omniture

Takrifkan intipati masa depan, Pertandingan Reka Bentuk Tema Telefon Pintar Global DIGIX HUAWEI Dilancar Secara Rasmi

Huawei
2019-04-16 23:36 667

SHENZHEN, China, 16 April 2019 /PRNewswire/ -- Pertandingan Reka Bentuk Tema Telefon Pintar Global DIGIX HUAWEI dilancarkan secara rasmi pada 11 April, mengundang pereka-pereka hebat dan peminat-peminat seni dari seluruh dunia untuk menghantar reka bentuk antara muka tematik mereka, termasuk ilustrasi, animasi dan grafik 3D. Menerusi tema 'Hello, New Art', pertandingan ini bertujuan untuk menghasilkan gabungan antara seni dan teknologi, berkongsi reka bentuk terkini dan trend estetik bersama pengguna global.


Hakim-hakim Berwibawa global memudahcarakan untuk mewujudkan arena reka bentuk profesional antarabangsa

Panel hakim yang hebat telahpun dilantik termasuk Xiaokang Liu (Pengasas KL&K Creative Strategics), Jun Fei (Profesor Sekolah Reka Bentuk, Central Academy of Fine Arts), Bai Cha (Salah Seorang Kartunis Paling Popular China), María José Pérez-Luque (Ketua program Multimedia dan Reka Bentuk Grafik, ESNE, Madrid), Alejandro Magallenes (Anggota Alliance Graphique Internationale), Jun Liang (Ketua Pengarah Reka Bentuk Pengalaman Pengguna Huawei UCD), Alexandre Plicque Gurlitt (Pereka Visual Kanan, Paris Aesthetic Research Center) dan pakar-pakar reka bentuk terkemuka yang lain agar dapat mewujudkan arena reka bentuk yang paling berpengaruh dalam industri telefon mudah alih.


Pereka-pereka jemputan istimewa bakal cipta hasil kerja konsepsi, menafsirkan intipati seni baharu

Sebagai persediaan untuk pertandingan ini, panel berpengaruh yang terdiri daripada pakar-pakar reka bentuk diundang untuk menghasilkan himpunan karya agung yang bergaya dan imaginatif, bagi menunjukkan kepada audiens definisi seni baharu. Senarai panel adalah seperti berikut:

Ye Luying, pengilustrasi yang tersenarai dalam Senarai Forbes Under 30 Asia
Wu Sijun, artis muda
LOST7, pengilustrasi popular
Paulo Villagrán, Salah Seorang Pengilustrasi Paling Terkenal Mexico
Wang Yunfei, pengilustrasi popular
FIREYE, pengilustrasi popular


Bebas menunjukkan kekuatan anda dalam empat kategori utama

Pertandingan Reka Bentuk Tema Global tahun ini dibahagikan kepada empat kategori berasingan termasuk ilustrasi, animasi, grafik 2D dan grafik 3D. Para pereka boleh memilih untuk menghantar hasil kerja ke dalam mana-mana kategori untuk bersaing bagi memenangi hadiah dan mendemonstrasikan keunikan mereka dalam bidang seni tertentu.

Menerusi pertandingan reka bentuk bertaraf dunia ini, pereka-pereka dari seluruh dunia akan bersaing di pentas yang sama dan menafsirkan seni baharu dengan daya kreativiti yang luar biasa. Reka bentuk seni akan digiatkan semula oleh pereka-pereka berbakat berkenaan dalam usaha menerokai estetik futuristik.

Ganjaran besar untuk bakat reka bentuk anda

Lapan anugerah utama disediakan untuk 134 pemenang, dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih $330,000 dolar AS dan termasuk Hadiah Utama Pemenang Global, Anugerah Bintang Masa Depan, Anugerah Paling Popular dan sebagainya. Selain ganjaran tunai, sebagai sebahagian daripada program sokongan pereka, Dana Kreatif istimewa diwujudkan bagi memberi insentif kepada hasil ciptaan karya seni dan menjamin artis-artis dengan pendapatan yang sepadan. Dalam masa yang sama, pertandingan ini akan dilancarkan di lebih 170 negara dan wilayah. Semua penyertaan akan berpeluang menerima pendedahan daripada berbilion-bilion melalui saluran dalam talian dan luar talian seluruh dunia, lalu membawakan pengalaman luar biasa kepada ratusan juta pengguna telefon pintar Huawei.


Tema-tema mudah dihasilkan dengan menggunakan Huawei Themes Development Tool 9.0

Sejajar dengan pertandingan ini, Huawei melancarkan secara rasminya Theme Development Tool 9.0. Alatan pembangunan tema yang baru dinaik taraf itu menyokong penyuntingan visualisasi tema, prebiu dalam talian berbilang kesan dan pempakejan satu klik bahan-bahan, seraya membolehkan para pereka menghapuskan pembangunan skrip skrin kunci yang rumit dan sebagainya, mewujudkan persekitaran mesra pereka dan memberi lebih banyak masa untuk kerja-kerja penciptaan.


Maklumat acara yang tidak boleh dilepaskan: Penyertaan anda akan memberi kesan kepada masa depan estetik reka bentuk tema telefon pintar  

Tema ini merupakan salah satu ukuran artistik utama telefon pintar dan pereka tema merupakan pakar dalam menjayakan gabungan antara seni dan teknologi. Selain itu, ratusan juta pengguna akan dipengaruhi oleh setiap perincian pada reka bentuk tema tersebut.

Kami percaya bahawa sebilangan besar pereka dari seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan begitu bersemangat! Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi: https://themes.cloud.huawei.com/contest/index.html atau buka aplikasi Huawei Themes untuk masuk ke halaman pendaftaran pertandingan dan mendaftar untuk mengambil bahagian!

Latar Belakang Huawei Consumer Business Group

Produk dan perkhidmatan Huawei boleh didapati di lebih 170 negara dan digunakan oleh satu pertiga daripada penduduk dunia. Sebanyak empat belas pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) ditubuhkan di Amerika Utara, Eropah, Jepun, India, China dan sebagainya. Huawei Consumer BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan merangkumi telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet, peranti boleh pakai, peranti jalur lebar mudah alih, peranti keluarga dan perkhidmatan awan peranti, merupakan pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia. Kelebihan rangkaian global, kapasiti operasi global dan perkongsian global Huawei dibina menerusi 20 tahun kepakaran dalam industri telekomunikasi. Huawei Consumer BG dikhususkan untuk menyediakan teknologi terkini kepada pengguna di seluruh dunia dan berkongsi kegembiraan kemajuan teknologi bersama lebih ramai orang di seluruh dunia. Tunaikan janji dan jadikan impian suatu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://consumer.huawei.com/en 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190415/2435874-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190415/2435874-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190415/2435874-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190415/2435874-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190415/2435874-1-e

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications