omniture

XCMG bakal Bawakan Penyelesaian Jentera dan Pembinaan Terkini ke bauma 2019

XCMG
2019-04-02 22:00 628

MUNICH, Jerman, 2 April 2019 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka, akan mempamerkan produk baharu dan penyelesaian jentera pembinaan di bauma 2019, yang bakal diadakan mulai 4 hingga 8 April di Munich, Jerman.

XCMG to Bring Latest Machinery and Construction Solutions to bauma 2019 at booth FS.1105/2 of Messe Munchen.
XCMG to Bring Latest Machinery and Construction Solutions to bauma 2019 at booth FS.1105/2 of Messe Munchen.

XCMG akan membawakan sejumlah 16 produk ke pameran perdagangan ini, termasuk forklift baharu, pemuat, mesin cerucuk, penggelek jalan, jentera perata jalan, kren selain peralatan untuk terowong, perlombongan dan jambatan. XCMG akan berada di reruai FS.1105/2 Messe Munchen.

"XCMG komited untuk mencipta produk-produk 'Canggih dan Mampu Bertahan' yang dapat menampung keperluan berbeza pelanggan kami. Kami mempunyai portfolio produk yang lengkap, rangkaian pembuatan pintar dan teknologi inovatif yang utama dalam industri bagi menyokong projek pembinaan dalam cuaca dan keadaan geografi yang melampau," kata Jiansen Liu, Naib Presiden XCMG.

Keadaan melampau, peralatan kukuh dan penyelesaian sehenti 

Tumpuan utama pameran XCMG di bauma 2019 ialah pemuat roda siri V dan siri XC9.

Pemuat roda siri V adalah canggih, berkecekapan tinggi dan menjimatkan tenaga. Produk-produk ini meliputi lingkungan 1.8 hingga 12 tan, disepadukan dengan teknologi inovatif dan peranti mekanikal, serta dapat beroperasi dalam keadaan yang lebih sukar.

LW1200KN ialah pemuat paling berat yang pernah dibuat di China, yang menyediakan perkhidmatan penuh dalam semua keadaan kerja dan berupaya memuatkan trak dengan amat cekap.

Pemuat siri XC9 generasi baharu dilancarkan lantaran trend "pintar, berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi". Menjimatkan tenaga dan mesra alam, lima pemuat siri XC9 yang dilancarkan setakat ini memenuhi keperluan V Eropah dan T4F Amerika Utara luar jalan raya antarabangsa.

Bagi meningkatkan kebolehsuaian peralatan dalam persekitaran melampau, XCMG membangunkan beberapa teknologi inovatif bagi memastikan produk-produk mereka dapat memberikan prestasi yang memuaskan sepanjang masa.

Pemuat ini boleh beroperasi dalam kilang-kilang keluli yang amat panas dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam keadaan yang amat sejuk, di samping memberikan prestasi lancar dalam persekitaran yang lembap mahupun banyak debu.

Mesin Tolak Tanah XCMG akan mengetengahkan pemuat jengkaut, pemuat gelongsor, pengendali teleskopik dan forklift elektrik di bauma 2019, yang mana forklift baharu merupakan produk yang baru dilancarkan: forklift imbang balas elektrik siri-XC5 dan forklift gudang siri-XC4. Produk-produk daripada kedua-dua kategori dapat memberikan prestasi lebih tinggi di samping menawarkan operasi yang selamat dan selesa.

Selain produk-produk yang pintar, canggih dan mampu bertahan, XCMG akan turut mempamerkan penyelesaian pembinaan yang lengkap di bauma 2019:

  • Penyelesaian pembinaan terowong merangkumi penggerudian, deslagging, pengarkaan dan penembakan konkrit (shotcreting)
  • Penyelesaian perlombongan bawah tanah termasuk peralatan untuk pengorekan, perlombongan, pemuatan, pengangkutan dan proses lain
  • Penyelesaian pembinaan jambatan yang menyediakan peralatan untuk membawa, mengangkut dan memasang palang seberat antara 100 hingga 900 tan

XCMG Foundation akan mempamerkan rig gerudi dan mesin cerucuk di bauma 2019, termasuk XR240E, rig gerudi putar yang tahan lama, lebih stabil dan cekap dengan sistem kawalan pintar.

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418672-1

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation Trade show news