omniture

CMIG & Sina Adakan Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan di Davos

Penerima Hadiah Nobel Berucap tentang Ekonomi Kebahagiaan China
China Minsheng Investment Group
2018-01-26 13:36 468

DAVOS, Switzerland, 26 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pada 23 Januari, China Minsheng Investment Group (CMIG), bersama-sama Sina, sebuah syarikat media dalam talian yang terkemuka, mengadakan Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan 2018 di Davos, Switzerland. Sir Angus Stewart Deaton, Penasihat kanan CMIG dan Penerima Hadiah Nobel dalam bidang ekonomi pada tahun 2015, menyampaikan ucaptama mengenai ekonomi Cina dari perspektif Ekonomi Kebahagiaan. 

Panel Discussion of the Summit
Panel Discussion of the Summit

Deaton menunjukkan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lalu, ekonomi China berkembang pada kadar yang pesat, dan kebahagiaan penduduk meningkat secara beransur-ansur. Sementara itu, data Gallup yang terkini menunjukkan kepimpinan China lebih diterima berbanding kepimpinan Amerika oleh kebanyakan penduduk dunia.

Beliau turut menyatakan populasi warga emas pada masa kini di China meningkat dengan pesat dan pengaturan kehidupan dan penjagaan kesihatan perlu diberi perhatian.

Deaton berkata, "Di China, pertumbuhan ekonomi berkembang dengan amat pesat, sehinggakan anak-anak dapat hidup lebih senang berbanding ibu bapa mereka dan mampu menyara ibu bapa atau datuk nenek mereka dari segi kewangan, seperti perumahan, penginapan dan penjagaan kesihatan, meskipun mereka tinggal berasingan."

"Inilah bidang yang dapat diusahakan dengan baik oleh CMIG, meluaskan jaringan perkhidmatan jagaan di rumah untuk warga tua, dan menyediakan peluang pasaran untuk anak-anak menyara kehidupan yang bahagia dan bebas untuk ibu bapa dan datuk nenek," tambah Deaton.

Wang Hui, Pengerusi CMIG Futurelife, berkongsi penyelesaian beliau di sidang kemuncak tersebut untuk penjagaan warga tua Cina secara komersial -- komuniti. Beliau berkata, "Komuniti, tempat kebanyakan orang meluangkan masa paling lama dan amat berkait rapat dengan kehidupan harian orang ramai, merupakan platform utama peningkatan penggunaan. Sementara itu, peningkatan penggunaan dan inovasi komersial dalam komuniti boleh memberi peningkatan langsung kepada kesejahteraan anggota-anggota mereka."

CMIG Futurelife, sebuah platform CMIG yang amat penting dalam menaik taraf pelaksanaan penggunaan berasaskan komuniti dan penjagaan warga tua di rumah, merupakan perusahaan terbesar di China yang terlibat dalam pengurusan dan perkhidmatan komuniti. Setakat ini, CMIG Futurelife telahpun mewujudkan jaringan penjagaan warga tua di bandar pada tiga-tahap di seluruh negara, platform perkhidmatan penjagaan warga tua dalam talian dan perikatan perindustrian.

Usahawan-usahawan dan para ilmuwan termasuk Zhang Yaqin, presiden Baidu, Honson To, pengerusi KPMG bagi rantau Asia Pasifik dan China, dll turut hadir dalam sidang kemuncak ini.

CMIG ditubuhkan oleh 59 syarikat persendirian yang terkemuka pada tahun 2014 yang mempunyai modal berdaftar sebanyak 50 bilion yuan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180125/2040032-1

Source: China Minsheng Investment Group
Keywords: Health Care/Hospital New products/services