omniture

Pfizer Mengiktiraf Tapak Penyelidikan Klinikal Afrika Selatan Synexus sebagai Tapak INSPIRE - Yang Pertama di Afrika

Synexus
2013-06-14 05:57 181

MANCHESTER, England, 14 Jun 2013 /PRNewswire/ --

Tiga daripada pusat penyelidikan klinikal khusus Synexus di Afrika Selatan, iaitu Stanza, Watermeyer dan Nyeleti telah diiktiraf oleh Pfizer sebagai memenuhi standard tuntutan berat yang diperlukan oleh syarikat itu bagi membolehkan penyertaan ke dalam rangkaian sedunia tapak INSPIRE yang mesti sangat produktif dan berkesan.

INSPIRE, yang merupakan singkatan Investigator Networks (Rangkaian Penyiasat), Site Partnerships (Hubungan Kongsi Tapak) dan Infrastructure for Research Excellence (Prasarana untuk Kecemerlangan Penyelidikan), bermakna bahawa tapak-tapak ini mempunyai akses awal untuk data portfolio Pfizer dan maklumat lanjutan berkenaan percubaan klinikal yang akan ditaja oleh Pfizer. Mereka juga terlibat dalam penerbitan jurnal saintifik, rekaan protokol, lembaga penasihat dan perkongsian amalan terbaik di seluruh rangkaian INSPIRE.

Synexus merupakan syarikat multinasional terbesar di dunia yang tertumpu kepada perekrutan dan pengendalian percubaan klinikal yang sudah mempunyai satu tapak INSPIRE di Wroclaw, Poland.

Tebogo Sebata, Ketua Pembangunan Tapak Penyiasat dan Sokongan Pfizer Global memberi komen, "Kami sangat gembira kerana kami boleh mengiktiraf tapak-tapak ini dan menambah mereka ke dalam rangkaian INSPIRE kami. Kami menjalankan program INSPIRE ini agar kami boleh bekerja dengan tapak-tapak terbaik di seluruh dunia. Pusat-pusat yang mempunyai kepakaran sebenar dalam sains percubaan klinikal, sokongan prasarana yang diperlukan, strategi perekrutan yang terbukti dan pengetahuan mendalam boleh membantu kami memaksimumkan program pembangunan kami untuk maju."

Dr. Sanet Aspinall, Pengarah Urusan Synexus Afrika Selatan, memberi komen, 'Kami sangat gembira kerana dijemput untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian INSPIRE. Kami telah menjalani program penilaian menjerihkan yang telah mengamati pengalaman lampau kami, kepakaran meliputi bidang terapeutik, prasarana, sumber dan strategi perekrutan berkesan. Ini bukan sahaja bagus untuk syarikat kami tetapi juga untuk Afrika Selatan bagi menunjukkan bahawa ia adalah tempat yang sangat sesuai bagi menjalankan percubaan klinikal."

Dr Glynis Neagle, Ketua Pegawai Perubatan untuk Synexus menyimpulkan, "Kami sangat fokus untuk memberikan pesakit dan data berkualiti kepada klien kami. Demi tujuan ini, kami sedang melatih para doktor dan kakitangan klinikal kami dalam sains perubatan untuk bidang terapi yang menjadi tumpuan kami; kardiovaskular, metabolik (kencing manis dan obesiti), tulang, respiratori, penyakit berjangkit dan CNS (dementia dan kesakitan). Para penyiasat kami adalah pakar dalam percubaan klinikal dan mereka mengaplikasikan pengetahuan ini ke dalam setiap percubaan lalu memberi tambahan nilai kepada klien."

Hubungi:
Simon Vane Percy
simon@vanepercy.com
+ 44-(0)1737-821-890

Sumber: Synexus

 

Source: Synexus
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals