omniture

Jinergy Umum Kemajuan dalam Pengeluaran Besar-besaran Modul Solar PERC dan HJT

Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
2018-05-29 14:13 1279

SHANGHAI, 29 Mei 2018 /PRNewswire/ -- Jinneng Clean Energy Technology Ltd. (Jinergy) mengumumkan tahap kemajuannya dalam pengeluaran besar-besar modul solar monohabluran PERC dan modul solar HJT dalam Forum Pembangun Jinergy (JDF 2018) kali ketiga anjuran Jinergy sempena Ekspo Kuasa PV SNEC 2018.

Logo of Jinergy
Logo of Jinergy

Prestasi dan kualiti modul solar Sel Pemancar dan Belakang Mempasif (PERC) Jinergy kekal pada paras yang tinggi dengan mengguna pakai teknologi ALD termaju, mengaplikasikan pengilangan pintar dan SPC (Kawalan Proses Statistik) dalam talian. Setakat ini, output modul solar PERC 365W 72-sel Jinergy menyumbang sebanyak lebih 80%, dengan LID tahun pertama lebih rendah daripada 1.5%. Kadar output modul berkuasa tinggi akan terus berkembang pada masa depan. Loji solar berskala utiliti pertama di Whyalla, Australia Selatan, ialah salah satu daripada banyak projek yang menggunakan modul solar PERC Jinergy. Projek ini dianggarkan dapat menjana 10 GWh kuasa elektrik setiap tahun.

Dengan purata kadar penukaran sehingga 21.8% dan peningkatan 7% output kuasa bagi setiap meter persegi, modul solar PERC Jinergy mengurangkan kos sistem setiap watt dan memberi ROI (Pulangan Pelaburan) kukuh yang boleh dijangkakan kepada pelabur. Menurut Dr. Yang, memandangkan penstrukturan semula tenaga dan pengurangan FiT dipercepatkan, HJT menjadi penyelesaian ideal untuk mengurangkan purata kos bekalan elektrik (LCOE) dengan berkesan, piawaian yang digunakan secara meluas untuk menilai pelaburan oleh stesen-stesen kuasa PV. 

Jinergy ialah pengeluar PV pertama yang merealisasikan pengeluaran besar-besaran modul solar HJT di tanah besar China. Pada masa kini, purata kecekapan pengeluaran besar-besaran sel HJT adalah melebihi 23.27% dan dijangka akan mencecah 24% menjelang akhir tahun 2018. Lantaran reka bentuk dwimukanya, penjanaan kuasa modul HJT Jinergy boleh ditingkatkan sebanyak 10% hingga 30% dalam aplikasi-aplikasi berbeza, seperti padang rumput, lantai konkrit, medan salji dan kain reflektif. Kapasiti penjanaan keseluruhan bagi modul HJT Jinergy adalah 44% lebih tinggi berbanding modul biasa. Jinergy juga merupakan syarikat perusahaan fotovolta pertama yang menerima sijil di bawah piawaian IEC (Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa) baharu, yang meninggikan tahap keperluan reka bentuk dan pengeluaran modul PV. Kapasiti pengeluaran tapak pengeluaran sel dan modul HJT Jinergy akan diperluas menurut skala GW dan kos akan diturunkan bagi melakar kemajuan penting dalam LCOE.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144424-1LOGO

Source: Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
Keywords: Alternative Energies Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news