omniture

PlayFusion dan Games Workshop Bergabung Tenaga untuk Wujud AR, Permainan Kad Pertukaran Fizikal dan Digital Warhammer Baharu

PlayFusion
2018-03-21 14:40 323

Untuk pertama kali, para peminat akan berpeluang untuk mengalami dunia Warhammer Age of Sigmar melalui visi komputer proprietari dan teknologi realiti imbuhan PlayFusion, Enhance Reality EngineTM

CAMBRIDGE, England, 21 Mac 2018 /PRNewswire/ -- PlayFusion, peneraju dalam hiburan realiti yang dipertingkatkan dan pembuat Lightseekers TCG konsep baharu, hari ini mengumumkan perkongsian IP yang menarik dengan Games Workshop untuk membangunkan cara baharu permainan digital perang atas meja dan cara para peminat TCG mengalami dunia Warhammer Age of Sigmar. Permainan digital baharu ini akan menampilkan kad pertukaran fizikal, permainan kad pertukaran digital sepenuhnya untuk telefon mudah alih dan PC, dan pengalaman realiti imbuhan yang sangat mengasyikkan menggunakan visi komputer proprietari dan teknologi realiti imbuhan PlayFusion, Enhanced Reality Engine™.

"Bekerjasama dengan Games Workshop ini memenuhi impian seumur hidup untuk menyumbang kepada dunia Warhammer. Kebanyakan pasukan kami dan saya membesar sebagai sebahagian daripada komuniti Warhammer, jadi ia merupakan penghargaan yang besar buat kami semua untuk tidak hanya bekerjasama dengan syarikat British yang ikonik tetapi juga untuk menyumbang kepada satu daripada IP fantasi yang asli dan terbaik di dunia," kata Mark Gerhard, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama PlayFusion. "Kami benar-benar bersemangat untuk membangunkan cara baharu yang beraneka dan inovatif untuk komuniti dan seterusnya untuk mengalami Age of Sigmar."

PlayFusion akan melancarkan pengalaman Juara Warhammer Age of Sigmar baharu dalam bulan Julai 2018. Permainan kad pertukaran fizikal akan mengandungi beratus kad yang boleh dikumpul yang pemain boleh gunakan untuk membina dek mereka sendiri agar sesuai dengan strategi dan taktik mereka. Kad fizikal ini juga akan hidup apabila dilihat melalui Enhanced Reality Engine™ PlayFusion, yang membolehkan peminat untuk membuka berbagai pilihan permainan yang dipertingkatkan dan pada masa yang sama memberikan mereka cara baharu yang menarik untuk meneroka dunia Warhammer Age of Sigmar. PlayFusion akan terus bekerjasama dengan Games Workshop untuk beberapa tahun akan datang untuk menawarkan peluasan permainan digital baharu dan pengenalan kad tambahan.

Tersedia untuk iOS, Android dan PC, permainan digital ini akan memberi komuniti Warhammer cara baharu untuk mengalami dunia ini sama ada fizikal atau di peranti kegemaran mereka dengan permainan dalam talian. Juara Warhammer Age of Sigmar juga akan menampilkan pengalaman fizikal-ke-digital yang unik yang membolehkan para pemain untuk mengimport kad fizikal mereka ke dalam permainan digital dan memainkan mereka dalam talian.

"Bekerja dengan kumpulan yang berbakat dan handal seperti PlayFusion adalah benar-benar istimewa. Keghairahan, kepakaran teknologi dan sikap 'boleh laksana' mereka sememangnya sangat mengagumkan," kata Jon Gillard Ketua Pelesenan untuk Games Workshop. "Mengambil keberanekaan Warhammer Age of Sigmar dan menggabungkannya dengan permainan kad pertukaran fizikal/digital hibrid inovatif mereka menjadikannya kombinasi yang sememangnya menguntungkan, namun penambahan fungsi AR yang hebat dan permainan ini benar-benar sesuatu yang istimewa."

Para peminat boleh pra-daftar untuk Juara Warhammer Age of Sigmar dengan melayari www.warhammerchampions.com. Butiran tambahan akan didedahkan di Persidangan Pembangun Permainan Digital di San Francisco.

Latar Belakang PlayFusion
Beribu pejabat di Cambridge, nirwana teknologi UK, PlayFusion ialah syarikat teknologi yang memenangi pelbagai anugerah yang merintis masa hadapan hiburan realiti yang dipertingkatkan. Dikuasakan oleh teknologi visi komputer proprietari yang terkemuka, Enhanced Reality Engine™ menggabungkan dunia fizikal dan digital dengan lancar, yang membolehkan pencipta, penglipur lara dan penghibur generasi akan datang untuk memberikan pengalaman yang benar-benar ajaib, dan menambat hati. IP kreatif kemegahan PlayFusion, Lightseekers, ialah salah satu tajuk TCG yang paling pesat berkembang.

Latar Belakang Games Workshop
Games Workshop® Group PLC (LSE:GAW.L), yang berpangkalan di Nottingham, UK, mengeluarkan miniatur fantasi terbaik di dunia. Games Workshop mereka, mengilang, menjual, dan mengedar rangkaian permainan Warhammer®: Age of Sigmar® dan Warhammer® 40,000®, askar miniatur, novel dan kit model melalui lebih 469 kedainya sendiri (dijenama Games Workshop® atau Warhammer®), kedai web  www.games-workshop.com dan saluran runcit bebas di lebih 50 negara seluruh dunia. Maklumat lanjut tentang Games Workshop dan jenama dan rangkaian produk lain yang berkaitan (termasuk bahagian penerbitannya 'Black Library' dan studio miniatur resin khasnya 'Forge World') boleh didapati di www.games-workshop.com.

Hubungan Media
Grayling Public Relations
PlayFusion@grayling.com

 

 

Source: PlayFusion
Related Stocks:
LSE:GAW
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Licensing/marketing agreements