omniture

Infinitus Diiktiraf Majikan Terbaik China Tiga Tahun Berturut-turut

LKK Health Products Group
2017-12-05 10:08 502

SHANGHAI, 5 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Top Employers Institute mengumumkan senarai Majikan Terbaik China 2018 yang diperakui di Shanghai pada 4 Disember 2017. Infinitus (China) Company Ltd., anggota LKK Health Products Group (LKKHPG), menerima sijil tersebut buat tahun ketiga berturut-turut, yang mengiktiraf dan menggalakkan Infinitus atas kecemerlangannya dalam hal kebajikan kakitangan, pemupukan bakat dan pembangunan kerjaya kakitangan berdasarkan piawaian pensijilan global yang seragam.

Infinitus Dianugerah sebagai Majikan Terbaik yang Diiktiraf di China 2018
Infinitus Dianugerah sebagai Majikan Terbaik yang Diiktiraf di China 2018

Top Employers Institute mengiktiraf majikan-majikan terkemuka di serata dunia dengan menilai tawaran yang diberikan oleh majikan kepada kakitangan mereka dalam sembilan kategori: Strategi Bakat, Perancangan Tenaga Kerja, Suai Kenal, Pembelajaran & Pembangunan, Pengurusan Prestasi, Pembangunan Kepimpinan, Pengurusan Kerjaya & Penggantian, Pampasan & Faedah dan Budaya. Audit pihak ketiga dijalankan bagi menjamin integriti pensijilan.

Menurut Top Employers Institute, Infinitus sekali lagi menerima sijil tersebut berdasarkan persekitaran pekerjaan yang kompetitif dan amalan pengurusan yang inovatif. Syarikat tersebut membuat pencapaian yang boleh dilihat dalam meningkatkan kebajikan kakitangan, persekitaran bekerja selain program pengurusan prestasinya, selari dengan budaya korporat yang unik.

Infinitus sentiasa komited untuk mewujudkan suasana bekerja "rasa selesa" untuk kakitangannya, dan menggalakkan keseimbangan yang baik antara kesihatan, keluarga dan kerjaya merupakan salah satu pendekatan penting. Syarikat turut menyediakan kakitangannya dengan Program Pengurusan Kesihatan Kakitangan yang komprehensif dan melancarkan platform kebajikan kakitangan pada tahun 2017, bagi memberikan kakitangan dan keluarga mereka dengan akses kepada pelbagai pelan insurans komersial, dalam usaha untuk menangani kebimbangan pekerja, di samping berusaha memaksimumkan keuntungan serta mengurangkan kos. Berdasarkan falsafah kesihatannya, Infinitus melancarkan siri acara sepanjang tahun termasuk aktiviti Hari Keluarga, menubuhkan dana budaya korporat istimewa yang menggalakkan kakitangan dan keluarga mereka untuk bergiat aktif dalam mencari keseimbangan antara kesihatan, keluarga dan kerjaya, serta menyampaikan pesanan ini secara aktif kepada orang awam selain kakitangan dan juga keluarga mereka.

Infinitus turut mengadakan program yang meningkatkan usaha untuk membina saluran tenaga mahir dengan dua matlamat iaitu untuk membantu semua kakitangan menonjolkan potensi penuh mereka di samping menjadi sebuah syarikat cekap yang mampu bertindak balas terhadap perubahan dalam persekitaran pasaran luar. Syarikat turut menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan mengikut jawatan kerja yang tersedia dan objektif pembangunan kerjaya kakitangan, demi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan keadaan baharu dan melaksanakan potensi penuh mereka. Syarikat juga mengoptimumkan struktur organisasi dan meningkatkan kecekapan dengan memudahkan proses kelulusan, mengurangkan masa yang diluangkan dalam mesyuarat dan persidangan, menggalakkan telekerja, dsb.

Mendengar luahan kakitangan membolehkan Infinitus untuk terus mengoptimumkan strategi pengurusan organisasi dan menyediakan sistem pengurusan yang lebih sesuai untuk syarikat. Infinitus berusaha memahami apa yang diharapkan oleh kakitangan dan menggalakkan serta mengekalkan bakat-bakat yang cemerlang melalui pelbagai saluran termasuk tinjauan kepuasan kakitangan tahunan, forum dalam talian terbuka dan komunikasi bersemuka secara berterusan.

Ikuti kami melalui Facebook dengan membuat carian "lkkhpg"

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171205/2001938-1

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Awards