omniture

Kejayaan Hebat di NAIAS 2018 Buka Babak Baharu untuk GAC Motor

GAC Motor
2018-02-02 02:57 563

Keterujaan Tentang Pertumbuhan dan Barisan Model Syarikat Jadi Asas Peluasan Dalam Pasaran Global

DETROIT, 2 February 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kenderaan China yang paling pantas berkembang, meraikan hari penutup kemunculan kali ke-4nya di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) di Detroit, dengan barisan model yang menjadi tumpuan hebat termasuk kenderaan sedan GA4 dan kereta konsep Enverge yang memperoleh ulasan yng memberangsangkan dan menjana keterujaan besar serta penantian rancangan syarikat untuk meluaskan pasaran ke Amerika Utara menjelang 2019.  

Yu Jun, Presiden GAC Motor, di NAIAS 2018
Yu Jun, Presiden GAC Motor, di NAIAS 2018

Syarikat menerima perhatian meluas daripada media dan pengunjung profesional, termasuk Hong Lei, Konsul Besar Republik Rakyat China di Chicago; Rick Snyder, Gabenor Michigan; Brenda Lawrence, Ahli Kongres Amerika Syarikat dan Ryan LaFontaine, Pengerusi NAIAS 2018 yang mengunjungi reruai GAC Motor dan memperoleh maklumat tentang pencapaian besar yang diraih syarikat pada tahun lepas.

"GAC kini bersiap sedia untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat menjelang 2019. Mereka berani menghadapi semua cabaran yang getir, berwawasan apabila membuat perancangan, dan proaktif sewaktu melangkah ke pasaran global, yang meraih rasa hormat syarikat-syarikat yang setara di Amerika Syarikat," kata Ryan LaFontaine, Pengerusi NAIAS 2018 di sidang media. "Kami optimis tentang potensi pasaran GAC di Amerika Syarikat dan ternanti-nanti untuk melihat kenderaan mereka berada di jalan raya kami."

Sidang media GAC Motor di NAIAS 2018 dihadiri hampir 500 tetamu dan media terkemuka serta dilaporkan oleh lebih daripada 650 saluran media umum dan industri di seluruh dunia, termasuk Forbes, BBC, CNBC dan banyak lagi, yang menerbitkan lebih 2,000 artikel berita dan rencana mendalam sehingga mencapai lebih 1 bilion khalayak. Mereka menamakan GAC Motor sebagai jenama paling menakjubkan di NAIAS.

SUV GS8 GAC Motor dengan 7 tempat duduk
SUV GS8 GAC Motor dengan 7 tempat duduk

Eksekutif kanan daripada syarikat pembekal global terkemuka termasuk Continental, Aptiv, Valeo, Faurecia, ZF TRW, Nexteer dan Michelin memberi pengiktirafan dan sokongan penuh kepada langkah utama GAC Motor ke arah program global bagi memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 2019 selain harapan mereka untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dengan syarikat.

Florent Menegaux, Ketua Pegawai Operasi di Michelin, menjemput GAC Motor menyertai kemuncak mobiliti mapan global MOVIN' ON ke-2 pada 2019 dan melawat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Michelin LDX di Perancis.

Peniaga auto yang hadir mengucapkan tahniah kepada GAC Motor atas pencapaian 500,000 jualan pada 2017 dan mengekalkan pertumbuhan kukuh selama beberapa tahun berturut-turut serta melahirkan harapan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dengan GAC Motor.

Selain aktivitinya di NAIAS, GAC Motor mengambil langkah seiring untuk mula memperkenalkan diri kepada pengguna Amerika Utara. Semasa pameran auto ini, iklan bagi kenderaan yang menjadi bintang utama syarikat turut muncul di skrin besar di Times Square, yang menunjukkan pengunjung memberi pandangan dalam temu bual tentang reka bentuk kenderaan GAC Motor yang mengujakan dan harapan mereka untuk melihat GAC Motor dalam pasaran Amerika Syarikat.

Video Promosi GAC Motor "Hello World" di Times Square New York
Video Promosi GAC Motor "Hello World" di Times Square New York

"Jenama kelas dunia perlu mematuhi tiga syarat: melaksanakan R&D, pengeluaran dan pengedaran produk pada tahap global; memenuhi permintaan pasaran global dan mendapat pengiktirafan daripada bakal pelanggan di seluruh dunia. Inilah pencapaian yang sedang diusahakan oleh GAC Motor," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.

Melangkah ke hadapan, GAC Motor akan terus melaksanakan rancangan peluasannya ke Amerika Utara. Berikutan pembukaan Pusat R&D Amerikanya yang pertama di Silicon Valley yang memulakan operasi pada 2017, GAC Motor merancang pembukaan dua lagi - di Los Angeles dan Detroit. Selain itu, yakin dengan paparan kejayaan produk bermutu tinggi dan teknologi inovatif GAC Motor, banyak peniaga Amerika menunjukkan minat untuk menjadi rakan kongsi syarikat, yang bakal mengasaskan syarikat jualan di Amerika Utara pada 2018 dan menyertai konvensyen tahunan Persatuan Peniaga Automobil Kebangsaan (NADA) pada bulan Mac akan datang.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) merupakan subsidiari GAC Group yang berada pada kedudukan ke-238 dalam kalangan 500 syarikat Fortune Global. Syarikat ini membangun dan membuat kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan bermutu premium. GAC Motor kini berada di kedudukan pertama dalam kalangan jenama China untuk lima tahun berturut-turut menurut J.D. Power Asia Pacific's China Initial Quality Study SM (IQS), mempamerkan strategi berpusatkan kualiti syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif, pembuatan hinggalah kepada rantaian bekalan serta jualan dan perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180131/2045430-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180131/2045430-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180131/2045430-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion Trade show news