omniture

Anpac Bio Langkaui Sasaran 50,000 Kajian Kes 'Perintis Biopsi Cecair' Berkhidmat untuk Pelanggan Individu, Perubatan, Insurans & Korporat

Anpac Bio-Medical Science Company
2017-10-18 23:19 1097

SACRAMENTO, California, 18 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Dr. Chris Yu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat sains hayat antarabangsa Anpac Bio-Medical Science Company, minggu ini mengumumkan syarikat ini mencatat rekod antarabangsa baharu, memproses dan melapor lebih 50,000 kes seluruh dunia bagi ujian biopsi cecair "Analisis Pembezaan Kanser" (CDA) proprietari syarikat.

International life sciences leader Anpac Bio-Medical Science Company has developed breakthrough, proprietary, "Cancer Differentiation Analysis" technology that effectively reinvents cancer screening and early detection. Anpac's proprietary CDA medical devices analyze simple, standard, non-invasive "Blood Biopsies" - resulting in measurably greater early cancer detection sensitivity and specificity, with no harmful side effects in patients. The proven results of 25,000 cases to date demonstrate CDA's research validity achieving an average sensitivity and specificity rate range of 75%-90% for ten different types of cancer -- often identifying the type and location of threatening, diseased cancer cells before they form into tumors. (PRNewsFoto/Anpac Bio-Medical Science Co.)

Mendapat jolokan sebagai "pengubah lanskap industri," dan meraih "Anugerah Inovasi Termaju", di World Nobel Prize Laureate Summit; dan dipilih sebagai "Syarikat Pemeriksaan Kanser Paling Berpotensi", di Global Precision Medicine Industry Awards 2017, teknologi CDA daripada Anpac Bio mencipta semula teknik pemeriksaan dan pengesanan kanser tahap awal dengan berkesan.

Dengan menganalisis ujian darah yang ringkas dan standard serta mengaplikasikan algoritma diagnostik Anpac Bio yang proprietari, berbilang tahap, berbilang parameter, teknologi CDA Anpac Bio dapat mengenal pasti kanser pada tahap ketepatan yang boleh diukur dengan lebih hebat berbanding kaedah pemeriksaan konvensional yang terkini. Teknologi ini dapat melakukannya tanpa memberi sebarang kesan sampingan yang memudaratkan kepada pesakit; memberikan keputusan "positif palsu" yang amat sedikit; dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding ujian biasa; serta menghasilkan keputusan beberapa minit selepas menghantar sampel.

Data kesahihan kajian yang komprehensif daripada lebih 50,000 kajian kes yang diproses setakat ini menunjukkan diagnostik CDA dapat mengesan lebih 26 kanser secara tekal – dengan julat kadar kepekaan dan kekhususan antara 75%-90% -- biasanya mengenal pasti penyakit pada tahap-tahap paling awal.

Syarikat telah memfailkan lebih 200 permohonan paten berkaitan CDA di seluruh dunia – lebih 65 dikeluarkan setakat ini; dan mengekalkan operasinya dalam enam tapak, serta menggaji lebih 100 kakitangan seluruh dunia.

"Sejak syarikat kami dilancarkan pada tahun 2008, Anpac Bio telah merintis bidang 'biopsi cecair'," ujar Dr. Yu. "Teknologi CDA kami telah diuji, disahkan, dan digunakan setiap hari secara meluas oleh berpuluh-puluh institusi perubatan paling disegani dan terkenal di Asia. Kami turut menghasilkan keputusan yang sama tepat dan positif di Amerika Syarikat. Oleh kerana kajian ini juga telah diterbitkan dan dibentangkan di hadapan organisasi-organisasi saintifik yang disegani seperti Persatuan Onkologi Klinikal Amerika (ASCO) dan World Nobel Prize Laureate Summit, ujian-ujian CDA kami mendapat permintaan tinggi. Kini, kami memproses ujian-ujian CDA untuk individu, sistem kesihatan, syarikat insurans, institusi pendidikan dan juga syarikat. Kami amat berbangga peranti CDA kami telah maju di luar makmal dan memproses ujian-ujian sebenar untuk individu sebenar – menyelamatkan nyawa saban hari. Melihatkan keadaan sekarang, kami meramalkan akan menggandakan kes-kes CDA kami di seluruh dunia dan menyelamatkan lebih banyak nyawa pada tahun 2018!"

Untuk maklumat lanjut tentang Anpac Bio sila semak: www.AnpacBio.com.

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/585598/Anpac_Bio_Medical_Science_Co.jpg

Source: Anpac Bio-Medical Science Company
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Survey, Polls & Research