omniture

Pameran Canton ke-122 Labuh Tirai dengan Pusing Ganti US$30 Bilion, Bukti Keadaan Perdagangan Keseluruhan yang Stabil

Pameran Canton
2017-11-14 05:53 669

GUANGZHOU, China, 14 November 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China kali ke-122 (Pameran Canton) melabuhkan tirai dengan jayanya pada 4 November dengan jumlah kehadiran pembeli seramai 191,950 orang dari 213 negara dan wilayah, meningkat 3.36 % berbanding sesi pameran kali ke-120.

Xu Bing, spokesman for the Canton Fair, noted that the fruitful results at the 122nd Canton Fair were achieved thanks to the growing number of buyers and their purchasing power.
Xu Bing, spokesman for the Canton Fair, noted that the fruitful results at the 122nd Canton Fair were achieved thanks to the growing number of buyers and their purchasing power.

Pusing ganti eksport kumulatif mencecah 198,65 bilion yuan (US$30.16 bilion), memperlihatkan peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jentera dan produk elektronik terus mendepani jumlah dagangan, menyumbang sebanyak 52.7 peratus daripada jumlah pusing ganti, menyaksikan peningkatan sebanyak 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini diikuti dengan produk industri ringan dan tekstil serta pakaian. Pusing ganti bagi seksyen jenama meningkat sebanyak 13.6 peratus, manakala sektor haiwan peliharaan turut menerima banyak pertanyaan.

Xu Bing, jurucakap Pameran Canton, berkata bahawa keputusan yang membuahkan hasil itu dicapai menerusi bilangan pembeli dan kuasa membeli mereka yang semakin meningkat.

Antara peserta yang terlibat termasuk:

  • 84,445 pembeli daripada negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan dengan peningkatan 3.48 peratus berbanding tahun sebelumnya;
  • Sejumlah 104 syarikat tersenarai dalam 250 Peruncit Global Teratas, termasuk lapan daripada 10 syarikat terkemuka antaranya termasuk Walmart, Kroger, Walgreens Home Depot, Carrefour, Aldi, Tesco dan Amazon;
  • 1,086 syarikat antarabangsa dan kumpulan penyumberan, seperti Auchan (Perancis), KESKO (Finland), Taurus (Sepanyol), Staples (AS), Harbor Freight Tools (AS), Lifetime Brands Inc (AS), Kawan Lama Group (Indonesia) dan LOCK&LOCK (Korea Selatan).

Selain itu, Pameran Canton ke-122 menganjurkan 50 acara yang mencakupi topik-topik yang popular masa kini dalam pasaran antarabangsa, forum industri, perbincangan reka bentuk dan inovasi, penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi, penjenamaan dan pemasaran, promosi industri serantau dan pelancaran produk baharu.

Antara acara-acaranya ialah:

  • "UAE berhubung Jalur dan Jalan" - Pemadanan Pembelian China-UAE;
  • Forum pasaran antarabangsa Pameran Canton (UK);
  • Hari Penyumberan Pameran Canton-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Organisasi Antarabangsa.

"Kami berasa teruja dapat melihat Pameran Canton terus menggalakkan perdagangan global dengan mengekalkan usaha untuk mengoptimumkan bahagian pameran bagi meningkatkan ketepatan dalam menarik pelaburan," kata Xu. "Kami berharap menerusi Pameran Canton kali ke-123 yang akan datang, kami akan bertemu dengan lebih banyak syarikat baharu dan bekerjasama untuk membentuk semula pasaran perdagangan antarabangsa, dan membawanya menembusi era baharu."

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou sejak tahun 1957. Ia merupakan pameran terbesar dengan rangkaian produk paling luas, seleksi pembeli paling pelbagai dan mencatat pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171113/1990567-1

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news