omniture

Penampilan Sulung Minggu Fesyen: Jenama Ubat Cina Tradisional GuangYuYuan di Pentas Peragaan

GuangYuYuan
2017-10-10 22:10 1379

- Jenama TCM paling lama di China, dengan sejarah selama hampir 500 tahun

- GuoJiaxue, Pengerusi GuangYuYuan: "Kempen Minggu Fesyen Paris bertujuan untuk berhubung dengan pengguna lebih muda. Kami merupakan jenama Ubat Cina Tradisional '4 Terhebat' yang paling lama, maka mudah untuk menanggapi kami sebagai jenama yang ketinggalan zaman. Hari ini, kami menafsirkan semula legasi kami menerusi inovasi dan bakat."

PARIS, 10 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Sama seperti syarikat-syarikat lain yang diberi penghormatan dengan gelaran "Jenama Bertahan Lama", GuangYuYuan dipertanggungjawabkan untuk mengimbangi warisannya dengan kehendak pengguna moden. "Hanya sekitar 10% daripada [Jenama Bertahan Lama China] yang sesuai dengan kehendak ekonomi moden," menurut laman sesawang Majlis Negeri China.

GuangYuYuan inspired runway looks by Chinese designer Big-King
GuangYuYuan inspired runway looks by Chinese designer Big-King

 

Former French Prime Minister Jean-Pierre Raffarin presents GuangYuYuan Chairman Guo Jiaxue with an award for "Most Influential and Innovative International Brand" at the 2017 Select Fashion Awards
Former French Prime Minister Jean-Pierre Raffarin presents GuangYuYuan Chairman Guo Jiaxue with an award for "Most Influential and Innovative International Brand" at the 2017 Select Fashion Awards

Pada tanggal 1 Oktober, GuangYuYuan membuat penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Paris, dengan menaja pereka fesyen yang sedang meningkat naik iaitu Liu Qing, turut dikenali sebagai Big-King, dalam acara pertunjukan fesyen Paris pertama beliau, di MuseeJacquemart-Andre. Kolaborasi yang amat luar biasa antara jenama TCM dengan pereka fesyen ialah hasil ilham orang baharu Wang Xinyu, Pengurus Besar Pusat Jenama GuangYuYuan. Di bawah pimpinan En. Wang, syarikat telah melaksanakan satu strategi pemodenan pemasaran yang benar-benar bersifat revolusioner bagi salah sebuah syarikat paling lama bertapak di China, walaupun bukan yang paling lama di dunia. Pertunjukan fesyen ini dianjurkan bersama syarikat gergasi teknologi Tencent, semasa pusingan akhir Minggu Fesyen Paris dan turut meraikan penerimaan inovasi dan tradisi.

GuoJiaxue, Pengerusi Lembaga GuangYuYuan Chinese Herbal Medicine Co., Ltd. menjelaskan strategi di sebalik penajaan ini: "Kempen Minggu Fesyen Paris kami bertujuan  untuk berhubung dengan pengguna lebih muda. Kami merupakan jenama Ubat Cina Tradisional '4 Terhebat' yang paling lama, maka mudah untuk menanggapi kami sebagai jenama ketinggalan zaman. Hari ini, kami menafsirkan semula legasi kami menerusi inovasi dan bakat."

Big-King mewakili pengguna generasi muda yang dicari-cari oleh GuangYuYuan. Dalam pertunjukan itu, beliau mendedahkan 10 gaya moden yang memanfaatkan elemen-elemen yang diilhamkan oleh motif dan tema Cina, selain sejarah GuangYuYuan yang berusia hampir 500 tahun lamanya. Acara yang dibarisi bintang ternama itu dihadiri oleh para selebriti seperti Celina Jade, wakil-wakil daripada jenama-jenama fesyen terkenal termasuk Gucci dan Louis Vuitton, serta ahli-ahli politik termasuk mantan Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin.

"Agar serasi dengan pengguna masa kini, kami mengubah cara kami berhubung, di samping menekankan bahawa GuangYuYuan tidak akan berkompromi dalam kualiti produk atau dalam mengekalkan warisan budaya tidak ketara kami," tambah En. Guo.

Latar Belakang GuangYuYuan

GuangYuYuan (600771 | CHN) ditubuhkan pada tahun 1541. Pada tahun 2003, ia diambil alih oleh konglomerat farmaseutikal Cina yang terkemuka, Xi'an Dongsheng Group, dan tersenarai dalam Bursa Saham Shanghai. Pada tahun 2006, GuangYuYuan diberi penghormatan oleh Kementerian Perdagangan Cina, menerima gelaran "Jenama Bertahan Lama". Dua daripada produk paling lama GuangYuYuan, GuilingJi dan Dingkun Dan, diisytiharkan menjadi sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara China dan rumusan mereka dipilih sebagai rahsia negara.

Laman Sesawang: www.guangyuyuan.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171006/1960387-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171006/1960387-1-b

 

 

Source: GuangYuYuan
Related Stocks:
Shanghai:600771
Keywords: Aerospace/Defense Entertainment Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals