901, menjadikannya sebagai satu-satunya kelab bukan-Liga yang berjaya melakukannya sejak pembentukan Liga Bola Sepak pada tahun 1888. Mereka memenangi tempat kedua bagi perlawanan EPL musim 2016/2017 dan kini merupakan antara 10 kelab bola sepak TERBAIK dunia menurut footballdatabase.com 20170817.

Bagi Tujuan Pengedaran sila hubungi Sofya@leagoo.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170818/1923161-1

Source: LEAGOO
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sports Telecommunications Licensing/marketing agreements