omniture

Kavalan Melangkah ke 'Ginaissance,' Tawar Minuman Sempurna sempena Tahun Baharu

Kavalan
2019-01-03 23:54 1501

Yang pertama dalam rangkaian gin oleh pembuat wiski Taiwan diinspirasikan oleh kekayaan subtropika pulau

TAIPEI, Taiwan, 3 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Selepas lebihan daripada tempoh percutian, jawapan kepada minuman yang sempurna mungkin terdapat pada gin halus dan jernih lagi menyegarkan oleh pembuat wiski ternama Kavalan, menampilkan adunan halus antara enam ekstrak botani.

Gin baharu yang lembut lagi segar untuk tahun baharu daripada pembuat wiski Kavalan dengan enam ekstrak botani termasuk kulit kumkuat, belimbing kering dan jambu merah
Gin baharu yang lembut lagi segar untuk tahun baharu daripada pembuat wiski Kavalan dengan enam ekstrak botani termasuk kulit kumkuat, belimbing kering dan jambu merah

Menyelesaikan pengedaran seluruh dunia pada tahun 2019, Kavalan Gin (40% ABV pada 70cl) ialah gin sulung daripada pembuat wiski Taiwan ini. Ditapis arang sebanyak dua kali dan disuling tiga kali dalam penyuling tembaga tradisional, ia diperbuat daripada minuman beralkohol barli malta yang begitu asli dan sama seperti wiski Kavalan yang memenangi anugerah.
Kavalan Gin merupakan yang pertama dalam siri baharu Kavalan Exquisite Gins untuk tujuan pelancaran global.

Profilnya yang lebih terangkum dan lebih rumit serta rasa di mulut yang berkrim menjadikan Kavalan Gin cukup mewah untuk menjadi gin untuk dihirup serta diminum di dalam koktel.

Koktel yang sempurna untuk Tahun Baharu ini meningkatkan kepekatan, rasa pedar dan rempah ratus Kavalan Gin. "Road by the Sea" yang eksotik mewujudkan detik yang melazatkan untuk dikongsi bersama keluarga mahupun rakan taulan pada bila-bila masa.

  • Kavalan Gin - 50ml 
  • Sherry Amontillado - 10ml 
  • Daun Buluh diseduh Dolin Dry Vermouth - 10ml 
  • Air Kelapa - 10ml 
  • Coriander Bitters - 2 titik 

Ketua Pegawai Eksekutif Kavalan En. YT Lee berkata bahawa gin pertama beliau, diperbuat dengan ekstrak botani, mengimbangi junipernya dengan unsur masam, kumkuat manis dan sitrus lain, menambah kekuatan dengan jambu berbau kesturi, belimbing manis dan rempah ratus.

"Kami ingin menawarkan pengalaman gin baharu tahun ini. Atas sebab inilah, bersama-sama botani tradisional juniper, jintan manis dan ketumbar, kami memberikan orang ramai dengan rasa asli Kavalan di Yilan menerusi ekstrak botani kulit kumkuat, buah belimbing kering dan jambu isi merah," kata beliau.
"Taiwan ialah sebuah negara buah-buahan dan Yilan sendiri merupakan sebuah negara yang subur dan lembap, menawarkan buah-buahan mereka sendiri yang enak," kata En. Lee.(1)

Pakar Pengadun Ian Chang berkata bahawa Exquisite Gins akan meraikan percubaan dan mengambil inspirasi daripada rasa-rasa asli Kavalan di Taiwan. "Setelah lebih 10 tahun membuat wiski, saya ingin mencuba kemahiran saya membuat gin dan menyumbang kepada Zaman Pembaharuan Gin global. Saya berasa amat teruja untuk menghasilkan siri unik bagi menonjolkan kilang penyulingan Kavalan dan Yilan serta memberi sambutan mesra kepada peminum-peminum gin," kata En. Chang.

Reka bentuk botol Kavalan Gin memberi penghormatan kepada sumber airnya, Snow Mountain, dengan kristal kaca biru-juniper yang melambangkan air lebur gunung manakala kaca jernih di atasnya melambangkan transformasinya kepada minuman beralkohol gin asli yang lazat.

"Kehalusan gin kami, sebagaimana wiski kami, bergantung pada air yang kaya mineral yang diambil daripada mata air Snow Mountain, maka bersesuaian untuk kami memberi penghormatan kepadanya selain juniper gin pada botol," kata En. Chang. 

Kavalan telah membuktikannya sekali lagi sebagai kegemaran bar yang mantap menerusi Laporan Bar Tahunan 2019 tahun ini oleh Drinks International, diundi oleh pelayan bar, pengurus dan pemilik seluruh dunia.(2)

Maklumat Produk 
Elemen utama dalam Kavalan Gin sulung ialah minuman beralkohol barli malta yang paling sukar ditemui, diperbuat daripada sumber air paling tulen Taiwan dan disuling tiga kali pada penyuling Jerman di Kilang Penyulingan Kavalan bagi menghasilkan rasa di mulut yang lembut lagi mewah. Ekspresi elegen anugerah semula jadi yang ditemui di tanah subtropika yang subur di Kilang Penyulingan Kavalan, gin Taiwan ini mempunyai enam ekstrak botani terpilih, 100% semula jadi termasuk kumkuat masam, buah belimbing yang enak dan jambu isi merah yang manis, memberikan gin yang luar biasa halus ini dengan kerumitan aroma yang lazat.

Unsur Asas Rasa

  • Warna - Jernih 
  • Aroma - Segar dan elegan. Aroma halus antara buah beri juniper, jintan manis lembut dan haruman ketumbar segar, menghasilkan kemewahan kumkuat yang pedar dan rasa akhir oren sitrus.
  • Rasa - Diperkaya, manis yang penuh nikmat dan teksturnya yang lama dan penuh. Rasa berkrim yang tebal meliputi lidah mengeluarkan rasa manis tersendiri daripada jambu isi merah, belimbing dan kumkuat pedar diimbangi sempurna oleh letusan sitrus yang menyegarkan.
  • Rasa akhir - Rasa buah-buahan yang elegan dan lama yang menakrifkan gin yang jernih dan lembut ini.

Latar Belakang Kilang Penyulingan Kavalan

Kilang Penyulingan Kavalan di Daerah Yilan telah mempelopori seni pembuatan wiski malt tunggal di Taiwan sejak tahun 2005. Wiski kami, dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, bersumberkan air lebur daripada Snow Mountain dan ditingkatkan oleh bayu laut dan gunung yang dingin. Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Mengambil nama lama Daerah Yilan, kilang penyulingan kami disokong oleh kira-kira 40 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Kami telah mengumpul lebih 280 anugerah emas atau anugerah lebih tinggi daripada pertandingan-pertandingan paling kompetitif dalam industri dan boleh didapati di lebih 70 negara. Kunjungi www.kavalanwhisky.com 

Catatan untuk Editor:  

1. Ekstrak Botani Diinspirasi Tempatan 100% Semula Jadi:

Landskap tropika dan subtropika luas di seluruh pulau ini membolehkan penanaman kepelbagaian kekayaan antara buah-buahan dan hasil tanaman. Ekstrak botani 100% semula jadi diadunkan di dalam Kavalan Gin diinspirasikan oleh jenis tempatan berikut dari Negara Buah-buahan:

  • Kulit kumkuat – kemasaman menyegarkan diimbangi dengan kemanisan
    Yilan terkenal dengan kumkuat pedarnya, yang diterjamah ke dalam Bahasa Mandarin bermaksud "Oren Keemasan". Lebih besar daripada anggur, menggigit kumkuat memberi letusan hebat antara rasa sitrus yang masam dan manis. Rasa masamnya adalah daripada isinya manakala rasa manisnya adalah daripada kulitnya, berbeza dengan buah sitrus yang lain.
  • Jambu merah kering - Aroma berbau kesturi nan manis
    Taiwan ialah salah satu pengeluar jambu terbesar dunia yang merupakan buah yang halus dan manis, dengan kulit berwarna hijau atau kuning. Yilan mempunyai reputasi untuk jenis isi merah yang lembut yang mempunyai isi yang amat manis yang cair di dalam mulut.
  • Buah belimbing kering – Kemanisan buah bagi membangkitkan selera anda
    Buah Belimbing Taiwan adalah lebih besar dan lebih banyak airnya berbanding jenis lain. Dengan unsur nanas dan sitrus, ia dapat dikenal pasti oleh lima "tulang rusuk" yang menghasilkan bentuk bintang apabila dipotong. Buah Belimbing Taiwan ditanam di seluruh negara, dengan jenis yang manis dan masam serta menjadi buah simbolik untuk Taiwan.

2. Dalam Laporan Bar Tahunan 2019 Drinks International, Kavalan menduduki kedudukan trend ke-4 tertinggi (dari segi permintaan oleh pelanggan bar) dan ke-5 paling laris terjual dalam kategori Wiski Dunia

Hubungan Media:

Kellie Du
886-3922-9000 #7165
kellie@kingcar.com.tw  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190102/2336913-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services