omniture

RS Components Meneruskan Tumpuan ke Bandaraya Tahap Kedua dan Ketiga di China

Langkah itu adalah selaras dengan perkembangan pesat ekonomi dan penempatan semula kilang pengeluaran ke kawasan pedalaman
RS Components
2012-08-16 15:36 651

SHANGHAI, 16 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ -- RS Components (http://bit.ly/e5JV6l), jenama perdagangan bagi Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang terkemuka di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, akan membawa rangkaian produk dan perkhidmatannya yang meluas lebih hampir kepada bandaraya baru muncul tahap kedua dan ketiga di China. Dengan daya tarikan sudah diwujudkan di bandar-bandar terbesar di China, RS Components sedang memperluaskan kedudukannya dengan mengorak langkah ke sebelah barat, dan Pameran Elektronik Chengdu yang diadakan pada 16 Ogos adalah antara platform utama bagi syarikat itu untuk melibatkan pelanggan di rantau tersebut.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

"Kami telah mula melihat lebih banyak permintaan pelanggan di kawasan barat China. Pertumbuhan China kini tidak lagi terhad di bandaraya besar seperti Beijing dan Shanghai. Dengan lebih banyak syarikat menempatkan semula kilang pengeluaran mereka ke kawasan pedalaman, kami menjangkakan peluang yang mengujakan bagi pertumbuhan dan permintaan bagi produk kami di bandar-bandar di kawasan terbabit, "kata Clement Zheng, Pengurus Wilayah China bagi RS Components.

Penerobosan RS Components ke bandar-bandar tahap kedua dan ketiga dilakukan pada ketika pembaharuan sosial dan ekonomi telah mentransformasikan landskap pembuatan, komersil dan kawal selia di wilayah membangun di China. Menurut satu laporan Unit Perisikan Ekonomi 2012, prestasi di wilayah barat telah mengatasi pencapaian bagi wilayah lain di seluruh negara itu pada tahun 2011 ketika agregat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai 14.1%, berbanding dengan purata pada wilayah pantai timur sebanyak 10.5% (Nota 1). Wilayah tengah juga telah mendapat manfaat daripada pelaburan infrastruktur yang besar dan dasar-dasar yang menyokong yang bertujuan untuk menarik tumpuan perniagaan.

Berlatarbelakangkan keadaan ini, RS Components akan mempamerkan pelbagai produk elektronik, penyelenggaraan dan automasi dan  kawalan mereka yang pelbagai itu pada Pameran Elektronik Chengdu yang diadakan pada 16 hingga 18 Ogos 2012. Syarikat itu juga akan menggunakan kesempatan itu untuk memperkenalkan laman sesawang eDagang mereka yang telah memenangi anugerah yang membolehkan pelanggan untuk melayari dan mencari lebih 550,000 produk secara dalam talian.

Pelawat ke gerai RS Components akan dapat menguji DesignSpark PCB, perisian reka bentuk PCB standard profesional percuma keluaran syarikat itu. Demonstrasi Raspberry Pi di tapak, satu papan litar komputer yang bersaiz kad kredit yang telah menyaksikan permintaan yang tinggi, akan juga diadakan secara berkala. Sebagai bonus tambahan, pengunjung yang mendaftarkan butiran mereka di gerai RS Components berpeluang untuk memenangi iPad.

"RS Components berkembang 9% di Asia pada tahun kewangan yang lepas (Nota 2), dan China telah menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ini. Oleh itu, kami sentiasa mencari jalan untuk membantu komuniti pembuatan yang merentasi China untuk mendapat akses kepada teknologi terkini dan produk dengan kadar yang lebih cepat. Kami berharap agar dapat berjumpa dengan pelanggan baharu di Chengdu dan berkongsi bagaimana RS Components dapat membantu meningkatkan kualiti kerja mereka melalui inisiatif seperti penghantaran kami pada hari berikut kepada 200 bandaraya China dan 135,000 produk tempatan, bersama-sama dengan sokongan teknikal dan jaminan kualiti kami," kata Zheng.

Nota:

  1. Tiga belas megalopolise bakal muncul di China menjelang 2020: EIU
    http://www.eiumedia.com/index.php/component/k2/item/627-13-megalopolises-to-emerge-in-china-by-2020
  2. Tahun kewangan dari 1 April 2011 hingga 31 Mac 2012

Maklumat mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah merupakan cap dagang bagi Electrocomponents plc, iaitu pengedar perkhidmatan tinggi yang terkemuka di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Menerusi operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk menerusi internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar lebih 46,000 bungkusan pada hari yang sama ia diterima. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal terkemuka, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan terakhir sehingga 31 Mac 2012 ia telah mencatatkan pendapatan sebanyak GBP1.27 bilion.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di alamat: www.rs-components.com

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui pautan berikut:
Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
Tweet: RS Components
Hashtag: #ecommerce #electronics

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

Hubungan Editorial:

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
E-mel: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Corporate Expansion