omniture

George Zhao bincang tiga tahap penyumbang 5G di Persidangan INS dan umum Honor bakal lancar peranti 5G pertamanya pada 2019

Honor
2018-09-13 13:57 1693

HONG KONG, 13 September 2018 /PRNewswire/ -- Sabtu lalu (tanggal 8 September), di Persidangan INS Dunia 2018 yang diadakan di Beijing, En. George Zhao, Presiden Honor, menyampaikan ucapan dasar beliau, "Inovasi Telefon Pintar dalam Era 5G" dan memperkenalkan telefon pintar 5G pertama Honor yang bakal dilancarkan pada tahun 2019. Untuk industri telefon pintar, 5G akan menjadi titik perubahan yang menandakan kemunculan kecerdasan buatan (AI). George meramalkan bahawa pembawa mudah alih yang dapat mengatasi masalah-masalah teknikal dan menawarkan penyelesaian menyeluruh akan menjadi pengusaha unggul untuk menerajui era 5G.

George Zhao discusses the three levels of 5G contributors at INS Conference, and announces Honor will release its first 5G device in 2019
George Zhao discusses the three levels of 5G contributors at INS Conference, and announces Honor will release its first 5G device in 2019

Sebagai pakar industri yang bermula dalam perniagaan pembawa, George berkongsi pandangan unik beliau tentang pertumbuhan pesat rangkaian telekomunikasi. Dari sudut pandangan beliau, kemajuan daripada 3G kepada 4G dan kini 5G telah mencatatkan kitaran dua dekad yang panjang, setiap satunya melibatkan tiga tahap penyumbang. Pertamanya melibatkan pemula paten standard dan teras seperti Huawei. Keduanya membabitkan pihak-pihak yang menyediakan dan mengesahkan penyelesaian yang menggalakkan pembangunan rangkaian (Apple, Samsung, Huawei, Qualcomm), dan ketiganya ialah jenama-jenama telefon pintar berasaskan penyedia-penyedia penyelesaian 5G selain pengeluar-pengeluar perkhidmatan aplikasi 5G yang mencipta semua jenis aplikasi.

Kedua-dua Huawei dan Honor telah terlibat secara langsung dalam ketiga-tiga tahap, memainkan peranan penting dalam memacu industri 5G yang bernilai sepuluh trillion dolar (USD) yang mana mereka telah bermula lebih awal dengan perancangan taktikal untuk peranti 5G, memperoleh begitu banyak maklumat, penguasaan teknikal dan kompetitif berbanding seluruh industri lain. Jenama-jenama telefon pintar lain jauh ketinggalan pada tahap ketiga, dengan kelemahan-kelemahan yang melibatkan kelewatan maklumat, kekurangan sumber teknikal dan seterusnya penyelesaian yang tidak lengkap.

Di samping itu, sebagai ekosistem hujung-ke-hujung, 5G akan membina masyarakat dengan mobiliti penuh sekaligus terus kekal terhubung sepenuhnya, merapatkan jurang antara dunia maya dan dunia realiti dengan lancar. AI dan 5G saling berkait rapat dan bertindak sebagai pemangkin untuk pembangunan satu sama lain dalam era ini, manakala kesempurnaan AI akan dipercepatkan dengan bantuan teknologi 5G. Honor mendepani pesaing-pesaingnya dalam menyentuh aspek teknologi AI dan telah berjaya mengekalkan kedudukan hadapan ini selama lebih setengah tahun.

Huawei, vendor rangkaian telekomunikasi terkemuka dan penyumbang bagi penetap standard 5G, bergiat aktif meneroka teknologi 5G sejak tahun 2009. Ketika jenama-jenama lain masih bersaing untuk bahagian pasaran dan perhatian pengguna, Huawei mengambil inisiatif untuk memperbaiki terminal pintar mereka, rangkaian telekomunikasi dan pengkomputeran awan, manakala Honor turut menjadi salah satu yang pertama dalam menerajui trend berkenaan.

Tahun ini, Honor melancarkan beberapa produk mudah alih dengan teknologi rintis termasuk Turbo GPU/CPU dan teknologi penyejukan cecair THE NINE. Sedikit sebanyak, ini merupakan era pra-5G yang melibatkan pengoptimuman peralatan dan teknologi semasa, merancang dan berlatih demi kedatangan 5G, menangani cabaran-cabaran yang timbul semasa proses pembangunan telefon 5G seperti keupayaan pemprosesan, pengendalian operasi dan penggunaan kuasa.  

Walau bagaimanapun, demi menerima perubahan besar 5G, telefon bimbit Honor telah jauh melangkaui langkah-langkah berikut:

  • Pada tahun 2016, Honor melancarkan telefon bimbit AI pertama dunia, Honor Magic. Honor meneroka teknologi AI secara sistematik dan membangunkan Honor Magic lebih awal sebelum jenama ini bebas daripada Huawei.
  • Pada tahun 2017, Honor V10 dilancarkan tatkala Honor meneroka teknologi cip.
  • Pada tahun 2018, Honor melancarkan Honor 10 dan platform pengkomputeran mudah alih HiAI yang kini menakrifkan standard telefon pintar AI 2.0 sebagaimana yang kita ketahui hari ini.

Di samping itu, Honor Magic 2 akan datang, yang dibenamkan dengan kesempurnaan teknologi, baru-baru ini diperkenalkan di IFA 2018 di Jerman dan menggamit perhatian rakan media teknologi dari seluruh dunia. Selain membawa teknologi AI, Kirin 980 ialah cip set komersial sedia dengan penyelesaian 5G pertama, yang boleh dipilih oleh pengguna untuk menggunakan Balong 5000 Modem bagi menyesuaikannya secara lancar dengan 5G. Paparan Skrin Penuh Magic Slide dengan struktur leretan minimalis memberikan hampir 100% paparan skrin penuh dan dalam masa yang sama menawarkan 40W SuperCharge dengan pengalaman bateri yang lebih selamat dan lebih baik. Ciri-ciri yang disebutkan di atas hanyalah gambaran awal dan lebih banyak lagi akan didedahkan semasa pelancaran rasmi.

Pada tahun 2018, Honor memaparkan prestasi agresif di seluruh dunia dan menyaksikan pertumbuhan pesat, yang turut mendorong Huawei untuk cemerlang dalam perniagaannya. Namun demikian, jualan dalam pasaran tempatan dan luar negara jelas sekali bukanlah keutamaan dan matlamat semasa Honor, tetapi sebaliknya "produk-produk tambahan" yang telah dicapai hasil daripada perancangan berterusannya untuk masa depan.

Peringkat semasa telefon Honor mendominasi pasaran dari segi spesifikasi teknikal dan pencapaian jualan. Telefon pintar Huawei dan Honor 5G pertama bakal dilancarkan tahun hadapan. Telefon pertama yang bakal dilancarkan ialah peranti Honor, yang melonjakkan jenama Honor untuk menjadi antara lima jenama telefon pintar terbaik menjelang tahun 2020 dan tiga jenama terbaik menjelang tahun 2022.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:

https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180911/2233917-1

Source: Honor
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services