omniture

Libre Resorts Buka Libre Resorts Lijiang

Libre Resorts Lijiang
2018-07-17 18:53 1109

LIJIANG, China, 17 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Group Libre Hospitality baru-baru ini memperkenalkan Libre Resorts Lijiang, penanda aras hospitaliti baharu untuk industri pelancongan kebudayaan China, telah dibuka secara rasminya. Hotel berkenaan, dilaburkan oleh Forise Group bersama-sama pasukan bertaraf dunia Libre Resorts, ialah hotel mewah kedua dalam portfolio Libre Resort, susulan pembukaan Libre Resorts Huangshan. Libre Resorts Lijiang direka bagi membawakan pengalaman "Satu untuk Semua" berjenama Libre untuk seisi keluarga, dengan menggabungkan penginapan di hotel, tempat menjamu selera, bermain, bersantai, berhimpun serta kakitangan hotel yang sentiasa sedia berkhidmat dan amat berpengalaman, digelar sebagai "Magic Crew", dalam satu pakej komprehensif, mewujudkan acara yang unik dan dipenuhi keseronokan untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Hotel ini, satu projek oleh Lijiang Forise Holiday World, menandakan pembukaan rasmi bandar pelancongan kebudayaan sehenti yang inovatif ini yang menyediakan pengalaman perjalanan mewah yang imersif kepada tetamu.

Libre Resorts Lijiang
Libre Resorts Lijiang

Terletak di Lijiang, sebuah bandar yang berada di aras lebih tinggi di wilayah Yunnan berhampiran beberapa kawasan tarikan kebudayaan termasuk Tapak Warisan UNESCO meliputi Bandar Purba Shuhe dan Bandar Purba Daya, Libre Resorts Lijiang terletak sejauh 25 minit dengan menaiki kereta dari Gunung Salji Jade Dragon, salah satu destinasi pelancongan terkenal di China. Hotel ini, iaitu komponen penting dalam Lijiang Forise International Holiday World, terletak di tengah-tengah kawasan yang menempatkan beberapa sumber semula jadi dan kebudayaan Lijiang yang sukar didapati, yang bersama-sama membentuk kluster sumber pelancongan kebudayaan berkualiti tinggi yang unik di kawasan barat daya China. Para tetamu dapat menikmati percutian "Satu untuk Semua" yang sempurna di sini, memanfaatkan pakej eksklusif hotel ini yang menyediakan penginapan untuk tetamu, hidangan makanan, bersiar-siar di kawasan setempat, di samping dimanjakan dan dihiburkan oleh Magic Crew hotel, satu tawaran yang pastinya dapat membawakan keriangan kepada setiap ahli keluarga.

Libre Resorts Lijiang
Libre Resorts Lijiang

Hotel ini mempunyai 455 bilik deluxe premium dan 86 vila mewah. Pusat Konvensyen Antarabangsa Lijiang, yang dapat menampung 3,000 tetamu, mempunyai Dewan Utama Snow Mountain Grand seluas 2,500 meter persegi, Pusat Pameran Karnival seluas 1,000 meter persegi, halaman luar berkeluasan 1,500 meter persegi, 10 bilik serbaguna, restoran menjamu selera sepanjang hari Gallery Kitchen, kelab Wild Hootz, kafe kombinasi The Summit, warung teh dan ruang istirehat, kelab keluarga Joyland, Agula Spa, Pusat Kecergasan, kolam air panas Jepun asli Reminisce Onsen, Libre Garage, suatu perkhidmatan berbeza yang memberikan tetamu yang gemarkan cabaran dengan pilihan pengembaraan yang bebas, selain Libre Escapes daripada hotel itu sendiri, yang mana pakar-pakar pengembaraan profesional kami membantu para tetamu merancang jadual perjalanan yang sempurna untuk meneroka tapak-tapak yang indah di sekitar Lijiang. "Magic Crew" bersedia menjamin setiap pengalaman perjalanan tetamu yang sempurna.

Libre Resorts Lijiang
Libre Resorts Lijiang

Terletak di dalam Lijiang Forise International Holiday World, hotel dan kawasan sekitarnya menggabungkan penginapan, tempat menjamu selera dan hiburan dengan pilihan menjelajah tempatan, membawakan pengalaman perjalanan dan percutian yang imersif kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa: Naxi Food Street dan banyak lorong dan laluan berdekatan dihubungkan dengan restoran serta bar tempatan, yang mana sepanjang kedai dan muzium menonjolkan warisan budaya yang sukar dimengerti, dipamerkan untuk adat dan tradisi yang merangkumi Lijiang, diperlihatkan oleh pelbagai hidangan masakan tempatan, perkakas dapur yang unik dan pelbagai artifak kebudayaan. Pameran air kawasan luar yang menakjubkan menggambarkan legenda penduduk Naxi yang berwarna warni yang kaya dengan cerita, manakala syurga bunga "Snow Mountain" yang terbesar di dunia memukau pengunjung menerusi keindahan semula jadinya yang disemai dengan aura romantis.

Latar Belakang Libre Resorts

Libre Resorts ialah jenama pusat peranginan dan hotel mewah Group Libre Hospitality. Libre Resorts memilih lapan lokasi destinasi luar biasa di tiga negara iaitu Huangshan, Lijiang, Shanghai, Nanjing, Huanglong dan Changchun di China, serta di Cyprus berserta Gold Coast, Australia. Semua ahli keluarga berpeluang menikmati cara Libre dalam menginap, menjamu selera, bermain, bersantai, berhimpun dalam pengalaman "Satu untuk Semua". Libre Resorts mempunyai penginapan yang hebat, restoran menjamu selera sepanjang hari Gallery Kitchen, The Summit, Reminisce Onsen, kelab Wild Hootz, Joyland Family Club, The Vocal, Pameran Karnival, arked Power Station, panggung wayang Movie Plus dan terokailah perjalanan unik bersama Libre Escapes dan Magic Crew kami.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.libreresorts.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2186405-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2186405-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2186405-1-c

Source: Libre Resorts Lijiang
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services