omniture

Makeblock Sertai NOSI Rapatkan Jurang Pendidikan STEAM di Cape Verde, Afrika

Makeblock
2018-02-11 12:07 1128

SHEZHEN, China, 11 Feb, 2018 / PRNewswire / - Makeblock, penyedia utama pendidikan STEAM yang terkemuka di dunia, bekerjasama dengan kerajaan Cape Verde untuk merapatkan jurang pendidikan STEAM di Kepulauan Cape Verde, Afrika. Projek yang dinamakan sebagai Weblabs, merupakan salah satu objektif NOSI (Operational Nucleus of the Information Society) e-Gov II, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Cape Verde, dengan sasaran untuk merapatkan jurang pendidikan STEAM di Afrika menerusi penggunaan teknologi maklumat canggih dalam sistem pendidikan tempatan. Makeblock, sebagai satu-satunya penyedia kit robot untuk Weblabs, bekerjasama dengan NOSI dengan tujuan memperkenalkan penyelesaian pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Jurutera, Seni dan Matematik) kepada sekolah dan keluarga di Cape Verde.

Juruteknik Makeblock dan juruteknik Afrika bergambar di hadapan makmal Weblabs
Juruteknik Makeblock dan juruteknik Afrika bergambar di hadapan makmal Weblabs

Terdapat 44 makmal lengkap di Cape Verde untuk pelaksanaan projek WebLabs. Makeblock, yang diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian pendidikan STEAM dengan keupayaan R & D dan inovasi yang tersendiri, ditetapkan sebagai pembekal eksklusif kit robot oleh kerajaan Cape Verde. Makeblock telah menyediakan hampir 1,000 kit robot pendidikan STEAM untuk projek Weblabs, termasuk mBot v1.1 Bluetooth, mBot Ranger 3, mBot Ultimate, dan sebilangan besar modul elektronik. Selain itu, Makeblock juga menyediakan latihan amali robotik kepada juruteknik dari Kementerian Pendidikan dan NOSI untuk membantu mereka mengajar STEAM kepada pelajar.

Jasen Wang, pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock berkata: "Kami bukan sekadar teruja untuk bekerjasama dengan NOSI untuk membantu merapatkan jurang pendidikan di Afrika. Sebagai syarikat terkemuka di dunia dalam industri pendidikan STEAM, Makeblock sentiasa memikul tanggungjawab sosial untuk berkhidmat kepada seluruh masyarakat. Makeblock, dalam misi besar 'untuk membawa pendidikan ke peringkat seterusnya di seluruh dunia' ini sejak hari pertama lagi, telah bekerja secara aktif dengan rakan kongsi global untuk menjadikan pendidikan STEAM boleh diakses di seluruh dunia. Makeblock percaya bahawa dengan penyelesaian pendidikan STEAM yang maju, kita boleh membantu kanak-kanak mengubah idea mereka menjadi kenyataan dan menjadikan kreativiti sebagai cara hidup mereka. "

Para pelajar dari Kawasan Baharu Xiong’an melawat Makeblock
Para pelajar dari Kawasan Baharu Xiong’an melawat Makeblock

Terdahulu pada 6 Februari 2018, 50 pelajar sekolah menengah berasal dari Kawasan Baharu Xiong'an, China, menghadiri "Kem Musim Sejuk Tencent Xiong'an" dan melawat Makeblock. Sepanjang kursus dan pertandingan robot, para pelajar berpeluang untuk mendekati kit robot dan mengetahui lebih lanjut mengenai STEAM.

Di Amerika Syarikat, Makeblock mendermakan kit robot dalam lelongan awam yang dijalankan oleh The Buoniconti Fund, dan semua hasil daripada robot-robot itu disalurkan untuk menyokong penyelidikan untuk Menyembuhkan Kelumpuhan. Di Guatemala, Makeblock bekerjasama dengan rakan-rakan setempat untuk menganjurkan projek kebajikan 2017, yang membawa bahan pendidikan STEAM dan kit robot kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang tinggal di kawasan pergunungan yang jauh terpencil atau mereka yang cacat fizikal.

Akhirnya, Makeblock komited sepenuhnya untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan kepada mereka yang berada dalam masyarakat yang kurang mendapat perhatian. "Menerusi penyepaduan teknologi seperti AI, IoT dengan pendidikan dalam format produk pendidikan seperti Makeblock Neuron, Codey Rocky, dan perisian pengaturcaraan percuma seperti mBlock," kata Jasen. "Makeblock menyasarkan untuk merapatkan pemisahan teknologi dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk lebih ramai kanak-kanak."

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co, Ltd, yang diasaskan pada tahun 2013, adalah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menyasarkan pada Pendidikan STEAM dan hiburan di sekolah, institut pendidikan dan rumah, Makeblock menyediakan pertandingan robotik, perisian, kandungan dan pertandingan robotik yang hebat, dengan matlamat untuk mendorong penyepaduan teknologi dan pendidikan yang mendalam. Produk Makeblock terutamanya termasuk kit pendidikan STEAM, kit teknologi, platform blok bangunan elektronik, platform pembinaan robotik DIY dengan lebih daripada 500 bahagian mekanikal dan elektronik, perisian pengaturcaraan visual yang mudah digunakan dan sumber pembelajaran yang beraneka, memperkasakan semua orang untuk merealisasikan idea mereka dan membuka peluang inovasi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.makeblock.com.


Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180207/2051502-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180207/2051502-1-b  


Source: Makeblock
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Education Household/Consumer/Cosmetics Toys