omniture

Rangkaian Cambium Menghubung Mereka Yang Tidak Terhubung Di Seluruh Dunia Dengan Jalur Lebar Tanpa Wayar Berkualiti yang Mampu Milik

Cambium Networks
2017-10-12 22:00 1313

Cambium mengangkut lebih daripada tujuh juta modul jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan sambungan berkelajuan tinggi mampu milik untuk menghubungkan industri, perusahaan dan pelanggan kediaman

ROLLING MEADOWS, Illinois, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia penyelesaian rangkaian tanpa wayar global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa sambungan berkelajuan tinggi yang digunakan oleh pengendali rangkaian di seluruh dunia, membawa kepada penghantaran lebih daripada tujuh juta modul radio. Terbukti menyokong pendidikan dan memacu pembangunan ekonomi, sambungan internet yang mampu milik kini boleh digunakan dengan cepat untuk menghubungkan sebarang perniagaan atau komuniti. Penyelesaian rangkaian tanpa wayar tetap Cambium Networks menghubungkan jarak dari 2m hingga 245 km, memanfaatkan spektrum berlesen dan tidak berlesen, menyokong penggunaan dalaman dan luaran, dan menyediakan kapasiti daripada kbps untuk pengangkutan SCADA kepada pelbagai rangkaian gelombang mikro berlesen Gbps.  Rangkaian Cambium menghubungkan mereka yang tidak terhubung - orang, tempat dan benda - daripada nod hinggalah kepada NOC.

"Sambungan adalah penting untuk aplikasi perniagaan dan kediaman, dan pengendali rangkaian memilih peralatan Cambium Networks untuk menyediakan sambungan yang boleh dipercayai secara konsisten," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Penyelesaian jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi ini menghubungkan rangkaian Wi-Fi awam, industri, pendidikan, dan rangkaian kediaman. Oleh kerana spektrum RF menjadi semakin sukar diperoleh, pengendali rangkaian lebih menggemari penyelesaian kami kerana penyelesaian ini menawarkan kecekapan spektrum yang meneraju industri dan dapat memberikan pencapaian tertinggi dalam ketersediaan spektrum yang paling kecil."

Modul 7 juta radio dihantar ke seluruh dunia dan digunakan dalam pelbagai pasaran dan aplikasi menegak.  Berikut adalah contoh-contoh inovasi dan kualiti yang dipamerkan oleh penyelesaian ini.

Penyedia perkhidmatan memenuhi permintaan puncak dengan PMP 450m
Pixius Communications di Kansas mengalami lalu lintas pelanggan puncak antara 9 dan 11 malam  disebabkan oleh aplikasi penstriman video.  PMP 450m dengan cnMedusa teknologi MU-MIMO besar menghantar lebih daripada 400 Mbps dalam satu saluran 20 MHz.  "Kami telah memberi perkhidmatan muat turun sehingga 118 Mbps semasa penggunaan pelanggan puncak," kata Rob Reif, Pengurus Pengeluaran, Pixius Communication. "Saya menjangka para pelanggan akan lebih berpuas hati dengan perkhidmatan internet mereka yang tidak terhad dari titik akses PMP 450m."

Wi-Fi awam di mana-mana sahaja
EverestLink menyediakan sambungan Wi-Fi ke sekolah, perniagaan dan kediaman di Himalaya dengan angkut balik titik-ke-titik dan teknologi Wi-Fi dalam dan luar bangunan cnPilot. "Komitmen Everest Link kepada komuniti kami bukan sekadar menyediakan sambungan yang kami perlukan untuk industri pelancongan," kata Tsering G. Sherpa, Ketua Pegawai Eksekutif, Everest Link. "Kami telah memulakan program pembelajaran jarak jauh di sekolah-sekolah tertentu, kerana hanya segelintir sahaja guru yang boleh pergi ke sekolah-sekolah Himalaya yang jauh terpencil."

Meningkatkan kecekapan industri
P dan R Communications, sebuah penyepadu sistem utiliti di Amerika Syarikat, telah menggunakan cnReach™ untuk menyediakan angkut balik tanpa wayar bagi sambungan SCADA untuk Fairborn Water di Ohio. "Reka bentuk dan pelaksanaan rangkaian cnReach begitu mudah sekali, kata Mitchell Davis, Jurutera Sambungan Tanpa Wayar, P & R Communications. "Kami menikmati kemudahan pemasangan dan operasi, dengan tapak yang mengambil masa 2-3 jam untuk disiapkan. Mampu beroperasi menggunakan ISM sementara kami menunggu pelesenan MAS selesai merupakan satu kelebihan yang besar."

Meningkatkan prestasi rangkaian legasi
VIA EXPRESS TECNOLOGIA E TELECOMUNICAÇÃO (VETT) ialah penyedia perkhidmatan internet di Dourados, Brazil dengan beribu-ribu pelanggan perniagaan dan kediaman yang mempunyai rangkaian yang menghadapi kesukaran untuk memenuhi permintaan.  Untuk memenuhi keperluan ketersambungan yang semakin meningkat, VETT menggunakan titik akses ePMP™ 2000 dengan perisian ePMP Elevate. "Dengan hanya menggantikan titik akses dengan ePMP, tanpa membuat sebarang perubahan fizikal di pihak pelanggan, kami dapat meningkatkan pencapaian sebenar sekurang-kurangnya enam kali lebih tinggi," kata Icaro Calheiros, Penyelia Rangkaian, VETT. "Kini kami mempunyai rangkaian yang menyokong perkhidmatan VoIP dan aplikasi penstriman seperti Netflix."

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah peneraju bagi penyedia penyelesaian tanpa wayar global yang dipercayai yang menghubungkan mereka yang tidak terhubung - Orang, Tempat dan Benda. Melalui portfolio luas platform jalur sempit dan jalur lebar tanpa wayar yang boleh dipercayai, berskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian industri, perusahaan dan kerajaan untuk membina sambungan yang mampu milik, boleh dipercayai dan berprestasi tinggi. Syarikat kini mempunyai lebih daripada tujuh juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mempunyai keperluan yang mendesak di lebih daripada 150 buah negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat R & D di A.S., U.K. dan India, Cambium Networks menjual penyelesaiannya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

Hubungi:
Sara Black
213-618-1501
sara@bospar.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/569349/Cambium_Networks_logo.jpg

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Electronic Components Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications