omniture

Penampilan sulung Hangzhou City Brain di Hong Kong gamit perhatian seluruh dunia

Pembangun-pembangun bandar pintar dari serata dunia beratur untuk bekerjasama dengan Hangzhou
Hangzhou Municipal Development and Reform Commission
2019-04-20 02:41 512

HONG KONG, 20 April 2019 /PRNewswire/ -- Delegasi daripada kerajaan Hangzhou telah diundang untuk memperkenalkan Hangzhou City Brain di Ekspo ICT Antarabangsa yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong mulai 13 April hingga 16 April. Ini merupakan kali pertama Hangzhou City Brain dipamerkan di luar tanah besar China dan diberi peluang untuk menyampaikan pesanan promosinya ke serata dunia. Selain City Brain, lebih 20 syarikat berpangkalan di Hangzhou yang terlibat dalam ekonomi digital mengambil bahagian dalam acara ini seperti ANT FINANCIAL SERVICES, Hikvision Digital Technology, New H3C Technologies, Dahua Technology, Wasu Media…

HKSAR Chief Executive Carrie Lam Cheng Yuet-ngor (fifth from left), the CPC Hangzhou Standing Committee member Chen Xinhua (fourth from right) and Alibaba Cloud founder and Hangzhou Yunqi Science and Technology Innovation Foundation sponsor Dr. Wang Jian (fourth from left)
HKSAR Chief Executive Carrie Lam Cheng Yuet-ngor (fifth from left), the CPC Hangzhou Standing Committee member Chen Xinhua (fourth from right) and Alibaba Cloud founder and Hangzhou Yunqi Science and Technology Innovation Foundation sponsor Dr. Wang Jian (fourth from left)

Pada 15 April, delegasi Hong Kong, yang diketuai oleh Ketua Eksekutif HKSAR Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, setiausaha Inovasi dan Teknologi Hong Kong Nicholas W Yang dan pengarah eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong Margaret Fong, mengunjungi astaka Hangzhou. Semasa seminar Hangzhou City Brain yang berlangsung pada sebelah petang hari yang sama, Pengasas Alibaba Cloud, Pengasas Yunqi Science and Technology Innovation Foundation, Wang Jian berkongsi pandangan beliau tentang konsep dan aplikasi berpotensi Hangzhou City Brain.

Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Perbandaran Hangzhou mengambil peranan mengetuai pengendalian beberapa mesyuarat penghargaan dengan para delegasi daripada Kerajaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Malaysia, Republik Indonesia, Republik Singapura dan lain-lain bagi menghubungkan syarikat-syarikat digital berpangkalan di Hangzhou dengan ahli-ahli profesional yang terlibat dalam pembinaan bandar-bandar pintar. Dr. Wang Jian melihat City Brain sebagai suatu hadiah daripada Hangzhou kepada dunia. Kunjungan ke Hong Kong mengukuhkan peranan Hangzhou City Brain sebagai perintis dalam perkongsian antara pihak kerajaan dan syarikat-syarikat dalam bidang ekonomi digital dan sebagai satu pendekatan untuk meluaskan kluster perindustrian kepada dunia.

Hangzhou merancang untuk terus meluaskan ekonomi digital bandar tersebut secara global sekaligus menyumbang kepada inisiatif Jalur dan Jalan kerajaan Cina dengan mengukuhkan lagi hubungan dengan Hong Kong dan memanfaatkan kelebihan Hong Kong sebagai platform pilihan untuk mempromosikan inovasi-inovasi bandar tanah besar Cina. Di samping itu, Hangzhou mengundang syarikat-syarikat antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam transformasi Hangzhou menjadi sebuah bandar utama ekonomi digital di China, selain turut serta dalam persiapan untuk Sukan Asia Hangzhou 2022.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190416/2437376-1

 

Source: Hangzhou Municipal Development and Reform Commission
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Trade show news