omniture

Arcturus UAV Memperkenalkan JUMP™ VTOL UAV Sayap Tetap

Arcturus UAV
2014-04-23 14:27 95

ROHNERT PARK, California, 23 April 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Arcturus UAV memperkenalkan JUMP™ iaitu sistem berlepas dan mendarat secara menegak yang baharu untuk UAV sayap tetap T-20 dan T-16.

Video - http://youtu.be/omkay1cJmXI

"Ini merupakan saat penting dalam sejarah kenderaan udara kecil tanpa pemandu. Kepentingan JUMP™ kepada UAV adalah sama seperti kepentingan skrin sentuh kepada telefon pintar," menurut D'Milo Hallerberg, presiden Arcturus UAV.

Bum yang disertakan dengan rotor serta motor daya angkat menegak diletakkan pada setiap sayap bagi membolehkannya diangkat ketika berlepas dan juga mendarat. Motor daya angkat menegak akan dipadamkan untuk penerbangan bersayap manakala bebaling pula diletakkan secara memanjang agar memberikan daya seret minima. Peralihan yang lancar kepada penerbangan bersayap dapat dicapai menerusi sistem autopilot Piccolo yang menggunakan teknologi Hybrid-Quadrotor Kejuruteraan Latitud. Kesemua kawalan penerbangan adalah berautonomi penuh. Arcturus JUMP™ mempunyai kesemua sifat serba guna empat rotor sambil turut mengekalkan ketahanan dan jarak capaian hebat yang dimiliki sayap tetap. Kenderaan udara Arcturus yang disertakan JUMP™ tidak memerlukan kelengkapan pelepasan istimewa serta tidak memerlukan laluan untuk pelepasan atau pendaratan. JUMP™ amat mudah dibawa dan turut dikendalikan oleh dua orang juruteknik sahaja. Ketika berada di lokasi, JUMP™ dapat disediakan untuk diterbangkan dalam tempoh kurang 15 minit. Syarikat ini mula menerima tempahan bagi mendapatkan JUMP™.

"JUMP™ menjadikan teknologi UAV yang menarik ini menjadi lebih bermanfaat," kata Hallerberg.

Bertempat di California Utara, Arcturus UAV merupakan peneraju pasaran UAV Taktikal Kecil. Syarikat tersebut mereka bentuk dan turut membina sistem udara tanpa pemandu yang canggih untuk perlindungan sempadan, pemetaan aerial, usaha mencari dan menyelamat serta pertahanan.

Bagi Maklumat Lanjut Hubungi:
Steve Smith +1-707-206-9372
Telefon Bimbit: +1-707-293-0291
Pengarah Kejuruteraan Aplikasi
E-mel: SteveS@arcturus-uav.com
Laman Web
: arcturus-uav.com

Source: Arcturus UAV
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation High Tech Security Homeland Security Broadcast feed announcements New products/services Public Safety