omniture

SUV Haval F7 Pengubah Industri untuk Industri Auto Rusia dan Jaguh Baharu Pengangkutan Bandar

Haval
2019-06-14 21:39 460

TULA, Rusia, 14 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Haval SUV ("Haval"), jenama SUV yang terkemuka di China, mengumumkan penampilan sulung Haval F7 ke pasaran Rusia pada Jun ini, menjadikannya sebagai pembuat auto pertama China melancarkan kenderaan yang dikeluarkan dan diedarkan sepenuhnya di luar negara.

Dengan pengeluaran dan pemasangan penuh disiapkan di kilang baharu Haval di Tula, Rusia, pembuat auto ini memperkenalkan model 1.5T dan 2.0T semasa upacara pelancaran. Telahpun menerima pujian meluas dalam kalangan pengguna-pengguna Cina, Haval F7 menggabungkan teknologi automotif yang inovatif dengan ciri-ciri keselamatan komprehensif, reka bentuk futuristik licin berkilat dan ruang serta keselesaan yang unggul, sebagai langkah yang bakal menakrifkan semula reka bentuk dan pengeluaran SUV dalam industri automotif China.

Haval Lancar SUV Haval F7 Serbaguna di Rusia.
Haval Lancar SUV Haval F7 Serbaguna di Rusia.

 

Reka Bentuk Dalaman yang Luas dan Selesa Haval F7 dengan Teknologi Aeroangkasa.
Reka Bentuk Dalaman yang Luas dan Selesa Haval F7 dengan Teknologi Aeroangkasa.

"Haval F7 ialah SUV yang sofistikated, inovatif, licin berkilat dan pintar yang akan berperanan sebagai pelopor baharu untuk pengangkutan bandar di seluruh negara," kata En. Jerome Saigot, Ketua Pegawai Operasi Haval Motor Rus LLC. "Dalam F7, kami menyepadukan inovasi teknologi teras daripada pasaran hari ini termasuk monitor pemandangan 360-darjah untuk keselamatan dipertingkat, kawalan jelajah adaptif dan skrin multimedia 9-inci dengan apple carplay, android auto dan lampu depan LED penuh."

Haval F7 ialah SUV serbaguna yang memberikan pengalaman pemanduan bertaraf dunia dengan:

  • Prestasi hebat dan cekap didorong oleh enjin 1.5 atau 2.0 GDIT, anjakan cepat 0.2s, tujuh nisbah gear, 95 peratus kecekapan transmisi, penggunaan bahan api rendah dan pemecutan sehingga 100km dalam 8.8 saat.
  • Badan kenderaan luas yang terbaik dalam kelasnya yang berukuran 4620mm panjang, 1846mm lebar dan 1690mm tinggi serta 2725mm jarak roda selain 77mm ruang atas dan 830mm ruang kaki di dalam kabin
  • Keselesaan yang unggul, mempunyai enam tempat duduk depan boleh laras, tiga tempat duduk belakang boleh laras dan kabin senyap untuk pengalaman pemanduan lancar dengan kelajuan turbin ultra rendah iaitu 1200-1400rpm
  • Reka bentuk pintar diinspirasiken oleh teknologi aeroangkasa yang mempunyai garisan tajam, kontur yang licin berkilat, lampu depan matriks LED berbentuk bintang dan roda 19-inci yang besar
  • Sistem 4WD pintar semua rupa bumi dengan enam mod pemanduan iaitu standard, sukan, lumpur, pasir, salji dan ekonomi, memanfaatkan teknologi yang biasanya dikhaskan untuk model-model 4WD mewah
  • Ciri-ciri keselamatan komprehensif dibina mengikut piawaian lima bintang dengan enam beg udara, nisbah keluli 65 peratus yang terbaik dalam kelasnya dan teknologi pintar termasuk brek kecemasan automatik bersepadu dan pengecaman isyarat jalan raya TSR

Haval menyetempatkan Haval F7 untuk pasaran Rusia dengan mengoptimumkan reka bentuk dan prestasi SUV untuk menyediakan kombinasi terbaik antara harga, kualiti dan kuasa di samping turut mengambil kira keutamaan pengguna Rusia dan pasaran kereta tempatan.

Harga Haval F7 bermula pada RUB 1.449 juta. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.haval-global.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190612/2494242-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190612/2494242-1-b

Source: Haval
Keywords: Auto Transportation New products/services