omniture

Sebahagian daripada inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan, Ordos bangunkan platform harta intelek untuk industri kreatif

OICC II
2017-09-29 15:37 1184

ORDOS, China, 29 September 2017 /PRNewswire/ -- Persidangan Budaya & Kreativiti Antarabangsa Ordos kali ke-2 (OICC II), anjuran kerajaan perbandaran Ordos serta Pusat Maklumat Internet China, telah diadakan di Ordos, Inner Mongolia, China mulai 22 hingga 24 September lalu.

Persidangan Budaya & Kreativiti Antarabangsa Ordos ke-2 diadakan
Persidangan Budaya & Kreativiti Antarabangsa Ordos ke-2 diadakan

Persidangan ini menyajikan tiga acara: Acara panggilan nama dan permaidani merah bagi memberi penghormatan kepada para pereka kreatif; Pameran Reka Bentuk Pakar dan Bintang Masa Depan bagi Anugerah Budaya & Kreativiti Beidou, diikuti dengan forum mengenai trend terkini serta prospek untuk hasil kerja dan idea kreatif.

Majlis Pelancaran Pameran Reka Bentuk Pakar dan Bintang Masa Depan untuk Inisiatif Jalur dan Jalan
Majlis Pelancaran Pameran Reka Bentuk Pakar dan Bintang Masa Depan untuk Inisiatif Jalur dan Jalan

Selain itu, kerajaan perbandaran Ordos mewujudkan dana inkubasi harta intelek (IP) sebanyak 300 juta yuan, dan membangunkan taman industri berkeluasan hampir 100,000 meter persegi. Organisasi penukaran dan pengurusan IP khusus turut ditubuhkan bagi membeli hasil kerja dilindungi IP yang dipamerkan, manakala himpunan IP untuk pempakejan dan perdagangan IP turut diwujudkan. Dana pembangunan budaya dan kreativiti berdasarkan hak harta intelek dalam IP kreatif serta platform usaha sama untuk inkubasi IP kebudayaan dan kreatif turut disediakan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170928/1951534-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170928/1951534-1-b

Source: OICC II
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news