omniture

Kompleks Muzium-Runcit Istimewa Baharu "K11 MUSEA" Diumum di Hong Kong, Ubah Pembangunan Victoria Dockside Terkenal Hong Kong Bernilai US$2.6bn; Dibuka pada Suku Ketiga 2019

New World Development and K11 Group
2018-06-22 18:15 2470

Mercu Tanda Seni, Budaya dan Runcit Berasaskan Pengalaman Bertaraf Dunia untuk Milenia Global

HONG KONG, 22 Jun 2018 /PRNewswire/ -- New World Development, salah satu pemaju yang paling terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan penamaan projek paling bercita-cita tinggi setakat ini daripada K11 Group yang rintis: K11 MUSEA, bangunan kompleks muzium-runcit baharu di tengah-tengah pembangunan Victoria Dockside Hong Kong yang bernilai US$2.6 bilion.

Muka bangunan K11 MUSEA
Muka bangunan K11 MUSEA

 

Muka bangunan K11 MUSEA
Muka bangunan K11 MUSEA

 

Muka bangunan K11 MUSEA
Muka bangunan K11 MUSEA

Mercu tanda baharu ini, K11 MUSEA, nama yang diilhamkan oleh A Muse by the Sea untuk konsep jualannya, akan mengukuhkan daerah seni dan reka bentuk berkeluasan 3 juta kaki persegi di Victoria Dockside di Tsim Sha Tsui, yang disebut oleh media AS sebagai "Hudson Yards Hong Kong" dan "pembukaan paling dinanti-nantikan di Hong Kong", di samping turut digandakan peranannya sebagai destinasi runcit, seni, budaya dan tempat menjamu selera berasaskan pengalaman, mewah, ultra dan baharu. Ia bakal menghidupkan semula pelabuhan depan Tsim Sha Tsui, salah satu bahagian hartanah paling penting di Rantau Besar China, apabila diperkenalkan julung kalinya pada tahun 2019.

K11 MUSEA (disebut: meu-see-ah) ialah hasil gagasan Adrian Cheng, Naib Presiden Eksekutif New World Development dan Pengasas K11 Group yang telah membangunkan beberapa pusat beli belah muzium-runcit yang inovatif di seluruh Rantau Besar China dan melabur dalam segmen teknologi, runcit, fesyen, hartanah, hiburan, media dan reka bentuk di seluruh dunia.

Menerajui seni bina K11 MUSEA ialah James Corner (James Corner Field Operations) dan Forth Bagley (Kohn Pederson Fox). K11 MUSEA setinggi 10 tingkat itu akan menempatkan seleksi luas jenama antarabangsa, yang kebanyakannya akan menjadi jenama istimewa dan merupakan permata mahkota konsep muzium-runcit K11, dipilih susun bagi menawarkan pengunjung dengan pengalaman jualan imersif yang terbaik dalam kelasnya. Bahkan, perjalanan tersebut akan bermula dari ruang luarnya. Direka dengan mengutamakan golongan milenia global yang dipacu kandungan, K11 MUSEA akan menyambut pelawat dengan koleksi seni bertaraf dunia yang berputar-putar. Muka depan bangunannya akan menampilkan salah satu dinding hijau terbesar di dunia, mempunyai jumlah kawasan permukaan seluas lebih 50,000 kaki persegi tumbuh-tumbuhan hijau termasuk bahagian dalam dan luar. Sementara itu, ruang amfiteater luar pertama seumpamanya dan skrin LED setinggi 25 kaki yang besar akan turut ditempatkan untuk banyak peristiwa kebudayaan.

"K11 MUSEA, mengukuhkan kedudukan Victoria Dockside yang baru direka, menandakan pencapaian penting dalam pembangunan runcit. Tatkala K11 menyambut ulang tahun ke-10nya tahun ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan penamaan K11 MUSEA, projek K11 yang paling membanggakan sejak penubuhan jenama ini pada tahun 2008," kata Cheng yang mencipta semula New World Development sebagai "perusahaan budaya". Lokasi, keluasan dan konsepnya adalah unik, yang mana projek ini membabitkan arkitek-arkitek terkemuka serta lebih 100 pereka dan artis tempatan dan juga antarabangsa. K11 MUSEA akan turut mengembalikan semula elemen budaya hebat kepada dermaga Tsim Sha Tsui Hong Kong, yang telah kehilangan daya tarikan legendanya sejak lewat tahun 1990-an. K11 MUSEA akan menjadi destinasi kebudayaan baharu Hong Kong dan Asia, yang mana golongan milenia global dapat berkumpul dan mencari inspirasi mereka."

Untuk butiran lanjut mengenai #K11 MUSEA, konsep dan kisah serta aktiviti #DiscoverYourMuse, sila ikuti kami melalui Facebook dan Instagram @K11MUSEA

K11 MUSEA – Merintis Pengalaman Imersif Baharu untuk Milenia Global

K11 MUSEA mengambil inspirasi daripada kajian yang menekankan bahawa golongan milenia Asia sebagai "Pengguna Super", pemacu utama penggunaan global dengan kuasa perbelanjaan bakal mencecah US$6 trilion menjelang tahun 2020 tatkala ia berkembang untuk menyumbang sebanyak 45% daripada populasi milenia Asia Pasifik. Sektor perjalanan akan terus menjadi ciri gaya hidup utama golongan milenia Asia, yang dijangka menyaksikan pertumbuhan 6% daripada pelancong luar tahun ini. Golongan milenia Cina, khususnya menyaksikan perjalanan dan kemewahan sebagai sebahagian daripada gaya hidup memanjakan diri yang mencerminkan kedudukan sosial. K11 MUSEA dapat menampung sofistikasi dan pilihan keutamaan terhadap eksklusiviti dan produk ditempah sekaligus meletakkan kedudukannya sebagai destinasi global pencetus aspirasi yang menggabungkan seni, budaya dan perdagangan.

Reka Bentuk Ruang Baharu dan Kurasi oleh Pelabuhan Depan Ikonik Hong Kong

Koleksi seni awam bertaraf dunia akan dipilih susun dan dipaparkan di sepanjang premis K11 MUSEA, meletakkannya sebagai destinasi budaya seterusnya, manakala antara tonjolan seni bina K11 MUSEA ialah Sunken Plaza setinggi 2,000 kaki persegi. Ruang ini menampilkan muka depan bangunan dengan panel kaca berbentuk kon. Corak air terprogram dan sistem kabus akan turut dipasang. Berserta skrin LED, Sunken Plaza akan menjadi lokasi imersif untuk banyak peristiwa-peristiwa kebudayaan seperti festival filem dan persembahan muzik secara langsung.

Sunken Plaza K11 MUSEA
Sunken Plaza K11 MUSEA

 

Sunken Plaza K11 MUSEA
Sunken Plaza K11 MUSEA

Reka Bentuk Mampan Raih Sijil Antarabangsa

Kemampanan ialah teras dalam penawaran oleh K11 MUSEA. Projek ini telah memperoleh prapensijilan bangunan hijau baharu termasuk piawaian U.S. LEED (Gold) dan Hong Kong BEAM Plus (Gold). Mempunyai kawasan kehijauan yang luas dan lebih 50,000 kaki persegi dinding hijau, bersamaan dengan kawasan permukaan 18 gelanggang tenis, K11 MUSEA menetapkan penanda aras baharu untuk reka bentuk hijau di Hong Kong. Bahagian dalamnya mempunyai bahan-bahan semula jadi seperti batu kapur dan kayu. Ciri-ciri tonjolan lain termasuk pengumpulan air hujan yang menyediakan 100% pengairan air dan sistem penyejuk HVAC disejukkan air laut dan bebas minyak, yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga tahunan sebanyak lebih 12% berbanding garis dasar piawaian U.S. ASHRAE 90.1 yang ketat.

Nota untuk Editor:

Latar Belakang K11 Group                                                                 

K11 Group diasaskan pada tahun 2008 oleh usahawan Adrian Cheng. Ia merupakan sebuah syarikat berbilang aspek yang berakar umbi dalam budaya dan saling terhubung oleh tiga nilai teras: seni, alam semula jadi dan manusiawi. Ekosistemnya yang mencakupi seni dan runcit, hartanah, fesyen, teknologi, hiburan serta media adalah manifestasi pencarian berterusan oleh pengasasnya terhadap cara untuk mengubah industri-industri yang lembap dan menggalakkan dialog rentas budaya. Ia mencakupi pelbagai titik sentuh: konsep muzium-runcit pertama dunia K11 Art Malls; jaringan bangunan pejabat berjenama K11 untuk tenaga kerja generasi seterusnya, K11 Ateliers; platform pendidikan terbukanya, K11 Kulture Academy; K11 Design Stores yang dipilih susun; ruang jualan transformatif yang diilhamkan oleh Terrarium, K11 Natural; serta Yayasan Seni K11, badan bukan untung pertama China untuk memupuk artis dan kurator Cina.

K11 MUSEA -- penambahan terkini dan paling berprestij dalam portfolio muzium-runcit K11 yang berkembang pesat -- terletak di tengah-tengah Victoria Dockside, pembangunan lebih luas oleh New World Development, melibatkan ruang budaya, komersial, kediaman, hotel dan keluarga serta program seni dan reka bentuk. Victoria Dockside ialah satu usaha rejuvenasi oleh New World Development terhadap satu daerah Hong Kong yang pernah mengalami zaman kegemilangan, yang dahulunya terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Projek ini disebutkan oleh outlet media AS sebagai "Hudson Yards Hong Kong", yang merujuk kepada projek mega Manhattan serta "pembukaan yang paling dinanti-nantikan di Hong Kong."

Latar Belakang New World Development

Ditubuhkan pada tahun 1970, New World Development Company Limited ("Kumpulan", kod saham Hong Kong: 0017) telah disenaraikan secara terbuka di Hong Kong pada tahun 1972 dan merupakan stok konstituen Indeks Hang Seng Hong Kong. Jenama premium yang digabungkan dengan personaliti unik yang ditakrifkan oleh The Artisanal Movement, bidang perniagaan teras New World Group termasuk pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, infrastruktur dan perkhidmatan, gedung serbaneka serta hotel. Setakat 31 Disember 2017, jumlah nilai aset Kumpulan berjumlah HK$468.1 bilion. Kumpulan ini mempunyai kepentingan berkesan kira-kira 61% dalam NWS Holdings Limited (kod saham Hong Kong: 0659), kira-kira 75% dalam New World Development Store China Limited (kod saham Hong Kong: 0825) dan dimiliki penuh dalam New World China Land Limited.

Sila muat turun foto beresolusi tinggi daripada pautan ini: https://www.dropbox.com/sh/z055odkfwgil7gz/AAAhTBceXBIWyHOH9zTPfrOGa?dl=0

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180621/2169453-1-e

Source: New World Development and K11 Group
Related Stocks:
HongKong:0017 OTC:NDVLY
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Banking/Financial Service Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail Travel New products/services Future Events