omniture

Suning Pamer Komitmen Pacu Penggunaan Kelas Atasan di China dengan Sambutan Besar-besaran Bellagio Shanghai

Suning Holdings Group
2018-06-14 23:28 2608

SHANGHAI, 14 Jun 2018 / PRNewswire / - Hujung minggu ini pelakon Cina terkenal, Jiang Shuying, komposer terkenal Hollywood, Wang Zongxian, jurugambar terkemuka Sun Jun dan cendekiawan budaya kontemporari Yu Qiuyu merupakan antara selebriti di sambutan besar-besaran Bellagio Shanghai untuk menandakan tema utama 'Bellagio Only' hotel lima bintang ikonik yang dilancarkan oleh Suning Real Estate - anak syarikat gergasi komersial China Suning Holdings Group - dan Diaoyutai MGM Hospitality, usahasama antara Diaoyutai State Guesthouse dan MGM Resorts International.

Untuk siaran multimedia, sila klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/suning_20180613.shtml 

 

 

Exterior View of Bellagio Shanghai
Exterior View of Bellagio Shanghai

 

Management Group Photo
Management Group Photo

 

Actress Jiang Shuying
Actress Jiang Shuying

 

Performances Photo
Performances Photo

Hotel ini mewakili cita-cita Suning untuk memainkan peranan utama dalam membawakan jenama dan pengalaman antarabangsa kelas atasan ke China. Syarikat ini, salah satu syarikat bukan milik kerajaan terbesar di China, memanfaatkan kekuatan dan sumber daripada kepakarannya dalam lapan industri untuk menyediakan tetamu di Bellagio Shanghai - hotel Bellagio yang kedua di dunia yang mengikuti legenda asal Las Vegas - dengan pengalaman yang lebih unik.

Visi ini terbukti pada malam yang dibarisi bintang-bintang yang meraikan acara istimewa di mana pelbagai aktiviti, sejajar dengan janji jenama Bellagio 'tidak ada boleh dilupakan', menarik minat individu tersohor dari dunia hiburan, budaya dan perniagaan. Senarai tetamu menekankan peri pentingnya kebudayaan dan kesenian kepada jenama Bellagio yang berprestij – sebuah kisah yang dibawakan dalam satu tayangan perdana oleh pengarah filem terkenal Lu Chuan, yang turut hadir.

Ditayangkan pada skrin LED 270 darjah setinggi 17 meter di Atrium hotel dan dibintangi pelakon Tang Jingmei dan supermodel antarabangsa Mariusz, filem Lu Chuan mencipta fantasi visual seni untuk menceritakan kisah seorang lelaki yang terkenangkan kenangan indah, setiap satunya mewakili nilai jenama Bellagio  yang elegan, romantis, cantik dan artistik. Ia merupakan salah satu daripada banyak kejutan untuk para penonton yang merupakan jemputan khas. MGM, yang terkenal dengan persembahan langsung yang luar biasa, juga membawakan rasa Las Vegas ke Shanghai dengan beberapa persembahan khas termasuk Blue Man Show yang terkenal di dunia.

Di Grand Ballroom, yang mempunyai siling setinggi tujuh meter, beberapa cef berbintang Michelin termasuk Julian Serrano, pengasas restoran Itali yang memenangi anugerah LAGO yang telah dibawa ke Bellagio Shanghai baru-baru ini, mempamerkan bakat mereka dengan gabungan ramuan yang merangsang semua deria penglihatan, bunyi, aroma, sentuhan dan rasa. Demonstrasi masakan lain yang penuh kemahiran dihasilkan oleh Cef Kurogi dari KUROGI Shanghai yang terkenal dan legenda Long Xu Noodle Show dari Diaoyutai Cuisine.

Dengan pengalaman Runcit Pintar yang banyak terdapat di pasaran tempatan, Suning mempunyai cita-cita besar untuk membangunkan penggunaan produk dan pengalaman kelas atasan di China. Di persada hotel khususnya, bersama-sama dengan Bellagio Shanghai, Real Estate Suning telah menubuhkan perkongsian dengan jenama berprestij termasuk Sofitel, JW Marriott, Hyatt Regency dan lain-lain. Kumpulan ini bertujuan untuk membuka lebih 100 hotel kelas atasan dan menjadi pengendali hospitaliti kebanggaan negara pada masa hadapan.

Secara meluasnya, Suning - yang juga memiliki syarikat Fortune Global 500 Runcit Pintar Omni-saluran, Suning.com, telah memberi tumpuan kepada pembangunan portfolio dan perkongsian untuk trend ke arah penggunaan kelas atasan. Pada bulan April, syarikat ini juga membuat kemunculan sulungnya di Milan Design Week untuk berkongsi pandangan mengenai teknologi, reka bentuk dan gaya hidup, dan meneroka urusniaga dengan jenama Eropah dengan tujuan untuk membawa lebih banyak produk dan pengalaman hidup berkualiti kepada pengguna domestik.

Untuk maklumat lanjut dan imej Bellagio Shanghai lawati: http://www.bellagioshanghai.com

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah satu syarikat komersial terkemuka di China dengan dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua di kalangan 500 syarikat swasta yang terkemuka di China dengan jualan tahunan sebanyak 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Memimpin Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit untuk Semua", Suning telah memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri menegak: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Harta Tanah, Media & Hiburan, Sukan, dan Pelaburan, yang mana Suning.com telah disenaraikan dalam senarai 2017 bagi Fortune Global 500.

Untuk maklumat lanjut lihat www.suningholdings.com

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201806/suning/video.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180613/2162157-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180613/2162157-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180613/2162157-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180613/2162157-1-d

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Fashion Hotels and Resorts Real Estate Trade show news