omniture

Asia Plantation Capital Adakan Mesyuarat Agung Tahunan 2017

Asia Plantation Capital
2017-11-01 09:22 812

BANGKOK, 1 Nov. 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan ladang yang memenangi anugerah Asia Plantation Capital mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2017 pada hari Sabtu 21 Oktober 2017, di Intercontinental Hotel, Bangkok, Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif APC Group, Barry Rawlinson, merasmikan AGM tersebut dengan menyampaikan ucapan kepada khalayak yang terdiri daripada lebih 400 pemilik dan pihak berkepentingan ladang yang berpangkalan di Thailand, tentang kesan perubahan iklim yang berterusan terhadap sektor pertanian. En. Rawlinson turut menyatakan penghargaan ikhlas kepada semua kakitangan Asia Plantation Capital yang berusaha bertungkus lumus untuk menangani dan mengurangkan kesan-kesan negatif perubahan iklim dalam amalan dan pengeluaran pertanian syarikat.   

APC Group CEO Mr. Barry Rawlinson addressing owners and stakeholders at the AGM 2017.
APC Group CEO Mr. Barry Rawlinson addressing owners and stakeholders at the AGM 2017.

Asia Plantation Capital terus kekal teguh berpegang pada etosnya 'kemampanan holistik'. Sepanjang tahun 2017, syarikat telah melaksanakan program dan direktif yang bukan hanya sekadar projek-projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), memastikan penjagaan, pertimbangan dan dorongan yang sama diberikan kepada semua kakitangan – bermula daripada pengurusan atasan dan pertengahan sehinggalah pekerja-pekerja ladang dan kaum keluarga mereka.

Jinda Tonkhambai, Pengarah Operasi Asia Plantation Capital Thailand, menggariskan butiran tentang aktiviti-aktiviti CSR berterusan oleh Asia Plantation Capital, selain aktiviti-aktiviti yang telahpun dijalankan sepanjang tahun lalu, yang telah mambawa manfaat kepada masyarakat setempat.

Berhubung hal peluasan berterusan syarikat dan ladang-ladang tambahan yang diperlukan demi memenuhi peningkatan permintaan produk-produknya, Phanitta Matwangsaeng, daripada bahagian Pentadbiran Am, menyampaikan perkembangan terkini kepada para hadirin tentang proses dan ketekunan wajar yang dijalankan sebelum pembelian tanah. Butiran teknikal, seperti proses perancangan tanah, rajah plot, sistem air dan sistem pengurusan pokok, dijelaskan dengan lebih lanjut oleh arkitek, Phoom Matwangsaeng.

Steve Watts, Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital Asia, mengulas mengenai operasi perniagaan Asia Plantation Capital Berhad (APCB) -- cabang APC Group di Malaysia – dengan memberi penekanan pada usaha sama utama yang telah dilaksanakan, selain penemuan penting yang dibuat dalam segmen penyelidikan dan pembangunan. Kilang tersebut – kilang penyulingan gaharu terbesar di Asia Tenggara – kini menyaksikan beberapa proses pengeluaran baharu, selain kemudahan pembenihan dan makmal yang diperluas dengan peralatan canggih untuk memantau kualiti minyak dan juga kaedah pengeluaran. En. Watts turut mengumumkan APCB kini dalam proses mendapatkan sijil bagi Amalan Pengilangan Yang Baik dan juga sijil Halal.

Salah satu pencapaian paling penting untuk APCB ialah pengiktirafan dan kelulusan tanpa syarat baru-baru ini untuk produk-produknya oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yang merupakan pihak lembaga Malaysia yang setanding dengan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dan juga Lembaga Kawalan Kewangan (FCA) di UK.

Boonchuay Jomkhamsee – Pakar Perhutanan, memberikan maklumat tentang pengurusan ladang serta proses inokulasi APC.

Dr Jeyakumar, yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua R&D Inokulasi Asia Plantation Capital, memaklumkan tentang hubungan dalam penghasilan gaharu pada peringkat molekul dan menjelaskan kepentingan inokulum APC. Beliau turut membentangkan tentang kajian berterusan beliau tentang ekspresi gen Argininosuccinate Synthase 1 (ASS1) dalam tumbuhan Aquilaria, yang dikawal oleh isyarat luka daripada proses inokulasi.

Penasihat Saintifik Khas dan Profesor Madya, Dr Pakamas Chetpattanondh, daripada Prince of Songkla University, Thailand, membuat pembentangan tentang cara-cara untuk menghasilkan Minyak Oud, kegunaannya, dan faedah perubatan serta sifat-sifat luar biasa minyak Oud.

Para hadirin turut diberikan perkembangan terkini mengenai Fragrance Du Bois, oleh Clotilde Antoine, yang merupakan Pengurus Jenama dan Runcit. Jenama minyak wangi mewah ini mencapai kejayaan baharu yang cemerlang tahun ini menerusi perkongsian dan pembukaan butik di Paris, Hong Kong, Milan, Marbella, Doha, dan Zurich, selain butik utama miliknya sendiri di Eropah iaitu di Geneva.

Penempatan semula butik kebanggaan Fragrance Du Bois di Singapura ke kawasan beli belah yang sibuk di sekitar Orchard Road, merupakan satu lagi projek menarik yang dilaksanakan oleh jenama tersebut pada tahun 2017, dan membuahkan kejayaan serta merta menerusi peningkatan tahap kesedaran jenama dan juga perolehan. Cik Antoine turut menyebutkan mengenai pelancaran Pure Oud Atomiser unik daripada Fragrance Du Bois, selain penyediaan rancangan untuk Fragrance Du Bois bagi tahun akan datang, termasuk peluasan jaringan butiknya di Timur Tengah (sekurang-kurangnya dua outlet bakal dibuka di Dubai beberapa minggu akan datang), berserta outlet di AS dan juga Portugal.

Asia Plantation Capital turut mengumumkan ia memeterai satu perjanjian pembekalan eksklusif bersama jenama penjagaan kulit dan aksesori yang dinamik serta baharu, Oud Essentials.

Sebahagian daripada mantera Oud Essentials adalah 'untuk mengubah wajah penjagaan kulit' dan pemasukan minyak Oud yang 100% asli, diperoleh secara lestari dan dihasilkan dengan beretika dalam semua produk syarikat bakal menjadi 'pengubah industri' dalam pasaran yang amat berdaya saing dan bernilai berbilion-bilion dolar ini.

Oud Essentials akan memperkenalkan penggunaan minyak Oud dalam produk penjagaan kulit – yang pertama di dunia – melalui penciptaan produk-produk yang unik dan inovatif. Perjanjian ini dikatakan bernilai kira-kira US$50 juta sepanjang 10 tahun akan datang, dengan persefahaman antara kedua-dua syarikat untuk membekalkan minyak Oud yang berharga, dan produk-produk lain Asia Plantation Capital yang mendapat sumber dan dikeluarkan daripada ladang gaharunya yang lestari.

Dalam AGM tersebut, APC Group menganugerahkan dua sijil kepada Africa Plantation Capital. Satu sijil kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya, Konstantinos Kioleoglou, yang menerima 'Anugerah Inovasi Global Asia Plantation Capital 2017' dan satu lagi kepada Kelvin Kaloki Sila, Pengarah Pembangunan Perniagaan, yang meraih 'Anugerah Kepimpinan Global 'Asia Plantation Capital 2017'.

AGM diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Pegawai Eksekutif APC Group, Barry Rawlinson yang berkata, "Tahun 2017 merupakan tahun yang bagus untuk kami semua di Asia Plantation Capital, memandangkan kami dapat menyaksikan pertumbuhan yang positif dalam organisasi. Meskipun kami berhadapan dengan cabaran, kami berupaya memastikan prestasi, pertumbuhan dan momentum di seluruh rantau dapat dikekalkan."

Rawlinson menyimpulkan, "Bagi pihak syarikat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan kami, pemegang saham dan setiap kakitangan atas sumbangan dan sokongan mereka."

Nota Untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012-203-5344

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Group ialah pengendali dan syarikat pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah; menjalankan projek di empat benua serta mempunyai tenaga kerja global melebihi 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang terunggul dalam industri ini.

Dengan fokus terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat 'tiga dimensi penilaian keuntungan' yang berjaya serta dinamik.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20171030/1978149-1

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Trade show news