omniture

Pusat Beli Belah Terbesar Hong Kong "Harbour City" tarik pelancong dengan pengalaman serba baharu dan unik

Ubah Pelabuhan Victoria dengan "10 JUTA BUIH" musim panas ini
Harbour City
2017-08-22 10:30 803

HONG KONG, 22 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Harbour City, pusat membeli belah paling besar dan paling pelbagai di Hong Kong, sentiasa berusaha untuk membawakan pengalaman yang serba baharu dan unik kepada pelanggan menerusi satu siri pameran seni berpesta dan secara besar-besaran. Pada musim panas ini, Harbour City membuat pelancaran khas projek seni awam "Bubble Up" dengan mengundang seniman Jepun kontemporari En. Shinji Ohmaki untuk mengadakan pameran seni solo pertama beliau di Hong Kong menerusi "Jutaan Buih" ("Millions of Bubbles"). Pameran persembahan yang serba baharu dan unik ini akan dipamerkan di Ocean Terminal Forecourt, Harbour City kepada orang awam secara PERCUMA. Setiap pameran akan menghasilkan 10 juta buih berlatarbelakangkan Pelabuhan Victoria untuk ribuan penduduk Hong Kong dan para pelancong bagi menikmati pengalaman tersebut, selain mengambil banyak gambar dan juga video.

Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/harbourcity_201708.shtml

 
Pusat Beli Belah Besar Hong Kong "Harbour City" mengundang khas seniman Jepun kontemporari En. Shinji Ohmaki bagi menganjurkan Persembahan Seni "Memorial Rebirth" pertama seumpamanya di Hong Kong bagi menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi pusat membeli belah.
Pusat Beli Belah Besar Hong Kong "Harbour City" mengundang khas seniman Jepun kontemporari En. Shinji Ohmaki bagi menganjurkan Persembahan Seni "Memorial Rebirth" pertama seumpamanya di Hong Kong bagi menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi pusat membeli belah.
Harbour City mengubah Pelabuhan Victoria Harbour dengan "10 JUTA BUIH"
Harbour City mengubah Pelabuhan Victoria Harbour dengan "10 JUTA BUIH"
Setiap persembahan projek seni awam "Bubble Up" Harbour City menarik ribuan penduduk Hong Kong dan pelancong untuk menikmati pengalaman serba baharu dan unik.
Setiap persembahan projek seni awam "Bubble Up" Harbour City menarik ribuan penduduk Hong Kong dan pelancong untuk menikmati pengalaman serba baharu dan unik.
Kanak-kanak sedang cuba "menangkap" buih.
Kanak-kanak sedang cuba "menangkap" buih.

Projek Seni Awam "Bubble Up" Harbour City – Persembahan Seni "Memorial Rebirth"

Dengan mengubah ruang pameran menjadi dunia luar biasa, Ohmaki mempersembahkan pemasangan dan karya seni dinamik yang merangsang deria fizikal pengunjung. Jenama-jenama fesyen antarabangsa Louis Vuitton and Hermès turut menjemput beliau untuk kerja-kerja tempahan. Pada tahun 2008, beliau mereka dan mencipta "Mesin Buih" yang dapat mengeluarkan 10,000 buih seminit dan menghasilkan buih sabun tidak toksik untuk salah satu karya seni terkenal beliau, "Memorial Rebirth". Persembahan tersebut telah menjelajah lebih 20 bandar di Jepun, Taiwan dan Australia. Ia juga menjadi persembahan pembukaan untuk Festival Seni Setouchi sulung pada tahun 2010.

Kali ini, Ohmaki akan membawa mesin buih dan buih sabun dari Jepun ke Hong Kong untuk mengadakan 20 acara persembahan buih di Ocean Terminal Forecourt, Harbour City. Beliau mereka khas Piramid setinggi 3 meter dengan 6 tingkat di tengah-tengah pusat perkarangan. 45 Mesin Buih akan dipasang di tingkat dan arah yang berbeza bagi menghasilkan 10 juta buih berlatarbelakangkan Pelabuhan Victoria dan mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak yang riang ria buat semua.

Bawakan pengalaman pelanggan 360 darjah

Berkeluasan lebih 2 juta kaki persegi di kawasan hartanah utama, Harbour City ialah pusat membeli belah paling besar dan paling pelbagai di Hong Kong. Dengan menginovasi secara berterusan menerusi gabungan jenama, aktiviti bertema, kemudahan dan rekaan pusat membeli belah, Harbour City mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat membeli belah yang besar di Hong Kong dan menjadi destinasi pelancongan utama.

Harbour City amat memberi sokongan terhadap kepelbagaian seniman tempatan dan bertaraf dunia. Harbour City ialah pusat membeli belah Hong Kong pertama yang mengendalikan galeri seni miliknya sendiri "Gallery by the Harbour", yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan indah Pelabuhan Vistoria sambil menghayati karya seni para seniman tempatan dan luar negara. Pada tahun 2007 dan 2010, Harbour City mengundang Yayoi Kusama, seorang seniman avant-garde Jepun yang terkenal dan KAWS, seniman dan juga pereka Amerika yang terkenal untuk mengadakan pameran seni pertama mereka di Hong Kong. Ekoran daripada pameran yang popular ini, seniman konsep Belanda Florentijn Hofman mempamerkan karya seni klasik beliau – "Itik Getah" besar dan boleh kembung – di Rantau Besar China buat kali pertama. Bagi projek seni awam "Bubble Up" kali ini, Harbour City membawakan persembahan seni pemasangan pertama seumpamanya kepada orang awam.

Video Projek:  https://youtu.be/ijLyoTo5sd8

Muat turun lebih banyak foto & video: https://www.dropbox.com/sh/pqdx0s79c390x8i/AABfTp28eJuTHeInfbiTDSVka?dl=0

Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8666 / http://www.harbourcity.com.hk/

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/mnr/201708/harbourcity/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170816/1921528-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170816/1921528-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170816/1921528-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170817/1921528-1-d
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Retail Travel