omniture

UNISOC Lancar Jenama IC Test, Sasar Perkhidmatan Pengujian Bersepadu Global

UNISOC
2018-09-27 18:40 1198

NANJING, China, 27 September 2018 /PRNewswire/ -- UNISOC mengumumkan pelancaran rasmi jenama IC Test di Sidang Kemuncak IC China 2018. Dengan bertahun-tahun pengalaman teknologi dan hampir USD 500 juta pelaburan, UNISOC telah mewujudkan sistem jaminan kualiti untuk seluruh proses termasuk pembangunan produk dan pengujian pengeluaran, pengujian penyepaduan perisian, pengujian perkakasan, pengujian sistem, khidmat pelanggan dan pengujian serta membangunkan jenama perkhidmatan pengujian bersepadu yang diberi nama IC Test

UNISOC Lancar Jenama IC Test, Sasar Perkhidmatan Pengujian Bersepadu Global
UNISOC Lancar Jenama IC Test, Sasar Perkhidmatan Pengujian Bersepadu Global

IC TEST UNISOC terdiri daripada dua bahagian: I Test adalah singkatan untuk sistem kualiti ujian dalaman UNISOC manakala C Test adalah singkatan untuk sistem kualiti ujian pelanggan (Pelanggan). Sistem I Test meliputi keperluan ujian perkakas masuk dan penerimaan medan negara, menyediakan perkhidmatan interaktif 24*7 ; C Test dapat merealisasikan perkhidmatan ujian Android menyeluruh dengan antara muka yang ringkas dan mudah, yang menyumbang sebanyak lebih 20,000 senarai tindakan dan banyak lagi pada masa depan.

Dalam masa yang sama, pusat IC Test meliputi seluruh proses dalam pembangunan, pengeluaran dan pengujian cip serta menyokong pelanggan menerusi 5 jaminan kualiti yang berikut:

  • R&D cip dan pengujian pengeluaran: platform pengesahan cip terkemuka membolehkan ujian pempakejan pada peringkat wafer, sistem dan modul, pengesahan keandalan cip dan analisis kegagalan pada peranti berasingan serta cip litar bagi menjamin hasil cip dapat menerajui industri.
  • Pengujian penyepaduan perisian: platform pengesahan penaiktarafan versi tahap kod berpaten dapat menyekat ketirisan dan meningkatkan kualiti serta kecekapan kod dengan memantau perubahan kos dengan strategi "penyerahan sebagai pengesahan".
  • Pengujian perkakasan: R&D perkakasan dan ujian pengeluaran dijalankan pada isyarat elektrik, pelesapan kuasa, frekuensi suara, keandalan, RF dan antena. Seluruh perkhidmatan pengesahan ujian menyasarkan pelbagai platform dan projek perkakasan pelanggan berdasarkan lelaran dan penambahbaikan berterusan untuk meningkatkan kecekapan ujian dan merendahkan kos ujian.
  • Pengujian sistem: sejajar dengan piawaian ketat untuk jenama perindustrian dan keperluan kualiti pengendali-pengendali utama seperti China Mobile, ujian penerimaan prapelancaran dapat dilaksanakan pada lebih 500 sampel untuk membuktikan penyepaduan, keserasian, kestabilan, prestasi dan pengalaman pengguna.
  • Khidmat pelanggan & pengujian: penyelesaian ujian dan perkhidmatan berkaitan disediakan kepada pereka telefon bimbit, meningkatkan sistem pengesahan produk bagi membuat keputusan lebih baik terhadap pengeluaran besar-besaran, mempercepatkan tempoh pemasaran dan mengukuhkan daya saing jenama.

UNISOC memeterai perkongsian untuk makmal-makmal inovasi dengan China Mobile dan China Unicom serta memperoleh pengiktirafan daripada CNAS (Perkhidmatan Akreditasi Negara China untuk Penilaian Penyesuaian) bagi ISO17025 pada tahun 2016. Ia menyertai GCF (The Global Certification Forum) pada tahun 2017 dan bergelar makmal kerjasama Tahap-B oleh China Mobile pada tahun 2018.

John Rowland, naib presiden kanan dan ketua jurutera UNISOC, berkata, "Saya berasa amat berbesar hati untuk melancarkan jenama IC Test. UNISOC komited untuk menyediakan pelanggan dengan penyelidikan dan pembangunan teknologi termaju dan khidmat pelanggan sehenti melalui pemahaman mendalam tentang industri cip dan sokongan teknikal global yang kukuh. Dengan pelancaran jenama IC Test baharu, kami dapat membuka sepenuhnya sumber dalaman dan luaran serta bekerjasama dengan pelanggan dalam bidang cip mudah alih bagi menyediakan pelanggan dengan pengalaman pengguna terbaik dan bersama-sama mencapai kejayaan dengan pelanggan."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180926/2247483-1

Source: UNISOC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Semiconductors New products/services