omniture

Liqui-Box Memperkenalkan Sistem Pengisian Liqui-Box 900

Liqui-Box
2014-04-21 08:00 77

WORTHINGTON, Ohio, 21 April 2014 /PRNewswire/ -- Liqui-Box menyediakan pembungkusan cecair dan sistem pengisian dengan jumlah kos pemilikan yang dipadankan mengikut keperluan pelanggan mereka di seluruh dunia. Tambahan terkini kepada rangkaian pengisi Liqui-Box ialah Liqui-Box 900 separa automatik tahap permulaan untuk pasaran minuman dan jus Asia.

Liqui-Box dengan bangganya mengumumkan pengenalan Liqui-Box 900, pengisi separa automatik yang mudah dikendalikan serta andal, jitu, mudah diselenggarakan, ergonomik, selamat dan juga cekap. Liqui-Box 900 menyediakan proses pengisian yang pantas dan jitu, kawalan yang mudah digunakan serta pengisian 5 gelen yang ergonomik untuk sehingga 4 beg setiap minit, lalu menjadikannya pengisi yang sesuai untuk pengisian minuman dan jus dengan isi padu rendah seperti pengendalian oleh syarikat permulaan. Selain itu, Liqui-Box 900 mempunyai antara muka pengguna skrin sentuh yang moden bagi memastikan kemudahan pengendalian serta sistem vakum dan penyingkiran nitrogen standard yang melindungi produk pelanggan yang berharga. Liqui-Box 900 menyediakan semua ciri ini melalui pelaburan yang cekap kos dan turut mengekalkan jumlah kos pemilikan yang rendah bagi sistem pengisian sepanjang tempoh penggunaan daripada peringkat pembelian.

Latar belakang Liqui-Box

Liqui-Box ialah penginovasi yang menerajui daripada segi penyelesaian pembungkusan mampan bagi penyediaan produk cecair serta produk separa cecair yang pantas, segar dan juga cekap kos. Liqui-Box menghasilkan saku dan pembungkusan fleksibel beg dalam kotak untuk kegunaan pelbagai industri, termasuk pasaran tenusu, minuman serta makanan pukal peringkat global. Aplikasi termasuklah sirap minuman berkarbonat, campuran susu kocak, minuman kopi, makanan cecair boleh pam seperti pati dan sos, serta produk bukan makanan seperti minyak dan juga cat. Liqui-Box menawarkan peralatan pengisian yang paling pantas dalam industri, bersama pembungkusan guna habis, termasuk substrat filem, beg dengan perlengkapan, serta saku. Liqui-Box ialah syarikat portfolio The Sterling Group, firma ekuiti swasta pasaran pertengahan yang berpusat di Houston dengan pengalaman selama lebih 30 tahun menambah baik dan turut membangunkan perniagaan pembungkusan serta perniagaan perindustrian lain.

Hubungi:

Eric Hutchison
Pengurus Aplikasi dan Sokongan
+1 (614) 543-1269

Source: Liqui-Box
Keywords: Beverages Food/Beverages Paper/Forest Products/Containers Corporate Expansion New products/services