omniture

Pioneer Lancar Subwufer Siri-Z Terkini Berikan Bass Bunyi Bergegar Tanpa Ruang Kotak Yang Besar

Pioneer Electronics Asia Centre
2018-01-30 13:53 534

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan rangkaian subwufer terkini yang direka untuk memberikan bass dengan bunyi mendalam, berkuasa serta tepat, dan dalam masa yang sama mengekalkan bentuk kompak yang mudah dipasang. Rangkaian produk baharu ini termasuk siri-Z audio Resolusi-Tinggi terbaik yang baharu, serta model siri-D yang hebat dan versatil, selain subwufer berkuasa TS-WX130DA dan TS-WX130EA.

 

 

TS-Z10LS2 Pioneer (gegelung suara 2 ohm) & TS-Z10LS4 Pioneer (gegelung suara 4 ohm)
TS-Z10LS2 Pioneer (gegelung suara 2 ohm) & TS-Z10LS4 Pioneer (gegelung suara 4 ohm)

 

 

TS-D12D4 Pioneer
TS-D12D4 Pioneer

 

 

TS-300S4 Pioneer
TS-300S4 Pioneer

 

 

 

TS-WX130DA Pioneer (dengan alat kawalan jauh)
TS-WX130DA Pioneer (dengan alat kawalan jauh)

"Di Pioneer, kami masih dan sentiasa berdedikasi untuk mencipta pengalaman bunyi terbaik untuk pelanggan. Rangkaian subwufer baharu ini adalah hasil minat kami terhadap bunyi dan terus menerobos sempadan kuasa dan ketepatan bunyi. Kualiti yang menjadikan subwufer kami terkenal merupakan satu gambaran terhadap sejarah dan kepakaran Pioneer yang telah lama bertapak, dan kami berbangga untuk terus membawakan kualiti terkenal ini untuk tahun 2018 dan seterusnya," kata En. Takao Chiba, Timbalan Pengurus Besar Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre.

SUBWUFER SIRI-Z PIONEER - BASS DITALA UNTUK AUDIO BERESOLUSI TINGGI

TS-Z10LS2 dan TS-Z10LS4 ialah subwufer terbaik Pioneer dengan bass yang benar-benar autoritatif, dan merupakan pendamping sempurna untuk pembesar suara Beresolusi Tinggi siri-Z baharu. Alami impak penuh nota-nota muzik paling dalam, lengkap dengan reka bentuk yang mudah dipasang. Nikmati ketepatan Audio Beresolusi Tinggi yang hebat dengan subwufer dan pembesar suara siri-Z yang dipadankan secara akustik, dibangunkan dari mula untuk memberikan penyepaduan bunyi yang lancar dan bass yang luar biasa mendalam, dinamik dan terperinci.

Dengan menggabungkan pemacu gentian aramid Twaron® yang inovatif dan pembinaan dwilapisan, kuasa pengendalian subwufer siri-Z dipertingkatkan dengan gangguan boleh dengar yang minimum. Tidak seperti kebanyakan subwufer biasa yang memerlukan ruang tertutup yang luas, subwufer siri-Z bersaiz lebih kecil agar dapat memudahkan pemasangan tanpa menjejaskan prestasi serta keandalan. Model-model ini menyediakan gasket getah bergaya yang menyembunyikan skru pelekap demi gaya yang lebih kemas dan sederhana.

SUB SIRI-D PIONEER - BASS BERKUALITI YANG DAPAT ANDA RASAKAN

Versatil terunggul, subwufer siri-D direkayasa dengan mengutamakan prestasi, menonjolkan kemajuan baharu dalam sains bahan dan reka bentuk yang inovatif. Subwufer baharu TS-D12D2, TS-D12D4, TS-D10D2 dan TS-D10D4 menawarkan bass yang hebat dan berkualiti tinggi dari segi kemantapan kuasa, kedalaman dan definisi.

Berupaya mengendalikan sehingga 600W (RMS), subwufer siri-D boleh menghasilkan bass yang lebih mendalam dan lebih kuat dengan gegelung suara yang besar serta magnet dwisusunan. Pemacu Gentian Aramid Propilena yang Dijalin Disuntik Dibentuk terus menyingkirkan gangguan yang boleh didengari. Setiap model subwufer dalam siri-D baharu mempunyai pelbagai saiz dan keupayaan pengendalian berkuasa, di samping mempunyai sifat dan ciri bunyi menarik yang sama agar dapat memenuhi semua keperluan hiburan dalam-kereta anda.

SUBWUFER SIRI CHAMPION PIONEER - BERKUASA DAN MANTAP

Subwufer Siri Champion tahan lasak Pioneer adalah hebat, mantap dan boleh mengendalikan lebih input kuasa pada kadar bunyi lebih tinggi tanpa menjejaskan kualiti bunyi yang cemerlang. Subwufer Siri Champion TS-300D4 (jenis dwigegelung suara) dan TS-300S4 (jenis gegelung suara tunggal) baharu mempunyai dwilelabah dan pemasangan motor, yang memberikan pacuan daya bunyi dinamik yang kuat yang sinonim dengan nama Siri Champion.

Kon komposit IMPP™ yang sangat tegar mengurangkan perubahan bentuk walaupun dengan sesaran yang besar, memastikan bass yang lebih kuat mengikut keperluan muzik anda. Model-model ini turut memberikan reka bentuk Perlindungan Habuk Pioneer yang membebaskannya daripada habuk dengan andal dan mencegahnya daripada mengganggu prestasi dan ketahanan yang mantap.

PIONEER TS-WX130DA DAN TS-WX130EA - KUASA DALAM PAKEJ KECIL

Dengan reka bentuk yang amat kompak namun pastinya berkuasa, TS-WX130DA dan TS-WX130EA Pioneer terkini merupakan subwufer yang sempurna untuk kereta yang mempunyai ruang terhad. Berukuran hanya selebar 28cm, sedalam 20cm dan setinggi 7cm, model ini direka agar dapat diletakkan di kebanyakan tempat duduk kereta dan ruang lebih kecil, menjadikan pemasangan yang amat mudah untuk hampir semua kenderaan dalam pasaran.

Berserta rangkaian pembesar suara dan input RCA, pemandu mempunyai kefleksibelan untuk menghubungkan TS-WX130DA dan TS-WX130EA. Sebagai contoh, pemandu boleh menghubungkannya kepada output atau pra-out unit utama pada dek kereta.

TS-WX130DA dan TS-WX130EA mempunyai penguat Kelas-D amat cekap yang mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 40 peratus. TS-WX130DA dilengkapi dengan alat kawalan jauh berwayar dan kuasa pasang/tutup yang automatik bagi memudahkan operasi, dan terdapat juga fungsi DSP dan dua mod bass yang boleh dipilih bagi menala subwufer untuk genre muzik yang berbeza.

Dengan 10 pilihan model subwufer baharu, para pemandu diberi jaminan bahawa akan ada produk daripada Pioneer yang dapat memenuhi keperluan individu masing-masing. Rangkaian model subwufer baharu 2018 kini disediakan oleh pengedar berdaftar Pioneer. Memandangkan ketersediaan produk berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer kawasan anda untuk maklumat lanjut.

Imej-imej produk resolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/2jq0oeggzm79ecw/AAAN1NjuHod0_E2bdtPjREpIa?dl=0

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini tentang produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pioneer.com.sg.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180112/2031370-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180112/2031370-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180112/2031370-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180112/2031370-1-d
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170608/1871433-1LOGO

 

Source: Pioneer Electronics Asia Centre
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Music New products/services