omniture

Pameran Papan Iklan & LED Antarabangsa 2019 bakal Buka Tirai pada 3 Mac, Tonjol Inovasi LED Terkini

Canton Fair Advertising Co. Ltd.
2018-11-26 23:00 1043

GUANGZHOU, China, 26 November 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Papan Iklan & LED Antarabangsa 2019 (ISLE atau "Pameran") akan berlangsung mulai 3-6 Mac di Kawasan B Kompleks Pameran Canton di Guangzhou, China, menyediakan platform perindustrian premium untuk teknologi Papan Iklan dan LED.

The 2019 International Signs & LED Exhibition will take place from March 3-6 in Guangzhou China
The 2019 International Signs & LED Exhibition will take place from March 3-6 in Guangzhou China

Jumlah keluasan ISLE bertambah kepada 120,000 meter persegi bagi tahun ini. Di samping bahagian kawasan pameran serba baharu dan produk-produk yang lebih komprehensif dan canggih, ISLE akan menampilkan Pameran Teknologi & Aplikasi Paparan Komersial tambahan bagi menonjolkan pilihan luas Paparan/Lampu LED, papan tanda Iklan dan peralatan daripada peneraju-peneraju pasaran.

"Tahun ini kami menjangkakan lebih 200,000 pengunjung dan 1,800 pempamer hadir dari seluruh dunia," kata LI YINGJIE, Pengarah ISLE. "Berbeza daripada pameran-pameran terdahulu, kami akan mencipta pameran yang lebih pelbagai untuk para hadirin dan membawakan rantaian industri yang lengkap menerusi pengalaman pembelian sehenti. Kami berharap agar Pameran ini akan terus dapat menghubungkan lebih banyak peluang perdagangan antarabangsa untuk pempamer dan pembeli."

Setelah empat tahun menjalani pembangunan, ISLE menjadi peneraju industri dalam LED, Paparan Komersial, papan tanda digital dan papan iklan. Pada tahun 2019, dengan tema baharu "pengiklanan besar", Pameran ini bukan sahaja akan menyatukan paparan berskrin besar, teknologi audio-visual dan pengeluar-pengeluar arus perdana dalam industri LED, tetapi ia akan turut berkembang ke dalam media baharu, pencetakan 3D, papan tanda pintar, pengguna akhir komersial, bahan-bahan pembinaan pameran mesra alam dan vendor jenama pameran.

Zon-zon pameran di ISLE 2019 akan melibatkan:

Pameran Papan Iklan & LED Antarabangsa:

  • Pencetakan pancut dakwat
  • Papan Tanda Digital & Kotak Lampu
  • Pencetakan 3D & Ukiran Pintar
  • Bahan Pembinaan Pameran Mesra Alam & Vendor Jenama
  • Media Pintar/Peruncitan Pintar & Peralatan Terminal Pintar

Pameran Teknologi & Aplikasi Paparan Komersial Antarabangsa

  • Teknologi & Aplikasi Paparan LED
  • Penyelesaian Paparan Skrin Besar
  • Teknologi Lampu LED

ISLE bakal menganjurkan Festival Pengiklanan Antarabangsa Guangzhou dan menjadi tuan rumah kepada beberapa forum sidang kemuncak antarabangsa yang dihadiri oleh ahli-ahli akademik negara, pakar-pakar dan pembeli-pembeli profesional untuk berkongsi hasil industri dan membincangkan trend pembangunan.

http://en.isle.org.cn .

Latar Belakang ISLE  

Pameran Papan Iklan dan LED Antarabangsa (ISLE) 2019, dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd. dan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp (CFTE) ialah platform penyelesaian rantaian industri LED bersepadu sepenuhnya untuk papan iklan bertaraf profesional, berkarisma dan pintar.

Cik Suyi Bi   Tel: +86-20-89268218  Emel: bishuyi@cantonfairad.com
Cik Sarah Li  Tel: +86-20-89268248    Emel:
lizefan@isle.org.cn
En. Sparta Zhang Tel: +86-20-892683292   Emel:
zhanghuilong@isle.org.cn

Foto- https://photos.prnasia.com/prnh/20181120/2304017-1

Source: Canton Fair Advertising Co. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Trade show news