omniture

LCM Partners dan Brookfield Asset Management Meterai Perkongsian Strategik

LCM Partners
2018-03-22 13:19 749

LONDON dan TORONTO, 22 Mac 2018 /PRNewswire/ -- LCM Partners ("LCM"), pengurus pelaburan kredit alternatif Eropah, mengumumkan ia memeterai satu perkongsian strategik dengan Brookfield Asset Management Inc. (TSX:BAM.A) (NYSE:BAM) (Euronext:BAMA) ("Brookfield"), pengurus aset alternatif global terkemuka, bertujuan untuk bersama-sama mengembangkan perniagaan pengurusan aset dan perkhidmatan kredit utama LCM ke seluruh dunia.

Menurut terma-terma perjanjian, Brookfield akan mengambil alih 25% kepentingan strategik dalam Link Financial Group, yang melibatkan LCM dan syarikat-syarikat saudaranya yang mengendalikan platform perkhidmatan pinjaman pan-Eropah di bawah jenama Link Financial, dengan pilihan untuk mengambil alih 24.9% kepentingan tambahan dari masa ke masa.

Link Financial Group ditubuhkan di UK pada tahun 1998 dan sejak itu berkembang merentasi 10 pejabat Eropah untuk menjadi pengurus pelaburan alternatif utama yang menumpu pada kredit dan mengkhusus untuk melabur dan menyediakan perkhidmatan kepada pinjaman pengguna, PKS, auto, pajakan dan komersial. Firma menggaji kira-kira 700 kakitangan dan memperoleh lebih 2,500 portfolio pinjaman berbayar, dijadual semula dan tak berbayar sejak ditubuhkan, daripada kumpulan-kumpulan perbankan dan institusi-institusi kewangan utama.  

"Kami berasa amat teruja untuk mengumumkan perkongsian strategik kami bersama Brookfield, yang dapat membantu kami untuk terus membangunkan perniagaan, bukan sahaja sebagai salah satu firma pengurusan aset kredit dan perkhidmatan pinjaman yang terkemuka di Eropah, tetapi juga sebagai salah sebuah firma unggul di seluruh dunia," kata Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif LCM dan Link Financial Group.

"Dengan bidang kepakaran pelaburan yang amat saling melengkapi ini, jaringan global yang mencakupi 100 pejabat di lebih 30 negara, pengagihan yang mantap dan kekuatan modal, kami yakin Brookfield ialah rakan strategik ideal kami. Kami sangat teruja dengan prospek untuk berganding bahu bersama-sama bagi membangunkan peluang pelaburan baharu untuk pelanggan kami, memanfaatkan rangkaian, hubungan dan akses global Brookfield terhadap aliran urus niaga yang proprietari."

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan LCM, selaku peneraju pasaran yang mempunyai rekod prestasi yang kukuh dari segi prestasi pelaburan yang mantap dan hubungan bersama pelanggan dalam tempoh jangka panjang," kata Ralf Rank, Rakan Pengurusan Brookfield. "Kami berharap dapat bekerjasama erat dengan pasukan pengurusan LCM bagi menyokong pertumbuhan platformnya melalui pengembangan dalam pasaran baharu, pempelbagaian penawaran produknya dan melalui pencarian peluang pelaburan yang memanfaatkan keupayaan kedua-dua firma."

Link Financial Group akan terus beroperasi secara bebas di bawah kepimpinan pasukan pengurusan sedia ada yang kekal fokus untuk memberikan prestasi pelaburan yang cemerlang serta perkhidmatan pinjaman yang terbaik dalam kelasnya untuk pelanggan.

Urus niaga ini, yang dijangka selesai pada suku tahun akan datang, tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan biasa dan syarat-syarat penutupan. Terma-terma kewangan bagi urus niaga ini tidak dinyatakan.

Spencer House Partners LLP bertindak sebagai penasihat kewangan Link Financial Group.

Nota untuk Editor: 

Latar Belakang LCM Partners 

LCM ialah pengurus aset alternatif terkemuka di Eropah yang berpangkalan di London, mengkhusus dalam pembelian portfolio-portfolio pengguna pinjaman keseluruhan dan kredit SME. Menawarkan kepakaran yang tiada tandingan dalam melabur dan mengurus portfolio kredit, LCM mempunyai kira-kira €3 bilion modal yang dikeluarkan dan/atau modal komited dan telah melabur dalam lebih 2,500 portfolio pinjaman berbayar, dijadual semula dan tak berbayar.

LCM pernah memenangi beberapa anugerah industri pelaburan, termasuk Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahun 2017 European Pensions, yang diikuti dengan kemenangan berganda menerusi anugerah-anugerah Private Debt Investor 2016 sebagai Pengurus Hutang Bermasalah Eropah dan Pengumpulan Dana Eropah terbaik tahunan. Anugerah-anugerah ini menjadi bukti rekod prestasi yang dibina olah pasukan, memberikan IRR tak leveraj sebanyak 14.8% sejak tahun 1999.

Kini, LCM mengatur modal untuk strategi Peluang Kredit LCM III, yang mana pengumpulan dana ditutup pada tahun 2016 dan melancarkan strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategik 'SOLO' pada Mac 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang LCM http://www.lcmpartners.eu .

Latar Belakang Link Financial  

Link menyediakan institusi kewangan, pelabur dan penyedia kredit lain di Eropah dengan penyelesaian pengurusan pinjaman, pembelian hutang dan perkhidmatan siap sedia. Link mengurus kira-kira 3 juta akaun pelanggan dan €25 bilion aset yang sepadan dan menggaji kira-kira 700 kakitangan merentasi 10 pejabat Eropahnya.

Link ialah salah satu ahli pengasas bagi industri kredit dan pengumpulan moden di Eropah dan mendepani inovasi sejak itu. Platform operasi proprietari Link membolehkan perniagaannya menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai jenis aset dari dalam dan luar industri perkhidmatan kewangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Link di http://www.linkfinancial.eu .

Latar Belakang Brookfield 

Brookfield Asset Management Inc. ialah pengurus aset alternatif global yang mempunyai lebih US$285 bilion aset bawah pengurusan. Syarikat melakar sejarah selama lebih 100 tahun memiliki dan mengendalikan aset dengan memberi tumpuan terhadap hartanah, kuasa boleh diperbaharui, infrastruktur dan ekuiti persendirian.

Brookfield menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelaburan awam dan persendirian, dan tersenarai bersama dalam bursa saham New York, Toronto dan Euronext, masing-masing di bawah simbol BAM, BAM.A dan BAMA.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang syarikat di http://www.brookfield.com.

Pertanyaan Media:

LCM Partners:
James Hogan
T: +44-203-198-8637
jhogan@lcmpartners.eu

Paul D Burdell
T: +44-203-457-5050
paulburdell@lcmpartners.eu 

Brookfield:
Claire Holland
T: +1-416-369-8236
claire.holland@brookfield.com

Sumber: LCM Partners

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service