omniture

Grab meterai perkongsian awan strategik dengan Microsoft dorong inovasi dan penggunaan perkhidmatan digital seluruh Asia Tenggara

Microsoft Corp.
2018-10-15 18:17 1446

Grab akan mengguna pakai Microsoft Azure sebagai platform awan pilihannya

Microsoft akan membuat pelaburan strategik dalam Grab

Perjanjian lima tahun ini bakal menyaksikan kolaborasi pada bahagian kedua-dua pihak dalam pelbagai projek teknologi termasuk data raya, kecerdasan buatan dan penyelesaian mobiliti

SINGAPURA dan REDMOND, Washington, 15 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. dan Grab, platform pengangkutan, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan dalam talian-kepada-luar talian yang terkemuka di Asia Tenggara telah mengumumkan satu perkongsian strategik yang akan mengubah penyediaan perkhidmatan digital dan mobiliti di rantau tersebut dengan memanfaatkan kepakaran bertaraf dunia Microsoft dalam bidang pembelajaran mesin dan keupayaan kecerdasan buatan (AI). Sebagai langkah pertama dalam kolaborasi yang luas antara kedua-dua syarikat, Grab akan mengguna pakai Microsoft Azure sebagai platform awan pilihannya dan Microsoft akan membuat pelaburan strategik dalam Grab.

 

 

Ming Maa, president of Grab together with Peggy Johnson, executive vice president of Microsoft.
Ming Maa, president of Grab together with Peggy Johnson, executive vice president of Microsoft.

"Perkongsian ini memperlihatkan satu kolaborasi erat dengan Microsoft dalam pelbagai projek teknologi termasuk data raya dan kecerdasan buatan yang akan mengubah penyediaan perkhidmatan harian dan penyelesaian mobiliti di Asia Tenggara," kata Ming Maa, presiden Grab. "Sebagai peneraju teknologi global, pelaburan Microsoft dalam Grab memaparkan kedudukan kami sebagai pengusaha teknologi buatan tempatan yang terkemuka di rantau ini. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan Microsoft dalam usaha meningkatkan pengangkutan atas permintaan dan pengalaman dalam talian-kepada-luar talian yang lancar untuk pengguna."

"Usahasama kami dengan Grab membuka peluang baharu untuk kami menginovasi dalam industri yang pesat berkembang dan juga di rantau yang mengalami pertumbuhan ini," kata Peggy Johnson, naib presiden eksekutif Microsoft. "Kami berasa teruja untuk berganding bahu demi mengubah pengalaman pelanggan selain meningkatkan penyerahan perkhidmatan digital untuk berjuta-juta pengguna yang bergantung pada Grab untuk pengangkutan, penyerahan makanan dan pakej, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan kewangan yang selamat dan berpatutan".

Sebagai platform dalam talian-kepada-luar talian mudah alih yang terkemuka di Asia Tenggara, Grab beroperasi di 235 bandar merentasi lapan negara Asia Tenggara, manakala dompet digital Grab, GrabPay merupakan pengusaha yang terkemuka di Asia Tenggara.

Melalui perkongsian ini, Grab akan mengguna pakai Microsoft Azure sebagai platform awan pilihannya bagi memanfaatkan keupayaan awan pintar dan AI untuk meluaskan platform Grab dengan cekap, serta meningkatkan kapasiti dan juga keupayaannya. Melalui kolaborasi ini, syarikat-syarikat ini akan meneroka beberapa projek teknologi mendalam yang inovatif yang akan meningkatkan serta mengubah pengalaman Grab untuk pengguna, rakan kongsi-pemandu, peniaga dan ejen Grab. Projek-projek inovasi khas ini termasuk:

Data raya, AI dan pembelajaran mesin

  • Untuk membantu meningkatkan keselamatan dan sekuriti penumpang serta pemandu, Grab akan bekerjasama dengan Microsoft untuk meneroka mekanisme pengesahan baharu seperti pengecaman wajah mudah alih dengan AI terbina dalam untuk pemandu dan pelanggan yang memilihnya, sebagai penggantian kepada pemeriksaan ID yang membantu memadankan identiti pemandu dan penumpang kepada tempahan.
  • Grab akan meneroka penggunaan analitik data dan perkhidmatan pengesanan penipuan Microsoft Azure untuk meramal dan mencegah transaksi berunsur penipuan dengan lebih baik pada platform Grab.
  • Kedua-dua syarikat ini merancang untuk memanfaatkan keupayaan pemprosesan bahasa tabii Microsoft untuk menyediakan terjemahan waktu nyata yang kontekstual kepada pelanggan dan mencipta robot sembang (chatbot) AI agar pengguna Grab dapat merasai pengalaman yang interaktif.
  • Pembelajaran mesin dan keupayaan AI Microsoft akan digunakan untuk memperkasa "enjin cadangan" termaju Grab yang menganalisis data dan tingkah laku pengguna bagi menyediakan perkhidmatan tersuai serta cadangan kandungan melalui aplikasi Grab.
  • Grab juga merancang untuk bekerjasama dengan Microsoft bagi meneroka teknologi pengecaman imej dan penglihatan komputer yang akan meningkatkan pengalaman ambilan pengguna serta pemandu. Sebagai contoh, penumpang akan berupaya mengambil foto lokasi semasa mereka dan membolehkannya ditukarkan kepada alamat sebenar untuk pemandu.
  • Bagi menambah baik penciptaan dan kualiti peta, Grab merancang untuk memanfaatkan kuasa keupayaan pembelajaran mesin Microsoft.

Bidang-bidang kolaborasi lain

  • Penyepaduan Microsoft Outlook. Grab akan menyediakan pilihan tempahan pengangkutan atas permintaan kepada pengguna Outlook agar mereka dapat menempah perjalanan dengan mudah secara terus dalam aplikasi dan dimaklumkan dengan peringatan kalendar.
  • Microsoft KaizalaGrab akan menjalankan ujian rintis terhadap Kaizala Microsoft, aplikasi dan perkhidmatan mudah alih untuk komunikasi kumpulan dan pengurusan kerja yang besar, demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pasukan-pasukan Khidmat Pelanggan Grab.
  • Penyelesaian dalam kereta. Syarikat-syarikat ini akan berkolaborasi bagi penggunaan penyelesaian hiburan dan produktiviti dalam kereta di seluruh Asia Tenggara.  
  • Penyepaduan ganjaran. Microsoft akan meninjau usaha untuk menggabungkan Kad Hadiah Ganjaran Microsoft ke dalam program kesetiaan Ganjaran Grab.

Latar Belakang Grab

Grab ialah salah satu platform mudah alih O2O yang paling kerap digunakan di Asia Tenggara, menyediakan perkhidmatan harian yang paling penting buat pengguna. Berulang alik, menjamu selera, menghantar barangan beli belah dan membayar menggunakan satu e-dompet. Grab percaya bahawa setiap penduduk Asia Tenggara seharusnya mendapat manfaat daripada ekonomi digital dan syarikat ini menyediakan akses kepada pengangkutan, penyerahan makanan dan pakej, pembayaran mudah alih dan perkhidmatan kewangan yang selamat serta berpatutan. Kini, Grab menawarkan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Kemboja. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.grab.com.

Latar Belakang Microsoft

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan pintar dan pinggir pintar. Matlamatnya adalah untuk memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Catatan untuk editor: Untuk maklumat lanjut, berita dan perspektif daripada Microsoft, sila kunjungi Pusat Berita Microsoft di http://news.microsoft.com. Pautan web, nombor telefon dan tajuk adalah tepat ketika diterbitkan tetapi mungkin telah berubah. Untuk bantuan tambahan, wartawan dan penganalisis boleh menghubungi Pasukan Tindak Balas Pantas Microsoft atau maklumat perhubungan lain yang sesuai yang disenaraikan di http://news.microsoft.com/microsoft-public-relations-contacts.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2258660-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2258660-1LOGO-a 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2258660-1LOGO-b

Source: Microsoft Corp.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements