omniture

Menjelajah Seoul dengan Discover Seoul Pass BTS Edition

Seoul Tourism Organization
2019-03-16 00:43 1412
  • Pertubuhan Pelancongan Seoul lancar Discover Seoul Pass BTS Edition terhad
  • Pas 24 jam (KRW 39,900, 1 rekaan)
  • Kemasukan percuma ke 35 tempat tarikan, diskaun untuk 29 tempat tarikan

SEOUL, Korea Selatan, 16 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai duta kehormat Seoul, penyanyi lelaki berkumpulan bertaraf global BTS akan dipaparkan pada Discover Seoul Pass. Pas tersebut dihasilkan oleh Bandar Raya Seoul dan Pertubuhan Pelancongan Seoul. Prapesanan untuk edisi terhad bermula pada 15 Mac ini.

BTS Edition Pass
BTS Edition Pass

Discover Seoul Pass menjadi sesuatu yang perlu dimiliki oleh pelancong dengan menawarkan faedah-faedah eksklusif kepada tempat-tempat tarikan yang paling popular di Seoul. Menerusi pelbagai mercu tanda yang dirangkumkan, anda boleh memilih tempat tarikan kegemaran anda dan merancang perjalanan unik anda.

Discover Seoul Pass BTS Edition termasuk poskad foto yang menampilkan kesemua anggota BTS dan peta pelancong berbahasa Inggeris. Edisi ini boleh juga digunakan untuk kemasukan percuma serta tempat tarikan berdiskaun Discover Seoul Pass. Tmoney tidak disokong.

Discover Seoul Pass BTS Edition ialah edisi terhad. Pas ini boleh dibeli secara dalam talian dan mengambilnya di Korea atau membelinya terus di Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong.

  • Pembelian luar talian boleh dibuat dari 20 Mac pada jam 10:00 daripada Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong, terletak di belakang pejabat utama KEB Hana Bank. Pas ini eksklusif untuk warga asing. Pasport atau kad pendaftaran orang asing perlu ditunjukkan untuk tujuan pembelian.
  • Pembelian luar talian boleh dibuat dari jam 10:00 dan 18:00 mulai 20 Mac hingga 10 April. Tersedia selagi stok masih ada.
  • Pembelian terhad kepada sepuluh pas setiap orang. Pas dijual atas dasar siapa-cepat-dia-dapat dan hanya wang tunai diterima. Semua pelanggan perlu menandatangani terma dan syarat untuk jualan semula, bayaran balik dan dasar pertukaran.
  • Senarai penjual-penjual antarabangsa boleh didapati di laman sesawang Discover Seoul Pass (www.discoverseoulpass.com) dan laman sesawang Visit Seoul (www.visitseoul.net).
  • Pas-pas untuk pesanan dalam talian boleh diambil daripada tempat kutipan yang ditetapkan bermula pada 20 Mac jam 10:00. Tempat kutipan ialah di Lapangan Terbang Incheon T1/T2, Lapangan Terbang Gimpo dan Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong.

Discover Seoul Pass BTS Edition tersedia untuk pesanan secara dalam talian.

Lampiran 1. Discover Seoul Pass BTS Edition - Ringkasan

  • Nama: Discover Seoul Pass BTS Edition
    • Dikendalikan oleh: Pertubuhan Pelancongan Seoul
    • Jenis: pas 24 jam
    • Harga: 39,900 KRW
    • Turut disertakan:
      • Kemasukan percuma ke 35 tempat tarikan utama di Seoul
      • Diskaun untuk 29 tempat tarikan, termasuk persembahan, kedai bebas cukai dan banyak lagi
      • Kira detik untuk 24 jam bermula selepas melawat tempat tarikan kemasukan percuma yang pertama  
      • Setelah menyegerakkan pas dengan aplikasi mudah alih, aplikasi mudah alih dapat menunjukkan baki tempat tarikan dan masa
        *Tmoney tidak disokong. Bayaran balik dibenarkan pada hari yang sama sekiranya tidak digunakan dan tidak dibuka.
  • Pakej:
    • Discover Seoul Pass BTS Edition
    • Poskad foto Discover Seoul Pass BTS eksklusif
    • Peta pelancong berbahasa Inggeris
  • Belian Dalam Talian dan pengumpulan
    Belian luar talian dan pengumpulan bagi pembelian dalam talian bermula pada 20 Mac jam 10:00.  
  • Lokasi kutipan untuk pembelian dalam talian
    • Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Reruai Teksi antarabangsa (berhampiran pagar 5, 24j)
    • Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Reruai Teksi antarabangsa (tingkat satu, berhampiran pagar 3, 07:00-20:00)
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Reruai Teksi antarabangsa (berhampiran pagar 1, 10:00-23:00)
  • Pembelian luar talian
    • Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong
      66, Eulji-ro, Jung-gu, Seoul (Di Belakang Pejabat Utama KEB Hana Bank)
      Jam: 10:00-18:00
Poskad foto BTS Edition
Poskad foto BTS Edition

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190314/2403290-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190314/2403290-1-b

 

 

Source: Seoul Tourism Organization
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Retail Travel New products/services