omniture

XCMG Lancar Pertandingan Pengendali Jentera Angkut Global di Kazakhstan

XCMG
2018-05-04 19:06 968

ALMATY, Kazakhstan, 4 Mei 2018 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, memulakan pertandingan pengendali jentera angkut global kali ketiganya di Almaty, Kazakhstan. Sebanyak 18 pengendali dari seluruh negara bersaing untuk menyelesaikan beberapa tugasan dan pengendalian tepat jentera pengangkut pelantar Siri V XCMG yang diperakui. 

XCMG Lancar Pertandingan Pengendali Jentera Angkut Global di Kazakhstan
XCMG Lancar Pertandingan Pengendali Jentera Angkut Global di Kazakhstan

Selepas pertandingan, juri yang terdiri daripada wakil-wakil XCMG serta pakar-pakar tempatan daripada sektor-sektor pembinaan dan pengorekan memilih Muratbek Utkilbaev sebagai pengendali terbaik berdasarkan kelancaran pengendalian beliau, kecekapan kerja dan juga kadar ralat.

"Tahniah diucapkan kepada En.Utkilbaev atas kemenangan yang mengagumkan ini," kata Wang Qingzhu, Naib Presiden XCMG. "Kesemua pesaing telah melakukan yang terbaik dan prestasi keseluruhan mereka menjadi bukti kemahiran dan daya profesionalisme individu yang berada dalam industri jentera berat di Kazakhstan. XCMG mengeksport lebih 3,000 jentera angkut ke Kazakhstan sejak enam tahun lalu yang telah beroperasi hampir dalam 100 projek pembinaan dan negara ini ialah pasaran jentera pembinaan yang terbesar di Asia Tengah serta menjadi penghubung utama Inisiatif "Jalur dan Jalan", menjadikannya salah satu pasaran kami yang paling penting. Kami berharap dapat mengukuhkan hubungan kami dalam industri di sini."

"Saya mendengar hal-hal yang baik tentang jentera angkut Siri V XCMG daripada individu di LLC As-Ay Ltd Company dan saya telah lama ingin mencubanya, maka saya menyertai pertandingan bagi merasai fungsi dan kualiti jentera berkenaan," kata Utkilbaev, pemenang pertandingan. "Jentera tersebut amat fleksibel, tepat dan boleh dilaraskan walaupun dimuatkan sepenuhnya dan aspek paling penting ialah ia cekap tenaga."

Sajjan Uzbekov, pakar dari Kementerian Pelaburan dan Pembangunan Republik Kazakhstan, menghadiri pertandingan dan memuji tinggi sumbangan XCMG dalam mendorong pembangunan ekonomi dan budaya China serta Kazakhstan, dan pertandingan ini turut mengukuhkan kedudukan XCMG sebagai jenama jentera pembinaan yang bertaraf dunia.

Semasa pertandingan, XCMG turut menandatangani pesanan untuk 500 jentera angkut bersama LLC As-Ay Ltd Company, melangkah ke tahun 2018 dengan permulaan yang amat baik.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180503/2123271-1

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation