omniture

Ekspo 2017 Astana: Teknologi Foton Motor Wujudkan satu-satunya kenderaan khusus Pavilion China

Foton Motor Group
2017-09-11 09:26 555

ASTANA, Kazakhstan, 11 September, 2017 /PRNewswire/ -- Pada 2 September, 2017, aktiviti "HARI FOTON" yang bertemakan "Dihubung dengan anda oleh Jalur, bersama anda di sepanjang Jalan" diadakan di Ekspo 2017 Astana di Pavilion China. Lebih daripada 160 tetamu hadir, termasuk Wakil Diplomat China ke Kazakhstan, Timbalan Pengarah Pavilion China, Kementerian Ekonomi Kazakhstan, peniaga dan pelanggan tempatan. Sebagai "Penaja Emas" bagi satu-satunya kenderaan khusus Pavilion China, Foton menunjukkan penyelesaian sehenti dalam tiga segmen: pembinaan infrastruktur, logistik cekap dan operasi dan perjalanan bandar hijau.

Naib Presiden Foton Motor Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Foton International, Chang Rui menyampaikan ucapan dalam aktiviti "HARI FOTON"
Naib Presiden Foton Motor Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Foton International, Chang Rui menyampaikan ucapan dalam aktiviti "HARI FOTON"

Selain itu, "PAMERAN & PENGALAMAN BESAR FOTON MOTOR" telah diadakan pada 1 September untuk mempamerkan konotasi teknologi produk "Piawaian Ekspo" kepada media yang berwibawa dari Kazakhstan dan para pelanggan daripada pelbagai industri.

SAUVANA dan TOANO, dikuasakan oleh Cummins ISF, memastikan output kuasa sempurna dengan pembakaran yang cekap melalui reka bentuk Modular dan sistem kawalan bahan api yang tepat.

Selain daripada pelepasan pencemaran sifar, bas tenaga baharu FOTON AUV mempunyai perjalanan yang senyap dan lancar, jarak pemanduan yang jauh dan prestasi kuasa yang cekap. Ini menjadikan AUV sebagai salah satu bas perindustrian dan komersil yang dikuasakan oleh sel hidrogen.

Di samping, terdapat juga siri TRAK SUPER FOTON, yang bertanda aras piaiwaian Eropah dan AS, termasuk trak sederhana dan berat AUMAN EST dan trak ringan AUMARK S.

Dikeluar oleh Beijing Foton Daimler Automotive Co., Ltd (BFDA), AUMAN EST-A dikuasakan oleh Cummins ISG, dilengkapi dengan transmisi ZF cerdas TraXon dan disepadukan dengan teknologi bantuan memandu. Ujian jalan 10 juta km telah menunjukkan kejayaan teknologi dalam kepintaran pengawalan, keselamatan, penjimatan bahan api dan pengalaman memandu yang menyenangkan.

Pameran Trak Super FOTON AUMAN EST-A di Astana pada 1 September
Pameran Trak Super FOTON AUMAN EST-A di Astana pada 1 September

AUMARK S dibina oleh usaha sama rantaian pembekal automobil terkemuka dunia termasuk Cummins, ZF, Bosch, yang memastikan kualiti andal dalam keselamatan, kepelbagaigunaan, dinamik dan kecekapan bagi pasaran logistic pertengahan dan atasan.

Pameran Trak Super FOTON AUMARK S di Astana pada 1 September
Pameran Trak Super FOTON AUMARK S di Astana pada 1 September

Siri TRAK SUPER FOTON dibina dengan teknologi teras Perikatan Trak Super Hubungan Cerdas China (CICSA) termasuk Cummins, ZF, WABCO dan Continental AG, dan lain-lain. Ia dimulakan apabila Foton berusaha untuk mewujudkan trak super yang cekap, pintar dan saling berhubung. Ia juga merupakan cetakan biru bagi kepintaran pemanduan, penjimatan tenaga dan perjalanan hijau yang direka oleh Foton.

Ekspo 2017 Astana menerangkan kepada kami perlaksanaan arah tenaga masa hadapan. Ia merayu untuk mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kecekapan tenaga untuk menjana kehidupan hijau. Apa yang ditunjukkan Foton kepada dunia ialah teknologi hijau dan kualiti global melalui produk yang selamat, pintar, mesra alam dan cekap.

Untuk berita atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Edward Wang
+86-10-59912971 
Wangchao10@foton.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170908/1937270-2-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170908/1937270-2-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170908/1937270-2-c

Source: Foton Motor Group
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news