omniture

Xbox Cipta Guinness World Record daripada Belon Udara Panas Tersuai Super Lucky's Tale

Xbox
2017-10-18 22:32 1011

ALBUQUERQUE, New Mexico, 18 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Selamat datang ke alam pengembaraan! Ketika menantikan pelancaran global Super Lucky's Tale pada 7 November, Xbox mencipta belon udara panas Super Lucky's Tale tersuai yang diapungkan sempena Albuquerque International Balloon Fiesta® baru-baru ini dan para peminat seluruh dunia berpeluang menyaksikan strim langsung dari ketinggian 1,200 kaki di angkasa tatkala mereka mengikuti secara langsung Mixer Xbox Channel. Hasil daripada apungan belon udara panas yang menarik ini ialah kejayaan Super Lucky's Tale mendapat gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk Strim permainan altitud tertinggi. Super Lucky's Tale berserta kumpulan pemain dan pembangun elit kini memegang gelaran GUINNESS WORLD RECORDS atas pencapaian luar biasa mereka, yang sebahagiannya ditampilkan dalam "GUINNESS WORLD RECORDS 2018 Gamer's Edition, yang mengiktiraf rekod yang dicipta atau dipecahkan oleh para pemain dan pembangun seluruh dunia.

 

"Apa lagi cara yang lebih baik untuk kami menonjolkan keseronokan dan pengembaraan Super Lucky's Tale melainkan dengan mengapungkan belon udara panas dalam acara yang dipenuhi imaginasi dan paling utama, memegang gelaran GUINNESS WORLD RECORDS," kata Aaron Greenberg, Pengurus Besar Pemasaran Permainan di Xbox. "Hakikat bahawa kami menstrim langsung acara ini dalam Mixer secara langsung dari belon udara panas merupakan satu cabaran unik yang menyeronokkan buat kami!"

Acara strim langsung itu, dihoskan oleh Rukari Austin, Pengurus Komuniti di Microsoft Studios, berlangsung dalam belon yang dilitupi khas dengan platform terbina dalam yang menempatkan Xbox One X dan juga skrin yang dikuasakan oleh penjana ketika berada di udara. Selain itu, dua kamera pawagam mikro Blackmagic turut digunakan untuk merakam acara strim langsung itu. Acara strim langsung tersebut juga menggunakan rangkaian selular 3G/4G terikat. Elemen-elemen ini dipasang dan diletakkan di dalam gondola belon Super Lucky's Tale yang dapat ditonton oleh seisi keluarga ketika ia terbang di langit dan melakar sejarah.

Super Lucky's Tale ialah permainan platform seakan taman permainan yang menyeronokkan untuk semua peringkat usia yang mengikuti pengembaraan Lucky, wira yang sentiasa optimis, bertenaga dan disayangi, dalam misi pencariannya untuk mencari kekuatan dalaman dan membantu kakak kesayangannya menyelamatkan Book of Ages daripada Jinx. Jinx ialah penjahat yang licik dan penuh misteri yang cuba untuk membentuk semula dunia, tetapi atas sebab apa? Permainan ini boleh didapati di seluruh dunia pada 7 November sebagai Xbox Play Anywheretitle (rangkaian peranti Xbox One dan versi Windows 10 PC disediakan dengan pembelian digital tunggal tanpa kos tambahan).

Xbox Sets Guinness World Record from a Custom Super Lucky's Tale Hot Air Balloon
Xbox Sets Guinness World Record from a Custom Super Lucky's Tale Hot Air Balloon

Video - http://mma.prnewswire.com/media/585660/Xbox_Balloon_Video.mp4

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/585616/Xbox_Super_Luckys_Tale_Hot_Air_Balloon.jpg

Source: Xbox
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Awards