omniture

Jadilah Pelopor dalam Black Desert Online - Akses Awal Bermula Hari Ini di Asia Tenggara!

Pearl Abyss
2018-01-11 07:44 440

SEOUL, Korea Selatan dan BANGKOK, 11 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pelana? Ada. Joran? Ada. Ubi kentang? Ada.

Pearl Abyss berharap Pengembara Asia Tenggara sudahpun berkemas dan bersedia mengambil langkah pertama menuju Black Desert. Meskipun pelancaran rasmi dijadual seminggu lagi, para pengembara boleh mendahului permainan dan memulakan pengembaraan dengan Akses Awal.

Para pengembara yang telahpun membeli Pakej Legenda akan berpeluang meneroka dengan bebas di sekitar dunia Black Desert Online yang terbentang luas. Sama ada tujuannya adalah untuk memusnahkan raksasa, berdepan dengan pemain-pemain lain, atau sekadar ingin memulakan hidup anda di perkampungan aneh yang terletak di luar bandar, dunia dalam genggaman anda. Buatlah apa sahaja dengannya, ia adalah milik anda.

Penantian sudah berakhir. Akses Awal bermula hari ini!
Penantian sudah berakhir. Akses Awal bermula hari ini!

Akses Awal bukan sahaja membolehkan anda bermain permainan ini tanpa teragak-agak, terdapat juga faedah-faedah istimewa untuk para pelopor. Sebagai hadiah alu-aluan, para pengembara yang memulakan perjalanan mereka sewaktu tempoh akses awal akan menerima 'Topi Splat Fisher (7 Hari)' dan '5 Air Mata Elion'.

Buat anda yang menyukai media sosial, anda boleh mencipta versi alam semesta alternatif anda sendiri dalam permainan ini dengan ciri penyesuaian watak berorientasikan perincian luar biasa, yang unik hanya untuk Black Desert Online, dan berkongsi versi anda bersama dunia bagi mendapat peluang untuk memenangi kamera Polaroid! Maklumat lanjut tentang acara yang sedang berlangsung ini boleh didapati daripada Facebook rasmi.

Tempoh akses awal untuk setiap pakej adalah berbeza. Anda boleh menyemak halaman kiraan detik rasmi untuk melihat tarikh mengakses permainan.

Latar Belakang Black Desert Online 

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka dibangunkan oleh Pearl Abyss, dengan visual dan kemahiran canggih menerusi pertarungan yang akan menentukan semula bagaimana kita melihat suatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak terbaik berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas yang akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO serta RPG aksi, umumnya. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 100 negara dan mempunyai lebih 8 juta pengguna berdaftar.

Untuk maklumat lanjut tentang Black Desert Online, sila layari https://www.sea.playblackdesert.com/
Untuk maklumat lanjut tentang Pearl Abyss, sila layari: www.pearlabyss.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180109/2027143-1

 

Source: Pearl Abyss
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment New products/services