omniture

Huawei Perkenal Penyelesaian CloudCampus Pacuan-Hasrat

Huawei
2018-03-20 17:22 630

- Bangunkan AI, Data Besar dan Awan dalam seni bina rangkaian, dayakan perusahaan untuk kurangkan OpEx, berikan ROI lebih baik dan pelancaran perniagaan digital lebih pantas

AMSTERDAM, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei memperkenalkan penyelesaian CloudCampus Pacuan-Hasrat dan suis boleh diatur cara baharu untuk rangkaian kampus perusahaan di Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Eropah Barat Huawei 2018. Dengan memperkenalkan seni bina baharu untuk Rangkaian Pacuan-Hasrat (IDN), CloudCampus Huawei dapat membantu syarikat-syarikat perusahaan membina rangkaian berwayar dan tanpa wayar moden yang menampilkan pengalaman pengguna tanpa kompromi, peruntukan perkhidmatan automatik serta Pengendalian dan Penyelenggaraan (O&M), dan juga akses tertumpu.

Indeks Ketersambungan Global 2017 Huawei[1] meninjau 3,000 perusahaan daripada pelbagai industri. Dapatan kajian menunjukkan ketersambungan mendayakan perusahaan untuk memecah sempadan kawasan dan bertindak balas terhadap keperluan pelanggan dengan lebih pantas, meningkatkan produktiviti, kecekapan serta daya saing mereka dalam pasaran.

CloudCampus Pacuan-Hasrat Huawei mengguna pakai konsep reka bentuk 'Pintar, Ringkas, Tertumpu, Selamat dan Terbuka' dan melancarkan dua modul kampus iaitu, enjin maklumat rangkaian kampus serba baharu, CampusInsight dan penyelesaian pengautomatan rangkaian kampus Software-Defined Campus (SD-Campus). CampusInsight membantu membina sistem gelung tertutup swasembuh yang prediktif dengan tambahan keterlihatan untuk setiap pengguna pada masa sebenar. SD-Campus melaksanakan pengautomatan kitar hayat penuh pada rangkaian fizikal dan maya, bermula daripada perancangan dan pengaturan kepada O&M.

"Ketersambungan, kunci untuk membangunkan platform digital dalam sesebuah perusahaan, kini diperluas daripada orang ramai kepada benda dan persekitaran," kata Wang Shihong, Pengurus Besar Domain Rangkaian Kampus Huawei. "Penyelesaian CloudCampus kami akan membantu perusahaan membangunkan platform rangkaian digital pintar yang menghubungkan hasrat dan seni bina rangkaian, yang mendayakan transformasi digital."

"Syarikat-syarikat perusahaan masa kini akan mendapat faedah yang sangat banyak daripada pendekatan berpandukan hasrat-perniagaan untuk membina rangkaian dan infrastruktur IT. Vendor-vendor yang dapat memanfaatkan AI/ML dan model berasaskan analitik untuk pengautomatan rangkaian akan menjadi lebih tangkas dan berupaya memberikan pengalaman pengguna tanpa kompromi dan selamat," kata Rohit Mehra, Naib Presiden Infrastruktur Rangkaian IDC.

Komponen Baharu CloudCampus Pacuan-Hasrat Huawei

  • CampusInsight 2.0 (Enjin maklumat rangkaian kampus): Dengan memanfaatkan teknologi telemetri, CampusInsight mengumpul data rangkaian dan aplikasi daripada peranti rangkaian pada masa sebenar dan secara atas permintaan. Teknologi Data Besar dan AI digunakan untuk menjalankan analisis kegagalan rangkaian dan ramalan proaktif, dan sehingga 85 peratus isu-isu yang bakal berlaku dapat dikenal pasti secara automatik.
  • SD-Campus 2.0 (Penyelesaian pengautomatan rangkaian kampus kitar hayat penuh): Direka untuk rangkaian kampus bersaiz sederhana dan besar, SD-Campus memanfaatkan Perangkaian Tentuan Perisian (SDN) dan teknologi awan untuk mengautomasi pengaturan rangkaian, pelancaran rangkaian maya dan pengurusan dasar berorientasikan pengguna/aplikasi. Ciri-ciri ini dapat membantu mengurangkan OPEX sebanyak 80 peratus.
  • Suis tangkas baharu S5730-HI dan S6720-HI menyokong SD-Campus: Suis-suis tangkas boleh diatur cara sepenuhnya ini, dibangunkan melalui cip Pemproses Rangkaian Eternet (ENP) Huawei, melaksanakan penumpuan berwayar dan tanpa wayar melalui fungsi Pengawal Akses (AC) natif dan menyokong senario SD-Campus.

- Huawei S5730-HI ialah suis tangkas generasi seterusnya yang menyokong akses semua-gigabit.

- Huawei S6720-HI ialah suis tetap boleh diatur cara sepenuhnya yang pertama dalam industri dengan port taut naik 100GE untuk rangkaian kampus.

Pada masa depan, transformasi digital akan memacu perusahaan untuk melancarkan perniagaan mereka pada kelajuan lebih pantas. Rangkaian perlu bertindak balas segera mengikut keperluan pasaran dan operasi, mewujudkan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk rangkaian. CloudCampus Huawei akan terus berkembang berdasarkan falsafah IDN dan akan menambah lebih banyak produk dan penyelesaian secara berperingkat-peringkat agar dapat disesuaikan dengan senario aplikasi yang lebih khusus. Dalam usaha melaksanakannya, Huawei menyasarkan untuk menjadikan rangkaian kampus benar-benar memahami hasrat perniagaan pengguna perusahaan dan melaksanakan pengaturan dan pengurusan yang automatik serta pintar, seraya meletakkan asas kukuh untuk platform digital perusahaan.

Untuk maklumat lanjut tentang CloudCampus, sila layari http://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/campus-network 

  [1]: Huawei, "Pendigitan: Fikir, Bertindak, Laksanakan", 2017 http://www.huawei.com/en/industry-insights/technology/digital-transformation

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services