omniture

Pendingin Emparan Bearing Magnet YZ YORK(R) kembangkan julat kapasiti

Johnson Controls
2019-01-11 09:16 2431

Pendingin YZ kapasiti lanjutan dipamer di Ekspo AHR 2019

MILWAUKEE, 11 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Johnson Controls telah mengembangkan julat kapasiti Pendingin Emparan Bearing Magnet YZ YORK® memenangi anugerah untuk menyertakan pendingin melebihi 1,000 tan (3,516 kW), kini sehingga 1,350 tan (4747 kW) penyejukan. Pada awal tahun 2018, Pendingin YZ YORK®, pendingin pertama yang dioptimumkan sepenuhnya demi prestasi unggul dengan bahan penyejuk potensi pemanasan global rendah (GWP) generasi seterusnya -- R-1233zd(E), dilancarkan dengan julat kapasiti 165 hingga 1,000 tan (580 hingga 3516 kW).

Johnson Controls will feature its extended capacity YORK(R) YZ Chiller unit at the 2019 AHR Expo.
Johnson Controls will feature its extended capacity YORK(R) YZ Chiller unit at the 2019 AHR Expo.

Selepas merangkul Anugerah Inovasi AHR 2019 dalam Kategori Pendinginan, reruai Johnson Controls akan mempamerkan kapasiti yang dikembangkan bagi unit Pendingin YZ YORK® di Ekspo AHR 2019 (Reruai #B1617), 14-16 Januari di Pusat Kongres Dunia Georgia, Atlanta.

"Pada tahun 2018, pendingin YZ menetapkan penanda aras baharu untuk kecekapan, kelestarian dan penjimatan tenaga," kata Bill Jackson, presiden Produk Global dan ketua strategi korporat untuk Johnson Controls. "Reruai EKSPO AHR kami di Chicago padat setiap hari dengan pelanggan, rakan media dan penganalisis yang berkunjung untuk mendapatkan gambaran tentang teknologi revolusioner yang mengubah industri kami. Pada tahun 2019, kami meningkatkan standard dengan lebih tinggi. Pengembangan kapasiti YZ menunjukkan komitmen berterusan kami untuk menggembirakan pelanggan kami setiap masa dan tidak sekadar berpuas hati dengan pencapaian terdahulu kami."

Kapasiti yang dikembangkan, Pendingin YZ YORK® diperakui AHRI menggunakan pemacu kelajuan boleh ubah yang penting serta teknologi bearing magnet canggih yang menyediakan pemasangan bergerak tunggal yang digantung dalam medan magnet yang tidak memerlukan pelinciran. Teknologi ini memerlukan kurang 80 peratus bahagian bergerak berbanding rangkaian pemacu dilincirkan minyak atau bahan pendingin. Hasilnya merupakan keandalan yang dipertingkat, penyelenggaraan yang berkurangan dan kecekapan yang lebih baik.

"Pendingin YZ merupakan suatu kemajuan rintis dalam bidang kejuruteraan yang dibangunkan melalui berdekad-dekad pengalaman dalam pendingin yang utama dalam industri," kata Laura Wand, naib presiden dan pengurus besar, Peralatan Gunaan Global, Johnson Controls. "Jurutera-jurutera kami mencabar diri mereka untuk mengemas kini konsep pendingin generasi seterusnya dan hasilnya merupakan sistem yang dioptimumkan sepenuhnya demi prestasi unggul. Kami teruja untuk meneruskan kejayaan pendingin ini dan melanjutkan kapasiti rangkaian."

Pendingin YZ YORK® menggunakan reka bentuk tahap tunggal yang dioptimum bagi memberikan kecekapan tenaga dunia sebenar yang utama dalam industri. Kesederhanaan, keandalan tinggi, penyelenggaraan lebih rendah dan peta operasi yang luas pada sistem pendingin kesemuanya hasil daripada bearing magnet tanpa pelinciran termaju yang dapat mengendalikan sebarang keadaan operasi dan kini teknologi tersebut disediakan dengan kapasiti yang jauh lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut tentang pendingin YZ, sila hubungi wakil jualan anda atau layari YORK.com/Next.

Latar Belakang Johnson Controls 

Johnson Controls ialah peneraju teknologi yang pelbagai dan berbilang industri bertaraf global yang menawarkan perkhidmatan kepada jaringan pelanggan yang luas di lebih 150 negara. Seramai 120,000 kakitangan kami mencipta bangunan pintar, penyelesaian cekap tenaga, infrastruktur bersepadu dan sistem pengangkutan generasi akan datang yang berfungsi lancar bagi menunaikan janji untuk bandar dan komuniti pintar. Komitmen kami terhadap kemampanan bermula sejak awal penubuhan kami pada tahun 1885, menerusi ciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Kami komited untuk membantu pelanggan kami meraih dan mencipta nilai yang lebih besar untuk semua pihak berkepentingan kami melalui tumpuan strategik terhadap platform bangunan dan pertumbuhan tenaga kami. Untuk maklumat tambahan, sila layari http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami @johnsoncontrols di Twitter.

Latar Belakang Teknologi & Penyelesaian Bangunan Johnson Controls
Teknologi & Penyelesaian Bangunan Johnson Controls menjadikan dunia lebih selamat, lebih pintar dan lebih mampan -- sebuah bangunan pada satu-satu masa. Portfolio teknologi kami menggabungkan setiap aspek sebuah bangunan -- sama ada sistem keselamatan, pengurusan tenaga, perlindungan kebakaran atau HVACR -- untuk memastikan bahawa kami melangkaui jangkaan pelanggan sepanjang masa. Kami beroperasi di lebih 150 negara melalui jaringan cawangan dan saluran pengedaran kami yang tiada tandingan, membantu pemilik bangunan, pengendali, jurutera dan kontraktor meningkatkan kitar hayat penuh sebarang kemudahan. Kumpulan jenama kami melibatkan antara nama-nama yang paling dipercayai dalam industri seperti Tyco®, YORK®, Metasys®, Ruskin®, Titus®, Frick®, PENN®, Sabroe®, Simplex® dan Grinnell®. Untuk maklumat lanjut, layari www.johnsoncontrols.com atau ikuti @JCI_Buildings di Twitter.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190109/2342426-1

Source: Johnson Controls
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics HVAC Oil/Energy Semiconductors Utilities New products/services Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events