omniture

GAC Motor Lipat Gandakan Usaha Lindungi Air dan Hidupan Liar melalui Projek Pemuliharaan Sanjiangyuan

Sumbangan 20 SUV GS8 Kukuhkan Lagi Komitmen GAC Motor Lindungi Khazanah Semula Jadi China
GAC Motor
2018-07-13 21:57 2467

XINING, China, 13 Julai 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pengeluar automobil yang terkemuka di China, berjaya menyelesaikan lawatan pertama ke Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Sanjiangyuan (Sumber Tiga Sungai) (SNNR), sebagai peringkat pertama dalam Program Duta Tanah Lembap ("Program") 2018 yang berterusan. Komitmen syarikat, yang bermula dengan sumbangan 20 SUV GS8 dan kerja-kerja dalam bidang berkenaan oleh para sukarelawan yang disertai oleh wakil media, menyokong usaha untuk meneroka jauh ke dalam Hoh Xil dan mendekati sumber Sungai Yangtze dengan pemahaman yang mendalam tentang alam sekitar.

Bekerjasama dengan Pentadbiran Taman Negara Sanjiangyuan ("Pentadbiran") dan World Wildlife Fund (WWF), GAC Motor terus menyokong projek-projek pemuliharaan tanah lembap yang menumpu pada perlindungan terhadap tasik air tawar, penambahbaikan keinstitusian, inovasi penyertaan sosial, kesedaran awam dan juga pendidikan.

Li Xiaonan, Pengarah Pentadbiran Taman Negara Sanjiangyuan (kanan), menerima sumbangan 20 SUV GS8 daripada Yu Jun, Presiden GAC Motor (kiri) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat untuk melindungi hulu air dan hidupan liar di taman tersebut
Li Xiaonan, Pengarah Pentadbiran Taman Negara Sanjiangyuan (kanan), menerima sumbangan 20 SUV GS8 daripada Yu Jun, Presiden GAC Motor (kiri) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat untuk melindungi hulu air dan hidupan liar di taman tersebut

Punca bagi hulu air sungai-sungai Yellow, Yangtze dan Lancang (Mekong), SNNR ialah sumber air tawar yang paling penting di China dan telah lama diiktiraf sebagai tapak untuk spesies-spesies Dataran Tinggi yang sukar didapati. SUV GAC Motor akan membantu operasi harian SNNR, mendayakan kerja-kerja perlindungan serta pengurusan harian taman negara, kawasan simpanan alam semula jadi dan tapak Warisan Alam Dunia.

SUV GS8 GAC memberikan prestasi optimum dalam semua keadaan, menjadikannya amat sesuai untuk beroperasi di SNNR
SUV GS8 GAC memberikan prestasi optimum dalam semua keadaan, menjadikannya amat sesuai untuk beroperasi di SNNR


"Sejak kami menandatangani memorandum pertama dengan Pentadbiran Taman Negara Sanjiangyuan dan WWF pada tahun 2016, kami berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam pembinaan Taman Negara Sanjiangyuan, iaitu taman negara pertama di China. Program Duta Tanah Lembap kami yang sepadan dengan taman ini akan membolehkan kami memberi sokongan kepada kerja-kerja penting yang dijalankan untuk memelihara lanskap taman demi generasi-generasi masa depan," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. "Selain menyediakan sokongan produk seperti 20 SUV GS8 baharu yang kami sumbangkan kepada taman negara tersebut, kami berasa teruja dengan peluang untuk memanfaatkan kekuatan jenama kami yang terus berkembang melalui kolaborasi strategik yang mendalam dengan Pentabdiran tersebut dan WWF bagi meningkatkan kesedaran awam serta menarik lebih ramai individu untuk mengambil bahagian dalam projek kebajikan awam yang penting ini."

Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Sanjiangyuan, sumber air tawar paling penting di China, telah lama diiktiraf sebagai bank gen untuk spesies Dataran Tinggi Tibet yang sukar didapati seperti antelop Tibet yang terancam
Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Negara Sanjiangyuan, sumber air tawar paling penting di China, telah lama diiktiraf sebagai bank gen untuk spesies Dataran Tinggi Tibet yang sukar didapati seperti antelop Tibet yang terancam

Li Xiaonan, Pengarah Pentadbiran Taman Negara Sanjiangyuan berkata, "Sepanjang dua tahun lalu, kenderaan yang diberikan oleh GAC Motor kepada pasukan kami menunjukkan tahap keandalan yang sangat baik. Prestasi tekalnya semasa rondaan harian di persekitaran lasak taman ini membuatkan kami berasa teruja untuk meneruskan perkongsian kami."

Dengan purata altitud 4,000 meter, Dataran Tinggi Tibet memberi cabaran unik kepada sebarang kenderaan yang beroperasi di lokasi berkenaan. SUV GS8 GAC Motor diuji bagi memastikan ia dapat memberi prestasi optimum dalam semua keadaan termasuk padang berais dan rupa bumi kasar yang lain, menjadikannya amat sesuai untuk beroperasi di SNNR.

Selain menyerahkan kenderaan, GAC Motor turut menganjurkan agar duta-duta daripada Program ini mengembara jauh ke dalam kawasan terpencil Hoh Xil, tapak Warisan Dunia yang terletak di bahagian barat laut Wilayah Qinghai dan menjadi habitat antelop Tibet yang terancam, yang mana mereka menjalankan tinjauan umum tentang persekitaran ekologi dan geologi. Selanjutnya, mereka bertemu sumber Sungai Yangtze, mengunjungi Bandar Golmud dan menyediakan sokongan barangan untuk kerja-kerja pemuliharaan tempatan. Duta-duta tersebut turut menyertai pakar-pakar perlindungan ekologi dan alam sekitar serta pasukan rondaan Hoh Xil dan kakitangan perubatan untuk membincangkan tentang pemuliharaan dataran tinggi berkenaan. Mereka turut menyelesaikan proses pemerhatian geologi terhadap tasik dan laluan migrasi burung air bagi membantu pembangunan program-program pemuliharaan tanah lembap dan burung yang lebih berkesan.

GAC Motor komited untuk membangunkan penyelesaian mampan demi cabaran mobiliti masa depan, dengan matlamat untuk menjadikan dunia yang lebih mesra alam. Selain pembangunan kenderaan tenaga alternatif, syarikat turut mengaplikasikan teknologi mampan dalam pengeluaran kenderaannya, seperti menggunakan bahan-bahan mesra alam bagi menghapuskan bahan berbahaya dan debu daripada emisi kilang bagi mengurangkan pencemaran terhadap atmosfera.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-238 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180712/2185542-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180712/2185542-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180712/2185542-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility