omniture

Takeda Merasmikan Pusat Pembangunan di China

Memperkukuh Komitmen strategik Takeda di Asia dan China
PR Newswire
2012-08-13 09:18 698

SHANGHAI dan SINGAPURA, 13 Ogos  2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ --

Takeda Global Research and Development Asia, Pte. Ltd. ("TGRD (Asia)") dan 
Takeda Shanghai Development Center ("TSDC") pada 8 Ogos mengumumkan
mengenai perasmikan pembukaan TSDC.  TSDC beroperasi di Takeda
(China) Holdings Co., Ltd. ("TCH") di Shanghai, iaitu anak syarikat
milik penuh Takeda Pharmaceutical Company Limited (Osaka, Jepun). Ia dibuat
susulan pengumuman awal tahun ini oleh Takeda mengenai penubuhan TSDC yang
memperkukuh komitmen strategik Takeda di Asia dan China, khususnya.

Pengumuman mengenai perasmian itu dibuat sempena simposium pembangunan
klinikal anjuran TSDC dan China Center for Pharmaceutical
International Exchange (CCPIE).  Simposium ini menghimpunkan para pegawai
kawal selia Asia, pemimpin utama perubatan (KOLs), China dan para pemimpin
utama penyelidikan dan pembangunan farmaseutikal serta rakan pembangunan
klinikal lain bagi membincangkan strategi pembangunan dan penyelidikan bagi
menangani keperluan perubatan yang tidak dapat dipenuhi di China.

Dr Benny Li, Ketua TSDC, berkata, "Penubuhan SDC memberikan kemasukan bermakna
kepada infrastruktur pembangunan global Takeda.  Pembukaan TSDC akan meluaskan
dan meningkatkan aktiviti pembangunan klinikal syarikat di Asia dengan tumpuan
terhadap China untuk Perubatan Am dan merentas Asia (di luar Jepun) bagi
Onkologi. Berdasarkan tambahan keupayaan TSDC itu, Takeda akan terus
menjalankan ujian klinikal berkualiti tinggi yang akan meneraju kepada usaha
untuk memperoleh kelulusan kawal aturan di Asia," China ialah pasaran
farmaseutikal ketiga terbesar di dunia (1) dan ia juga dikatakan merupakan
pasaran onkologi (2) yang kukuh.

Menerusi tambahan TSDC itu, Takeda telah meningkatkan perniagaannya di China
menerusi anak syarikat milik penuh TCH, Takeda Pharmaceutical (China) Company
Limited di Taizhou ("Takeda China") yang bertanggungjawab bagi pemasaran dan
jualan dan Tianjin Takeda Pharmaceuticals Co., Ltd, di Tianjin ("Tianjin
Takeda") yang bertanggungjawab untuk pengeluaran. Bersama-sama dengan Takeda
China dan Tianjin Takeda, TSDC akan membantu memacu agenda pertumbuhan besar
Takeda di China dan di rantau Asia yang lebih luas.

Dalam Asia, kecuali Jepun, pembangunan ubat-ubatan dipantau oleh TGRD Asia di
Singapura dan dalam onkologi oleh Millennium: The Takeda Oncology Company di 
Cambridge, Massachusetts, anak syarikat milikpeuh Takeda.

(1) http://www.imshealth.com/ims/Global/Content/Insights/Featured%20Topics/Launch%20Excellence/Harberingers.pdf

(2) http://www.imshealth.com/ims/Global/Content/Insights/Featured%20Topics/Emerging%20Markets/APAC_Oncology.pdf

Maklumat mengenai Takeda Shanghai Development Center

Berpejabat di Shanghai, China, Takeda Shanghai Development Center (TSDC)
beroperasi di Takeda (China) Holdings Co., Ltd. di Shanghai, iaitu anak
syarikat milik penuh Takeda Pharmaceutical Company Limited, sayrikat
farmaseutikal terbesar di Jepun. TSDC menjalankan aktiviti pembangunan klinikal
Takeda di asia, dengan tumpuan ke atas China bagi projek bukan onkologi sebagai
pasukan serantau bersepadu dengan Takeda Global Research and Development Center
Asia, dan di seluruh Asia bagi onkologi bersama Millennium: The Takeda Oncology
Company. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat-syarikat Takeda,
layari www.takeda.com.

Maklumat mengenai Takeda Global Research and Development Center Asia, Pte.
Ltd. 

Beribu pejabat di Singapura, Takeda Global Research and Development Center
Asia, Pte. Ltd. (TGRD Asia) ialah anak syarikat milik penuh Takeda
Pharmaceutical Company Limited, syarikat farmaseutikal terbesar di Jepun.
Bersepadu sepenuhnya dalam organisasi pembangunan global, TGRD Asia berperanan
sebagai hab serantau bagi pembangunan klinikal bukan onkologi. TGRD Asia mahu
membawa produk inovatif kepada pesakit menerusi perancangan yang meliputi
kompaun dalam pembangunan penyakit metabolik dan kardiak, penafasan dan daya
ketahan badan, penyakit saraf dan bidang terapeutik lain. Untuk maklumat lanjut
mengenai Takeda, layari www.takeda.com.

Maklumat mengenai Takeda Pharmaceutical Company Limited
Terletak di Osaka, Jepun, Takeda ialah syarikat global berasaskan penyelidikan,
dengan tumpuan utama ke atas farmaseutikal. Sebagai syarikat farmaseutikal yang
terbesar di Jeoun dan merupakan antara peneraju glonal dalam industri itu,
Takeda komited untuk berusaha keras bagi merealisasikan kesihatan yang baik
kepada peaskit di seluruh dunia menerusi inovasi dalam perubatan, Maklumat
tambahan mengenai Takeda boleh didapati menerusi laman webnya di
www.takeda.com.

SUMBER Takeda 
 

 

Source: PR Newswire
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services