omniture

Sebahagian besar umat Islam Mengamalkan Tradisi Ramadan Lebih-lebih Lagi Ketika

Menetap di Luar Negara Berbanding Ketika Berada di Negara Sendiri, Demikian Menurut Kajian Western Union
Western Union
2012-08-07 13:34 954

JAKARTA, Indonesia, 7 Aug., 2012 /PRNewswire-Asia/ -- Motivasi keluarga dan rakan-rakan meningkatkan lagi tahap berpuasa, bersolat, berkongsi dan memberi sedekah pada Bulan yang Mulia ini Sebahagian besar umat Islam yang menetap dan bekerja di luar negara mengamalkan tradisi budaya dan keagamaan  semasa Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini dengan lebih tekun berbanding ketika mereka berada di tanahair sendiri, demikian menurut satu kajian tajaan Western Union yang baharu dikeluarkan.

Secara khusus, umat Islam yang tinggal dan bekerja di luar negara berkata bahawa tindakan mereka pada bulan Ramadan telah berubah selepas tiba di negara baru mereka, dengan separuh daripada responden (50%) mengatakan bahawa mereka lebih kerap berpuasa dan dua dalam lima (41%) berkongsi dan memberi lebih banyak sedekah.

Kajian Western Union itu yang bertajuk "Tradisi Ramadan oleh umat Islam di seluruh dunia", telah dijalankan pada bulan Julai oleh The Nielsen Company dan meliputi  umat Islam daripada 11 kerakyatan yang menetap  di 12 buah negara di Asia Pasifik termasuk Malaysia, Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah Barat.

Secara keseluruhannya, berpuasa (96%), berkongsi dan memberi sedekah (94%) adalah merupakan amalan yang paling banyak dilakukan pada bulan Ramadan. Dua daripada 5 orang yang ditemui  berkata bahawa kasih sayang keluarga dan rakan-rakan, bersama-sama dengan dedikasi untuk bekerja merupakan faktor pendorong utama yang memotivasikan mereka untuk lebih kerap berpuasa, bersolat, berkongsi dan memberi sedekah.

"Tinggal di negara asing seringkali  membawa pengaruh budaya yang berbeza bersama-sama dengan tekanan kerja dan peribadi yang baharu. Umat Islam di seluruh dunia mendukung tradisi Islam dan lebih taat dan tekun semasa berada di Bulan Ramadan," kata Drina Yue, Pengarah Urusan dan Naib Presiden Kanan, Western Union, Asia Pasifik.

"Western Union telah menggerakkan wang untuk tempoh lebih daripada 135 tahun. Kami sedar bahawa orang berhijrah dari negara asal mereka disebabkan oleh banyak faktor, tetapi faktor sama ialah untuk  mewujudkan kehidupan yang lebih baik bagi keluarga mereka dan orang yang disayangi melalui peluang-peluang kerja," kata beliau.

"Adalah agak sukar untuk mereka yang menganuti mana-mana agama atau kewarganegaraan untuk berada jauh dari tanahair sendiri semasa menyambut upacara tradisional dan percutian kebudayaan dan keagamaan. Adalah tidak menghairankan untuk melihat pengaruh keluarga, orang yang tersayang dan rakan-rakan, bersama-sama dengan komitmen untuk bekerja, lebih memainkan peranan apabila mereka menetap di negara asing. "

Sorotan penting dalam kajian itu

  • Tradisi yang berbeza diamalkan semasa Bulan Ramadan. Walaupun jauh daripada keluarga dan orang yang disayangi, 96 peratus daripada mereka mengamalkan ibadah puasa, 89 peratus bersolat, 78 peratus  terlibat dalam berbuka puasa, atau makan malam untuk berbuka puasa, dan 75 peratus membaca al-Quran.
  • Sebahagian besar umat Islam (94%) berkongsi pada bulan Ramadan, dengan memberi wang, yang dikenali sebagai Zakat (89%) manakala baki 5% berkongsi dengan memberi sedekah berupa makanan dan  pakaian.
  • Berbuka puasa lebih digemari bersama orang lain dan bukannya secara bersendirian, bersama  keluarga (75%) merupakan teman paling disukai, diikuti oleh rakan taulan (65%).
  • Akses kepada kemudahan bagi tujuan keagamaan (62%) dan pengaruh keluarga, orang tersayang dan rakan-rakan (52%) adalah pengaruh yang paling penting ketika menjalani ibadah berpuasa pada bulan Ramadan.
  • Majoriti (94%) lebih suka mengamalkan tradisi berkongsi dan memberi sedekah pada bulan Ramadan.
  • Kewajipan berzakat paling kerap ditunaikan menerusi perkongsian dengan orang yang dikenali oleh pemberi, baik di dalam mahupun di luar negara (65%). Orang Islam berbangsa Arab lebih cenderung untuk berkongsi dengan orang yang mereka kenali di dalam negara (42%) berbanding di luar negara (29%), manakala sebaliknya berlaku untuk umat Islam yang bukan berketurunan Arab (49% tempatan; 56% di luar negara).
  • Umat Islam dari Asia Barat  dan Amerika Syarikat adalah lebih cenderung untuk memenuhi tuntutan zakat dengan menderma kepada badan-badan kebajikan (masing-masing 53% dan 54%).
  • Secara keseluruhan, hadiah yang paling lazim semasa bulan Ramadan ialah wang tunai (92%), diikuti dengan pakaian  (40%),  makanan  (36%) dan produk lain (21%). Di  luar kawasan Asia Barat, pakaian adalah lebih popular  (53%).

"Wang tunai adalah sangat mudah untuk diberikan, sama ada kepada penduduk tempatan atau apabila membantu orang di luar negara, dan ia menjelaskan kepopularannya," kata Cik Yue. "Bagaimanapun, penemuan penting dalam kajian itu ialah bahawa majoriti umat Islam terus membantu untuk memenuhi keperluan sebenar, sama ada di komuniti tanahair mereka mahupun di negara tempat mereka merantau, dengan memenuhi tanggungjawab zakat  mereka."

Hasil kajian itu didasarkan kepada satu kajian yang mencakupi  hampir 550 orang Islam yang berasal dari Asia Barat dan negara-negara di  Afrika Utara iaitu Mesir, Jordan, Lubnan, Maghribi dan Tunisia dan negara-negara di Asia Selatan iaitu Bangladesh, India, Indonesia, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.

Mereka menetap di Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu di Asia Barat;  Malaysia dan Singapura di Asia;  United Kingdom, Jerman dan Perancis di Eropah; dan Amerika Syarikat.

Maklumat mengenai Western Union

Syarikat Western Union (NYSE: WU) adalah merupakan sebuah pemimpin dalam perkhidmatan pembayaran global. Bersama-sama dengan perkhidmatan pembayaran berjenama Vigo, Orlandi Valuta, Pago Facil dan Western Union Business Solutions, Western Union menyediakan kepada pengguna dan perniagaan dengan cara yang cepat, boleh dipercayai dan mudah untuk menghantar dan menerima wang dari seluruh dunia, untuk menghantar pembayaran dan bagi membeli kiriman wang.

Setakat  30 Jun, 2012, perkhidmatan berjenama Western Union, Vigo dan Orlandi Valuta ditawarkan melalui satu rangkaian gabungan kira-kira 510,000  lokasi ejen di  200  buah negara dan wilayah. Pada tahun 2011,  Syarikat Western Union menyelesaikan 226 juta  urus niaga pengguna-ke-pengguna di seluruh dunia, dengan menggerakkan  AS$ 81 bilion  amaun prinsipal antara pengguna, dan 425 juta pembayaran perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari  laman sesawang www.westernunion.com.

Hubungan Media:
Western Union
Pia De Lima
+852 9261 8155
pia.delima@westernunion.com

SUMBER:  Western Union

 

Source: Western Union
Related Stocks:
NYSE:WU
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research