omniture

TTServices Dianugerah Kontrak Sediakan Khidmat Pusat Permohonan Visa Kanada di 21 Negara Seluruh Benua Amerika

TTServices
2018-03-21 22:58 713

LONDON, 21 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Perkhidmatan Awam dan Perolehan Kanada, bagi pihak Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada, menganugerahi TTServices dengan kontrak untuk salah satu daripada enam kawasan yang diletakkan untuk ditender tahun lalu. TTServices dianugerahkan dengan Wilayah 3 yang terdiri daripada benua Amerika, mencakupi 21 negara dengan jaringan sebanyak 30 Pusat Permohonan Visa. Ini merupakan penganugerahan kontrak pertama daripada Kanada untuk TTServices dan merupakan pencapaian yang amat penting.

Christabel Silva, Pengarah Urusan - TT Visa Services Limited berkata, "Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada Kanada dan kami berharap dapat melaksanakan projek ini tepat pada waktunya, memenuhi permintaan Kanada yang tinggi dalam peruntukan perkhidmatan dan keperluan keselamatan."

Latar Belakang TTServices  

- 2000: TTServices ditubuhkan sebagai sebuah syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di India
- Disember 2012: TTServices diambil alih oleh TUI AG
- September 2016: TTServices, sebahagian daripada Hotelbeds Group, diambil alih oleh konsortium ekuiti persendirian yang terdiri daripada Cinven Partners dan Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada.
- Ogos 2017: TTServices diambil alih oleh Kuoni Asian Investments (Mauritius) Limited.
- Operasi TTServices diperakui dan menjadi penanda aras untuk piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa: ISO 9001:2015 untuk Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 27001:2013 untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan ISO 14001:2004 untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ttsvisas.com

Source: TTServices
Keywords: Travel Awards