omniture

GAC Motor Beri Tanggapan Pertama yang Hebat di NADA Inspirasikan Rakan Pengedar Amerika Utara menerusi Perhimpunan Pengedar yang Berjaya

GAC Motor
2018-04-02 11:07 931

LAS VEGAS, 2 April 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang paling pesat berkembang di China, memberi tanggapan pertama yang mantap kepada para pengedar auto Amerika Utara menerusi penampilan sulung yang membuahkan hasil di Pameran Persatuan Pengedar Automobil Kebangsaan (NADA). Syarikat ini mempamerkan barisan kenderaan terlaris yang terkenal, serta mengadakan perhimpunan bersama pengedar bagi menarik minat pengedar yang kukuh terhadap syarikat untuk jaringan pengedar Amerika Utaranya.

"Pameran NADA telah melangkaui jangkaan kami," kata Yun Jun, presiden GAC Motor. "Kami telah bertemu dengan beratus-ratus pengedar AS yang menyatakan minat yang ikhlas untuk bekerjasama dengan kami ketika kami melancarkan GAC Motor pada suku keempat tahun 2019. Ini merupakan acara selama tiga hari yang penuh bermakna. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur pameran. Kami amat berterima kasih dan berbesar hati atas keistimewaan yang diberikan."

Yu Jun, presiden GAC Motor; Mark Scarpelli, pengerusi NADA; Wes Lutz, naib pengerusi NADA; Peter Welch, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NADA; Ju Jinhai, Penolong Presiden GAC Motor
Yu Jun, presiden GAC Motor; Mark Scarpelli, pengerusi NADA; Wes Lutz, naib pengerusi NADA; Peter Welch, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif NADA; Ju Jinhai, Penolong Presiden GAC Motor

NADA, yang julung kalinya dilancarkan pada tahun 1917, ialah pameran auto premium untuk pengedar dan pembuat auto antarabangsa. Sebagai sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor ialah pembuat auto Cina pertama yang mengambil bahagian dalam NADA berdasarkan sejarah acara berkenaan.

Di pameran berkenaan, kehadiran SUV GS8 kebanggaan GAC Motor, kompak blokbuster SUV GS4, sedan GA4 yang baru dilancarkan dan van mini GM8 mewah berjaya mencuri perhatian para hadirin. Kenderaan-kenderaan berkualiti tinggi tersebut menonjolkan pencapaian terkini oleh syarikat dalam usaha penyelidikan dan pembangunan bebas serta teknologi terkini.

Yu Jun, presiden GAC Motor, di NADA 2018
Yu Jun, presiden GAC Motor, di NADA 2018

Selain itu, lebih 150 tetamu kehormat, termasuk pengedar dan pelabur serta pemimpin penting dari acara perindustrian dan persatuan, bukan sahaja dari pelbagai negeri di Amerika Syarikat, tetapi juga Kanada, menghadiri perhimpunan pengedar GAC Motor semasa NADA. GAC Motor dijangka akan menjadi jenama kereta baharu yang pertama menembusi pasaran AS dalam tempoh 20 tahun. Banyak pengedar yang hadir dalam acara ini berkata mereka teruja dengan kemungkinan mempunyai jenama baharu di AS yang mempunyai rekod prestasi terbukti di negara asalnya. Mereka memberi pujian tinggi kepada barisan produk GAC Motor dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pembuat kereta Guangzhou itu untuk rancangan pembangunan mereka.

Model-model istimewa akan direka untuk pasaran AS bagi tujuan menepati piawaian persekitaran tempatan dan memenuhi permintaan pelanggan tempatan. Syarikat turut menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan di Silicon Valley dan bakal membuka dua pusat tambahan di Detroit dan Los Angeles lewat tahun ini bagi mengkhusus dalam teknologi terkini.

Perhimpunan pengedar GAC Motor semasa NADA
Perhimpunan pengedar GAC Motor semasa NADA

Selain pasaran Amerika Utara, GAC Motor turut menunjukkan prestasi pasaran yang kukuh di negara-negara yang mengambil bahagian sepanjang Inisiatif "Jalur dan Jalan" China. Kini syarikat mempunyai kedudukan yang kukuh di 14 negara seluruh dunia.

Dengan tumpuan untuk menembusi pasaran harga sederhana dan mewah serta strategi R&D bertumpu pengguna, GAC Motor membangunkan sistem pengilangan auto bertaraf dunia yang menggabungkan jaringan R&D global GAC Motor, keupayaan pengeluaran dan rantaian bekalan bagi menaik taraf gaya hidup mudah alih pengguna melalui inovasi dalam teknologi, produk dan perkhidmatan.

"GAC Motor komited terhadap pencapaian bersama dengan kakitangan, pelanggan dan komuniti kami di lokasi kami menetap dan bekerja. Kami menghormati budaya-budaya berbeza dalam pasaran-pasaran berbeza di seluruh dunia," kata Yu. "Kami masih baharu dan ini bermakna kami sedia belajar dan terus berusaha mencapai kemajuan. Kami menghargai perkongsian jangka panjang bersama pengedar kami dan kami turut menghargai percapaian bersama dengan pelanggan serta rakan kongsi tempatan kami."

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori auto berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180330/2093364-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180330/2093364-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180330/2093364-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Corporate Expansion Trade show news