omniture

RS Components dan SMC Perluas Usaha Sama Untuk Menawarkan Lebih Daripada 4,600 Produk Pneumatik Untuk Industri Automasi di Asia Pasifik

SMC akan peroleh manfaat menerusi keupayaan e-Dagang RS Components yang kukuh, yang pernah memenangi anugerah
RS Components
2012-08-08 10:00 864

SINGAPURA, 8 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia/ -- RS Components ( http://bit.ly/e5JV6l ), jenama dagangan bagi Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah memperluas usaha samanya dengan SMC, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pneumatik, di rantau Asia Pasifik untuk meliputi Asia Tenggara. Berikutan  itu, RS Components kini menawarkan 4,600 produk pneumatik  SMC di seluruh rantau itu dengan SMC memperoleh manfaat daripda rangkaian pengedarannnya yang luas dan platform e-Dagang yang pernah memenangi anugerah. RS Components merupakan satu-satunya pengedar bagi produk pneumatik SMS secara dalam talian di rantau ini.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/08/07/20120807132619113394.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Contoh jelas usaha sama kukuh RS Components dengan para pembekal strategik utama, usaha sama itu akan menambah barisan luas produk automasi dan kawalan yang tersedia untuk para pelanggannya di rantau berkenaan. Barisan produk SMC termasuklah penggerak berputar, kemasan dan tiub, injab kawalan, pengawal tekanan, silinder udara, silinder tanpa batang, peralatan kawalan aliran, "blow guns", penyengap dan perkakasan penghapusan elektrik statik untuk  pneumatik terbaik. Produk ini dibangunkan khusus untuk pelbagai segmen industri dalam industri automasi.

Bagi SMC, platform e-Dagang yang kukuh yang ditawarkan oleh RS Components, memperluas keupayaannya untuk sampai kepada para pelanggan tempatan pada masa ia diperlukan, yang sangat penting untuk penembusan pasaran serta meluaskan penguasaan pasaran. Menerusi laman web e-Dagang RS Components, para pelanggan akan dapat mengakses produk SMC dengan memperoleh harga sasaran dan anjal serta-merta, menyaksikan model produk 3D dan menikmati kemudahan membeli sepanjang 24 jam. RS Components juga meneruskan strategi pelbagai salurannya dengan menyokong para pelanggan yang mahukan kaedah pembelian tradisional seperti telefon atau faksimile.

Sejumlah 4,600 produk pneumatik SMC kini tersedia menerusi laman web Dalam Talian RS di seluruh rantau ini. RS Components merancang meningkatkan penawaran keseluruhan barisan produk pneumatik SMC kepada pelanggan secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Usaha sama ini juga akan memastikan para pelanggan menikmati perkhidmatan bernilai tambah seprti latihan, sokongan teknikal serta jaminan kualiti apabila membuat pembelian dengan RS Components.

Pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara kedua-dua syarikat untuk memasukkan Asia Tenggara dalam perjanjian usaha sama itu, Nakano Go, Ketua Pengurusan, Penyelenggaraan Produk RS Components bagi Asia Pasifik berkata, "Memperluaskan usaha sama ini sangat penting bagi kedua-dua RS Components dan SMC. Dengan memastikan teknologi yang memiliki kelebihan saingan daripada pembekal global seperti SMC dalam penawaran kami merupakan langkah strategik untuk merangsang perniagaan automasi dan kawalan kami. Bagi  SMC, mereka akan mendapat manfaat daripada peluasan capaian di rantau ini menerusi platform e-Dagang kami serta rangkaian pengedaran yang kukuh."

"Para pelanggan dari industri utama di rantau ini seperti pengeluar kereta, pengeluar mesin, pengilang makanan dan minuman, dan perlombongan, berpeluang memperoleh manfaat daripada barisan produk yang lebih luas yang boleh diperoleh 24 secara perkhidmatan dalam talian menerusi laman web kami," katanya.

Peluasan usaha sama antara RS Components dan SMC dibuat susulan pemeteraian perjanjian dagangan global baharu pada November tahun lepas.

Maklumat mengenai  RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan bagi Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi utama di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Menerusi operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih daripada satu juta pelanggan, mengeksport lebih daripada 46,000 bungkusan pada hari yang sama tempahan diterima. Produk kami yang disumber daripada 2,500 pembekal utama, termasuk produk elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, komponen elektrikal  dan mekanikal.

Electrocomponents disenarai di Bursa Saham London dan ada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2012, ia mencatat perolehan sebanyak GBP1.27 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pautan ini :

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
Tweet: RS Components
Hashtags: #ecommerce #electronics

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

Hubungan Editorial:

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Email: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Email: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Licensing/marketing agreements