omniture

Luxasia Berada Dalam Talian dengan Penyelesaian Omni-saluran ETP

ETP Group
2018-11-05 21:20 253

SINGAPURA, 5 November 2018 /PRNewswire/ -- ETP Group dengan bangga mengumumkan bahawa Luxasia, rakan kongsi omni-saluran utama untuk pengedaran, runcit dan e-dagang jenama kecantikan dan gaya hidup mewah di Asia Pasifik, telah berjaya berada dalam talian dengan Penyelesaian Runcit Omni-saluran ETP di "Freyja", hab kecantikan komuniti baharu di Filipina, dengan perisian ETP V5.5 POS, Mobile POS dan Omni-channel Connect berjaya digabungkan dengan kedai dalam talian, CRM dan ERP.

Gedung Freyja dengan Penyelesaian Omni-saluran ETP di Glorietta Mall, Manila
Gedung Freyja dengan Penyelesaian Omni-saluran ETP di Glorietta Mall, Manila

 

Dr. Wolfgang Baier Ketua Pegawai Eksekutif, Luxasia
Dr. Wolfgang Baier Ketua Pegawai Eksekutif, Luxasia

Ketua Pegawai Eksekutif Luxasia, Dr. Wolfgang Baier berkata, "Kami sentiasa menaik taraf sistem bahagian belakang kami untuk meningkatkan penyampaian pengalaman pengguna yang menyenangkan, sama ada di kedai atau dalam talian. Kerjasama dengan ETP ini membolehkan Luxasia menyediakan pengguna dengan akses onmi-saluran yang melayani kehendak mereka dalam kecantikan dengan lebik baik, lengkap dengan kemudahan pembayaran."

En. Naresh Ahuja Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, ETP Group
En. Naresh Ahuja Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, ETP Group

"ETP gembira dan berbangga dapat bekerjasama dengan Luxasia Group dalam inisiatifnya untuk menjadi 'pemimpin omni kecantikan' di Asia Pasifik. Penyelesaian Runcit Omni-saluran ETP yang berpandangan ke hadapan sangat sesuai untuk melengkapi usaha berterusan Luxasia dalam memberikan pengalaman lancar menerusi saluran dalam talian dan luar talian. Kami ingin melihat operasi mereka mendapat manfaat daripada kepakaran domain gaya hidup runcit ETP yang kukuh dan suit produk omni-saluran yang mantap serta proses didayakan penyetempatan," kata Naresh Ahuja, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, ETP Group.

Latar Belakang ETP

Ditubuhkan pada tahun 1988, ETP ialah syarikat Penyelesaian Runcit Omni-saluran terkemuka Asia yang beribu pejabat di Singapura, yang melayani pemimpin pasaran di lebih daripada 22 negara di seluruh Asia Pasifik, India dan Timur Tengah. Penyelesaian omni-saluran kelas perusahaan ETP termasuk POS Omni-saluran, Mobiliti, CRM, Kempen Pemasaran dan Promosi, Pengurusan Rantaian Pembekalan, Omni-channel Analytics dan Omni-channel Connect. ETP telah berjaya melaksanakan lebih daripada 500 projek perisian perusahaan di seluruh 35,000+ kedai untuk 300+ jenama. Proposisi nilai unik ETP terletak pada keupayaannya untuk mencipta dan menyampaikan produk inovatif dan melaksanakannya dengan kepakaran domain yang disampaikan oleh beratus-ratus perunding yang mewakili amalan terbaik ETP.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286741-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286741-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181101/2286741-1-c

Source: ETP Group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail Contracts