omniture

Yutong Bus Hadiri Forum Kerjasama Jenama-Negara China-Rusia, Raih Pengiktirafan atas Usaha di Rusia

Yutong Bus
2018-07-18 01:38 1564

MOSCOW, 18 Julai 2018 /PRNewswire/ -- Yutong Bus (Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd), pengeluar bas Cina yang terkemuka menerima pujian semasa Forum Kerjasama Jenama Negara China-Rusia, yang diadakan di Red Square, Moscow. Jenama ini mendapat pujian atas komitmen mereka dalam mencipta industri pengangkutan yang lebih hijau dan mesra alam di rantau tersebut dan sokongan mereka semasa World Cup.

"Yutong Bus bermatlamat untuk menyediakan bukan sahaja kenderaan tetapi penyelesaian menyeluruh, termasuk perancangan pengangkutan, perkhidmatan dan sistem pemantauan bagi menambah baik mutu pengangkutan. Bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi tempatan, kami dapat mengenal pasti dengan lebih baik dan menyelesaikan isu-isu tempatan dengan pantas; ini merupakan Model Yutong. Sekiranya pelanggan & rakan kongsi kami gembira dengan model ini, maka kami juga begitu," kata Hu Huai Ban, Pengurus Besar Pasaran Luar Negara, Yutong Bus.

Hu Huai Ban, Pengurus Besar Pasaran Luar Negara (kiri), Yutong Bus dan Alexander Strukov, Pengasas BBus. (kanan)
Hu Huai Ban, Pengurus Besar Pasaran Luar Negara (kiri), Yutong Bus dan Alexander Strukov, Pengasas BBus. (kanan)

Melalui rakan-rakan kongsi seperti BBus, syarikat pelancongan dan pengangkutan yang terbesar di Rusia, dan KLAVTO, syarikat pengangkutan yang terbesar di Moscow, Yutong menyaksikan 3,323 buah bas menawarkan perkhidmatan di seluruh Rusia; dengan lebih 300 buah bas memberi sokongan logistik semasa World Cup – mewujudkan apa yang disebut oleh Forum Kerjasama Negara-Jenama China-Rusia sebagai contoh kejayaan dalam kerjasama jenama China-Rusia.

"BBus bekerjasama dengan Yutong untuk membantu menyediakan perkhidmatan kepada pasukan pengangkutan World Cup dan para peminat. World Cup mengharapkan yang terbaik dan Yutong amat sesuai untuk tujuan tersebut. Kami berasa kagum dengan prestasi Yutong dan berharap dapat mengetahui perkembangan lanjut mengenai model-model baharu mereka yang lebih mesra alam," kata Alexander Strukov, Pengasas BBus.

Yutong Bus sudahpun beroperasi di Rusia sejak tahun 2003. Sejak itu, ia telah mengeluarkan model-model yang direka bentuk untuk pasaran tempatan, termasuk bas tenaga baharu generasi seterusnya yang mana syarikat menyasarkan agar bas tersebut beroperasi di Rusia menjelang tahun 2020.

Bas Tenaga Baharu Yutong di Paris
Bas Tenaga Baharu Yutong di Paris

Yutong Bus kekal komited untuk menggiatkan proses pengeluaran mereka dan menambah baik kelayakan hijau kenderaan mereka sebagai sebahagian daripada "projek Buatan China 2025". Pada tahun 2017, Yutong Bus menjual lebih 24,865 buah bas yang menjimatkan tenaga dan tenaga baharu, mengungguli tempat pertama di dunia. Secara keseluruhan, syarikat menjual lebih 90,000 buah bas mesra alam yang beroperasi di lebih 310 bandar termasuk Paris, London, Sofia, Macau & Shanghai.

Latar Belakang Yutong Bus

Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. ialah sebuah syarikat pengilangan moden berskala luas yang mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengilangan dan jualan produk bas. Yutong Bus ialah tapak pengilangan terbesar dan paling maju dari segi teknologi melibatkan bas-bas bersaiz besar dan sederhana di seluruh dunia. Yutong Bus ialah syarikat senaraian pertama dalam industri bas China (Kod saham: 600066), Dengan pusing ganti sebanyak 33.2 bilion yuan pada tahun 2017, Yutong Bus telah mencapai jumlah jualan yang besar di lebih 30 negara merentasi 6 benua, termasuk Perancis, UK, Australia, Venezuela, Rusia, Arab Saudi, Malaysia, Columbia, Pakistan, Filipina dan Peru dengan bahagian pasaran mencecah lebih 30% di China dan lebih 15% di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.yutong.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187576-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187576-1-b

 

Source: Yutong Bus
Related Links:
Keywords: Green Technology Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news