omniture

Sewa Kereta Zuzuche Meningkat Berganda Sempena Cuti Umum

Zuzuche
2017-10-17 01:09 849

GUANGZHOU, China, 17 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Zuzuche.com, platform sewa kereta keluar dan perkhidmatan pelancongan yang terkemuka di China, memberikan gambaran jelas tentang trend pelancongan antarabangsa yang semakin berkembang dari China selain peningkatan keperluan terhadap perkhidmatan sewa kereta. Tahun ini, syarikat internet ini menyaksikan sewaan sempena Cuti Umum meningkat sekali ganda berbanding pada tahun 2016, manakala perkhidmatan tempahan tiket serta aktiviti di destinasi tarikan bertambah tiga kali ganda.

Cuti Umum Cina jatuh pada awal bulan Oktober dan ini memberi peluang unik kepada warga Cina untuk meneroka ke kawasan pelosok dunia yang lain selama seminggu. Tahun ini, terdapat peningkatan bilangan penduduk yang tidak melepaskan peluang untuk memilih kembara jalan raya.

Bagi menjelaskan kadar peningkatan ini, naib presiden Zuzuche, En. Zheng Chengjun menegaskan bahawa, "Industri pelancongan luar Cina telah berkembang pada kadar yang amat menarik sejak beberapa tahun lalu. Pada masa lalu, 'pakej lawatan' adalah amat popular. Namun begitu, pelancong Cina dilihat semakin bersedia memilih kaedah pengangkutan yang memberikan mereka kebebasan dan kefleksibelan sebaik mungkin. Inilah faktor utama di sebalik pertumbuhan mantap dalam segmen sewa kereta keluar."

Dengan menyasarkan keperluan pelancong Cina terhadap perkhidmatan sewa kereta yang fleksibel dan andal, Zuzuche.com bekerjasama dengan syarikat-syarikat sewa kereta terkemuka global selain rakan-rakan kongsi tempatan di seluruh dunia, yang kini meliputi lebih 100,000 lokasi sewaan.

Zuzuche.com ialah platform sewa kereta keluar dalam talian yang terbesar di China, menyumbang sebanyak 76.2% daripada bahagian pasaran dalam industri. Khidmat pelanggan pelbagai bahasanya membolehkan syarikat berkomunikasi dengan pelancong Cina bersama rakan-rakan kongsi sewa kereta seluruh dunia, dan juga perkhidmatan tambahan yang berbeza – seperti WiFi mudah alih, insurans tambahan atau GPS Cina - demi memastikan pelanggan dapat menikmati perjalanan di jalan raya yang sesuai dengan keperluan mereka.

Baru-baru ini, Zuzuche meluaskan skop dalam segmen pelancongan luar Cina, dan kini menawarkan perkhidmatan tempahan tiket dan aktiviti destinasi tarikan dengan jaminan harga terbaik.

Ditubuhkan pada tahun 2011 dan beribu pejabat di Guangzhou, Zuzuche menikmati kadar pertumbuhan yang pesat dan kini menggaji lebih 500 kakitangan. Pengumpulan dana terkini pada tahun 2016 membolehkan syarikat menyelesaikan pembiayaan Siri B dan B+ sebanyak 700 juta RMB (106 juta USD) daripada GF Xinde Investment.

Sebagai peneraju pasaran bagi industri kembara jalan raya luar di China, Zuzuche bukan sahaja menjadikan perjalanan pelancong Cina lebih mudah, tetapi turut menggalakkan komunikasi dan pemahaman budaya antara negara-negara berbeza. Sebagai contoh, Zuzuche bekerjasama dengan bahagian pentadbiran pelancongan dari pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, New Zealand dan juga Switzerland.

Hubungi:
Lu Yin
+86-183-2013-2179

Source: Zuzuche
Keywords: Auto Transportation Travel New products/services Sales reports