omniture

Sorotan Utama Pameran Teknologi Tinggi No. 1 China CHTF 2018

CHTF Organizing Committee Office
2018-11-19 09:06 1074

SHENZHEN, China, 19 November 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF 2018) kali ke-20 diadakan mulai 14-18 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen dengan tema "Konsep Pembangunan Baharu untuk Pertumbuhan Berkualiti Tinggi". CHTF tahun ini merangkumi pameran, forum, mesyuarat profesional, aktiviti-aktiviti sokongan, mesyuarat pertukaran bakat dan pameran luar negara serta menampilkan pembuatan termaju, teknologi maklumat generasi seterusnya, AI, sains hayat, bahan baharu, tenaga baharu selain penyepaduan antara ekonomi sebenar dan industri-industri masa depan.

International and Belt & Road Pavilion in CHTF 2018
International and Belt & Road Pavilion in CHTF 2018

Berikut merupakan antara sorotan utama CHTF 2018:

Kawasan-kawasan bertema tumpu pada aspek utama industri  

Pameran IT membawakan kawasan-kawasan bertema seperti AI, pembuatan pintar, automotif pintar, teknologi sukan, data raya, pengkomputeran awan, IoT dan rantaian blok; pameran alam sekitar mengetengahkan teknologi baharu untuk kawalan air; pameran pembuatan termaju mempunyai kawasan khas untuk pameran laser, pembuatan pintar dan robot perindustrian.

Aplikasi teknologi inovatif dalam senario-senario berbeza

CHTF 2018 mempamerkan teknologi-teknologi baharu yang paling menarik untuk perniagaan, kehidupan harian, pendidikan dan senario hiburan seperti sistem pengecaman wajah AI, bilik cuba pakaian 3D, sistem pemanduan automatik tahap 4, robot pembelajaran awal AI dan dron dalam air.

Perusahaan unikorn Cina

Selain syarikat-syarikat terkemuka global seperti Microsoft, Tencent dan Baidu, CHTF 2018 turut menghimpunkan banyak syarikat unikorn dalam industri AI, termasuk Cambrian, Horizon Robotics, SenseTime, iQiyi dan Royale, untuk mengagumkan pengunjung dengan "Detik Teknologi AI."

Platform untuk syarikat-syarikat baharu global

Pameran syarikat-syarikat baharu teknologi turut diadakan semasa berlangsungnya pameran tersebut bagi menyediakan platform untuk tujuan komunikasi dan kerjasama antara syarikat-syarikat baharu teknologi dan institusi-institusi modal usaha niaga.

Selain itu, Forum Teknologi Tinggi China 2018 turut diadakan serentak pada 14-16 November. Menumpu pada "inovasi memacu pembangunan berkualiti", "teknologi inovasi disruptif" serta "sains dan teknologi membawa kepada kehidupan lebih baik", forum tersebut mengundang banyak individu berpengaruh daripada kalangan penerima Hadiah Nobel kepada eksekutif-eksekutif syarikat dan pegawai-pegawai kerajaan untuk membincangkan pelbagai isu yang akan membentuk masa depan, seperti revolusi berteknologi, transformasi perindustrian global, komunikasi kuantum, era 5G, pemanduan automatik dan banyak lagi. Butiran lanjut: http://www.chtf.com/english/Conferences/ChinaHTF/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181116/2302808-1

Source: CHTF Organizing Committee Office
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Blockchain